Followers

Sunday, October 22, 2017

5 Ogos 2017 , ALLAH lebih menyayangimu

5 OGOS 2017

tarikh yang perlu mama lynn ingat
sampai bila-bila mama lynn takkan lupakan tarikh ni
itulah tarikh keramat abah tinggalkan mama lynn dan keluarga
itulah tarikh terakhir mama lynn dapat bersama arwah abah
itulah tarikh yang menjadikan mak mama lynn sebagai balu

abah tinggalkan kami di usia abah 59 tahun 2 bulan
pemergian abah memang tak pernah kami jangkakan
anak mana yang tidak terkesan
namun mama lynn perlu redhakan pemergian abah

wajah kesayangan mama lynn . ALFATIHAH
hanya gambar pengubat rasa rindu di hati
hanya kiriman doa yang mampu mama lynn berikan
moga Allah lapangkan kubur abah dan ampuni abah
moga abah ditempatkan di kalangan hamba Nya yang beriman

mama lynn rindu abah 

alfatihah buatmu abah
KAMARULZAMAN BIN AHMAD

23 mei 1958 - 5 ogos 2017




♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar