Followers

Monday, April 9, 2018

Jom semak Lokasi Mengundi Anda

PRU14 semakin mendekati kita. tak sabar sebenarnya mama lynn nak bertugas buat kali ke-3 sebagai Kerani Pengundian/ Kerani Mengira Undi. harap-harap ada kenaikan elaun untuk kali ni. tapi bukan la soal bayaran yang jadi keutamaan tapi pengalaman tu yang paling penting. rasa berbangga terlibat sama dalam PILIHANRAYA even hanya sebagai petugas SPR sahaja.

apa pun latar belakang politik kalian, ukhuwah sesama insan tetap perlu dipelihara. siapa pun yang memimpin negara diharapkan dapat memimpin negara Malaysia yang tercinta dengan penuh ikhlas dan bertanggungjawab. jauhi segala gejala yang tidak sihat seperti RASUAH dan SALAH GUNA KUASA. pemimpin perlu ingat yang kat akhirat nanti akan dipersoal semula oleh Nya.

kat sini mama lynn nak share 2 cara menyemak daftar pemilih. 1st secara individu dan 2nd secara isi rumah . kira secara isi rumah tu boleh semak 3 individu dan ke atas secara serentak. tak perlu nak key in satu-satu ic.
 

kalau ikutkan mama lynn sepatutnya mengundi di kawasan tempat tinggal. tetapi memandangkan mama lynn merupakan petugas SPR, mama lynn akan mengundi secara POS sahaja. selamat bertugas buat semua petugas SPR. buat yang bertanding SELAMAT MAJU JAYA. moga Malaysia negara kita yang dicintai akan terus aman dan makmur. 


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar