Followers

Thursday, April 5, 2018

nak update feature blog. Help

assalamualaikum

pagi ni mama lynn kena gantikan PA jabatan bersiaran di luar bilik pengarah. sian kat membe mama lynn ni. both anak dia kena H1N1. mama lynn dah pernah kena penyakit ni beberapa tahun lepas. seminggu jugak la mama lynn warded di demc (sekarang dah ada nama baru kan).

bab ganti PA ni memang mama lynn gelabah sikit. lagi-lagi bila bos minta bancuhkan kopi. pulak tu taknak manis. haha rasa nak terberak semua ada.punya la berdebar , padahal kat rumah hari-hari bancuh air untuk suami. macam tadi sampai berdua bancuh air bos. sorang bancuh , sorang rasa. dah puas hati baru anta ke bilik bos.

berbalik kepada isu pagi ni. mama lynn berhajat nak kemaskini feature blog ni. dah tak cunn dan outdated pulak + last time mama lynn kemaskini bertahun dulu. wajah mama lynn kat header tu pun dah berubah (seiring usia lah kan).

ada sapa-sapa ambil tempahan buat header blog + kemaskini feature blog please let me know. boleh je email mama lynn di azlina1507@gmail.com atau drop komen kat post ni. harap sangat u all sudi bantu. 

semangat blogging tu dah kembali. almaklum since mama lynn mulakan business kuih sejuk beku secara kecil-kecilan ni memang life mama lynn busy memanjang. 

tu je lah untuk pagi ni. nanti kalau ada kelapangan masa mama lynn update lagi.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar