Followers

Wednesday, April 4, 2018

Nur Aisyah Amni

hi semua. mama saya sedih sangat pagi tadi. petang ni baru lah terasa emosi stabil sikit. mama amni rindu atuk. mama post gambar amni masa bila ni. sekarang amni dah tak suka nak ber hair band dah. tak selesa la mama. rasa tersepit je telinga ni.

tak lama lagi amni nak dapat geng baru. amni pot pot tak payah kawan ngan boboi lagi. cik liya ngan pak tam nak dapat baby girl. tak sabar nak jumpa sepupu baru amni. eh... kakak diana pun sepupu amni jugak tau. kalau amni balik rumah wan, mesti kakak diana datang nak main sama-sama.

dah..... bagi mama pulak sambung cerita. 

tak tahu nak share cerita apa. cuma semalam mama lynn menempuh kejadian yang jarang-jarang berlaku. ntah di mana silapnya time nak balik kerja tu lah baru mama lynn baru perasan yang kunci kereta takde dalam beg. rasa macam..... nak balik naik ape ni. jenuh la mencari. mujur la ada kawan 1 jabatan yang tinggal 1 taman perumahan dengan mama lynn. mama lynn terus call dia bagitahu nak balik sama.

kunci yang hilang tu dah jumpa pun. ni baru nak ambil kat staff mbsa yang baik hati tolong simpankan. cuai sangat semalam. masa gunakan CDM kat tingkat G mama lynn boleh letak kunci kereta kat atas mesin then lupa pulak nak ambil.

ok lah.. takde cerita dah. tunggu ada story boleh lah sama-sama kopek bawang kat sini ye. oppss.. lupa lak, mama lynn bukan blogger kaki gosip. apa yang mama lynn kongsi hanya berkisar tentang hidup mama lynn. 




♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar