Followers

Sunday, April 8, 2018

monday blues

monday is back. monday blues ke korang hari ni? mama lynn pagi tadi ada potensi EL sebab rasa malas sangat nak pergi kerja. tapi fikir balik, eh sayangnya cuti + tak nak la awal tahun EL dengan sengaja maka mama lynn gagahkan diri jugak bangun tidur . as usual kunci jam dari 5 pagi, 5.40 pagi baru mama lynn bangun.

apa cerita hari minggu u alls ? 
mama lynn  tak ke mana. hanya lepak-lepak je kat rumah. yang paling best semalam. lepas masak, masak. dari pagi macam-macam menu mama lynn masak. suami request nak makan , mama lynn layankan je.

menu semalam :

sarapan pagi 
nasi goreng
kurma ayam (menu sabtu ni)

makan tengahari
sambal telur
taugeh goreng
ayam goreng rempah

minum petang 
maggi goreng 

makan malam 
tauhu sumpat ayam 
agar-agar milo 

weekend je lah mama lynn nak tunjuk skill di dapur. weekdays mama lynn hanya perlu sediakan sarapan pagi. balik kerja my honey bee dah siap masak. tinggal makan je hari-hari . untung jugak kan. tak sempat nak snap gambar ayam goreng rempah semalam. tauhu sumbat ayam tu pun dah tinggal 2 pcs baru ambil gambar. 1st time sebenarnya buat. resepi ikut tekak sendiri. alhamdulillah sedap jugak. boleh buat lagi.

nanti mama lynn update algi kat sini. lately ni rasa macam best pulak post entri. mungkin yang singgah tak ramai mana. tapi sekurang-kurangnya rindu untuk menulis tu terubat jugak.




♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar