Followers

Monday, October 23, 2017

nur aisyah amni

puteri yang dinanti. itu yang mama lynn boleh ulas tentang si cilik NUR AISYAH AMNI. lahir 10 ramadhan yang lepas. penantian kakak mama lynn selama 10 tahun untuk memiliki cahayamata kedua. syukur berkat kesabaran lahirlah si puteri kesayangan semua.

arwah abah sempat bersama amni selama 2 bulan. untuk makluman semua amni lahir 5 jun 2017 dan arwah abah tinggalkan kami 5 ogos 2017. cantik aturan Allah. rezeki abah dapat jugak bermanja dengan cucu sulung perempuannya. 

lahirnya amni menjadi penyeri keluarga. dan tak lama lagi adik lelaki mama lynn akan menimang anak sulung. adik ipar mengharap sangat dapat baby boy sebab family belah adik ipar dah ada 4 orang cucu perempuan. dan kalau la ianya menjadi nyata, belah mama lynn akan menerima cucu lelaki keempat pula.

moga anak buah mama lynn membesar menjadi anak yang solehah. yang penting amni sihat dan terus buat mama dia ni happy. 

kenapa update pasal amni ? hahaha... sebab baru pagi ni berkesempatan jumpa si kecil ni. mama geram nak spend masa ngan kamu. mama sayang amni. 

omelll sangat manja mama ni


sleeping beauty

amni with toys

peha drumstik amni




♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar