Followers

Wednesday, April 4, 2018

8 bulan tanpamu ABAH

hari ni tengok akak post kat FB. nuraisyah amni cukup 10 bulan. means genap 8 bulan abah tinggalkan kami. Allah. kejap sangat masa berlalu. rasa baru semalam abah pergi. sehingga sekarang, bila fikirkan abah air mata ni pasti gugur. aku tak kuat. even aku acah-acah kuat di mata orang.

memori umrah 2014
abah yang besarkan aku. jasa abah tak terbalas. apa yang abah penah pesan aku semat dalam hati. abah adalah seorang pekerja yang sangat berdedikasi. kalau kami adik-beradik main-main soal kerja memang abah marah. aku nampak betapa besar komitmen abah terhadap kerja.

8 bulan dah. dalam 8 bulan ni baru 3 kali aku ke kubur abah. bukan tak rindu tapi kekangan masa untuk ziarah. tapi sebagai anak doa untuk abah tak pernah putus. selalu mintak Allah lapangkan kubur abah, ampuni abah dan kurangkan siksaan abah dalam kubur. 

abah, selama abah tiada. banyak juga ujian yang datang. susah senang keluarga kita, hanya kita yang rasa. in shaa Allah kami takkan abaikan mak. mak je lah yang ada untuk mendoakan kami 7 beradik. abah. moga Allah temukan kita di syurga.

al-fatihah
Kamarulzaman bin Ahmad
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar