Followers

Tuesday, October 25, 2016

Produk Frozen Keluaran Mama Lynn

assalamualaikum..

seperti yang mama lynn maklumkan pada entri sebelum ni mama lynn ada berniaga kecil-kecilan. now nak share produk sejuk beku yang mama lynn usahakan. alhamdulillah dah dekat 2 tahun mama lynn dengan kerja ni. memandangkan mama lynn ni pjj ngan en suami, masa lapang mama lynn diisi dengan menguli. mula-mula belajar dulu sekadar menambah ilmu tapi tak sangka boleh jadi punca pendapatan. sedikit sebanyak dapat jugak mama lynn survive di era 2016 yang penuh GST ni.

yang pasti mama lynn tak pernah cuba menaikkan harga jualan. in shaa Allah penghujung tahun ni mama lynn dalam perancangan mengeluarkan 4-5 jenis kuih sejuk beku lagi. kerja dari rumah macam ni kalau diusahkan bersungguh-sungguh mesti mendapat perhatian. sedia maklum mommy2 zaman sekarang ramai yang bekerjaya. dapat jugak memudahkan tugasan harian mereka dalam penyediaan masakan.

jom intai apa yang menarik dari dapur rumah mama lynn :

SARDIN ROLL 
SOSEJ ROLL
KARIPAP KENTANG

RM4.00 PER PACK

CRAB ROLL
KARIPAP SARDIN

RM5.00 PER PACK

ROLL KOSONG 

RM3.00 PER PACK

1 PACK = 10 PCS 

sardin roll sebelum digoreng RM 4.00 per pack
karipap kentang RM4.00  per pack / karipap sardin RM5.00 per pack
karipap kentang

sardin roll dan karipap kentang siap goreng . both RM4.00 per pack
sosej roll RM4.00 per pack

 andai kata u alls berminat boleh je whatsapp mama lynn. mama lynn cover jugak COD area KL tetapi penghantaran terhad di KL Sentral. kawasan utama yang mama lynn COD adalah KAPAR, MERU, SETIA ALAM, SHAH ALAM dan kawasan terdekat. nak belanja pic crab roll takde pulak dalam HP ni. macam mana nak order ??? boleh je whatsapp mama lynn di 011.11646607

nanti ada masa mama lynn sambung lagi. takde la entri nak promote business semata-mata. jujur rindu sangat nak menulis entri di sini. sayang u alls.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Setelah Sekian Lama

Assalamualaikum

TAK TAHU nak mula macam mana. Terlalu lama rasanya blog mama lynn bersawang. Terlalu banyak yang dah mama lynn tertinggal. Sejak betul2 sibuk ngan kerja di pejabat + buat pulak business kecil-kecilan mama lynn terus lupa kecintaan pada blogging.

Tengahari ni cuba balik bukak blog ni. Subhanallah... mujur masih wujud. Mama lynn masih di sini cuma tak lagi aktif seperti masa lalu. Mudah-mudahan entri tak seberapa ni dapat lah mengubat rindu kalian pada mama lynn. MOTIFFF....

mama lynn oktober 2016

Moga diberi kesempatan untuk terus menulis di sini. Jujur minat menulis ni tak mampu mama lynn nafikan. Sejak menyepi mama lynn banyak mencoret di FB je. Boleh cari mama lynn di FB by using name Lynn Kamarul. MENGHARAP masih ada yang sudi singgah di sini. Doakan semuanya baik-baik belaka.

Jujur menulis bukan kerana nama sekadar berkongsi hari-hari yang dilewati bersama kalian. 24/7 sekarang bussy. Banyak jugak cerita yang kalian terlepas mengenai mama lynn. In shaa Allah kan ada entri lain selepas ini. 




♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar