Followers

Thursday, July 3, 2014

bantuan kewangan rm500.00 vs kerajaan negeri selangor beri bonus sebulan

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan bayaran bantuan khas kewangan sempena persiapan Hari Raya Aidilfitri kepada kakitangan kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, bantuan sebanyak RM500 itu akan diberikan kepada penjawat awam Gred 1 hingga Gred 54.

Beliau berkata bantuan khas ini akan turut dinikmati oleh 684,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

“Kerajaan berharap bantuan ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut Hari Lebaran,” kata Najib di dalam satu kenyataan.

Pembayaran bantuan khas itu akan dibuat pada 15 Julai.

Sementara itu, Kerajaan Selangor juga mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada kakitangan awam di negeri itu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM32.7 juta untuk pemberian bonus tahunan ini kepada lebih 17,000 kakitangan tetap, kontrak serta sambilan.

Beliau berkata pemberian bonus tahunan sempena Aidilfitri ini diberikan berdasarkan peningkatan kutipan hasil negeri sebanyak RM1.162 bilion setakat 30 Jun lalu.

“Saya berharap bonus ini dapat meringankan tanggungan warga kerja Kerajaan Negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya.

“Saya menyeru kakitangan awam berbelanja secara berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan pada masa hadapan,” katanya.

Pemberian bonus kerajaan negeri ini akan diberikan sebelum Aidilfitri.



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. Sikit atau byk...alhamdulillah ada jugak rezeki bln ramadhan ni

    ReplyDelete
  2. Wow..untung sape yg keje gomen
    jangan habiskan
    simpan2 sama wokeh

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar