Followers

Sunday, April 8, 2018

hari-hari rindu

bila kita hilang seseorang dalam hidup kita, baru kita sedar betapa kita terlalu sayang padanya. baru kita sedar semasa hayatnya apa yang dilakukan untuk membahagiakan insan di sekeliling. tak boleh moved on kah mama lynn ? to be honest bila tak pack kerja kat office atau while driving. 1 nama yang mama lynn sentiasa fikirkan. Kamarulzaman bin Ahmad. even dah 8 bulan  4 hari abah tinggalkan kami. raut wajah, suara sentiasa bermain dalam fikiran ni.

gambar kat bawah ni dah berusia 2 tahun. awal april 2016. masa ni mama lynn, arwah abah, mak dan adik perempuan mama lynn ke bukit merah. bawak mak attend majlis reunion. hanya kami berempat ke sini. selesai majlis reunion di bukit merah , mama lynn bawa mak abah ke rumah mertua pulak. berjalan sampai ke kulim.

moga arwah abah tenang di sana. kami, baik mak (paling setia) dan semua adik beradik sentiasa mendoakan arwah abah. moga ada kesempatan untuk kami bersatu di syurga Allah. masih tak percaya arwah abah dah tak ade. hanya gambar yang dapat mengubat kerinduan di hati ini.

al-fatihah buat abah.



just 3 of us. masa ni kami tinggalkan mak kat rumah kawan lamanya. kami bertiga meronda kat taiping.

layankan kerenah abah nak main buaian. rasanya masa ke sini sahaja yang ada moment sweet macam ni. janrang-jarang abah nak main kat playground

again... jongkang-jongket pulak. see, nampak kan abah happy



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar