Followers

Thursday, July 3, 2014

bantuan kewangan rm500.00 vs kerajaan negeri selangor beri bonus sebulan

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan bayaran bantuan khas kewangan sempena persiapan Hari Raya Aidilfitri kepada kakitangan kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, bantuan sebanyak RM500 itu akan diberikan kepada penjawat awam Gred 1 hingga Gred 54.

Beliau berkata bantuan khas ini akan turut dinikmati oleh 684,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

“Kerajaan berharap bantuan ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut Hari Lebaran,” kata Najib di dalam satu kenyataan.

Pembayaran bantuan khas itu akan dibuat pada 15 Julai.

Sementara itu, Kerajaan Selangor juga mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada kakitangan awam di negeri itu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM32.7 juta untuk pemberian bonus tahunan ini kepada lebih 17,000 kakitangan tetap, kontrak serta sambilan.

Beliau berkata pemberian bonus tahunan sempena Aidilfitri ini diberikan berdasarkan peningkatan kutipan hasil negeri sebanyak RM1.162 bilion setakat 30 Jun lalu.

“Saya berharap bonus ini dapat meringankan tanggungan warga kerja Kerajaan Negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya.

“Saya menyeru kakitangan awam berbelanja secara berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan pada masa hadapan,” katanya.

Pemberian bonus kerajaan negeri ini akan diberikan sebelum Aidilfitri.



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

abah selamat menjalani pembedahan by pass


salam 4 ramadhan buat semua pembaca setia blog suam-suam kuku ni. mencari masa yang sesuai untuk update entri di sini. memandang baru semalam mama lynn masuk kerja + 1st day kerja sure sibuk ngan kerja so hari ni cari masa kejap untuk berbelog. lately memang xde mood nak menulis. sebarang update tentang diri mama lynn hanyalah di laman FB.

syukur alhamdulillah abah mama lynn telah selamat menjalani pembedahan by pass pada 2 ramadhan lepas. abah mama lynn di tolak masuk ke bilik pembedahan lebih kurang pukul 10.30 pagi. 5 jam selepas tu baru pembedahan by pass selesai. agak sebak jugak lihat keadaan abah selepas pembedahan. untuk permulaan abah ditempatkan di wad icu. kemungkinan 3-4 hari jugak di wad icu sehinggalah keadaan abah stabil baru pihak IJN pindahkan abah ke wad biasa. 

hanya keesokan hari selepas pembedahan by pass baru kami dapat berbual dengan abah. itupun keadaan abah masih kurang stabil. air mata ni tak mampu dah mama lynn nak tahan. bayangkan ayah korang yang dahulunya sihat, cergas dan sekarang dalam keadaan yang meruntun hati. kalaulah mama lynn dapat ambil kesakitan yang abah tanggung. nak batuk pun kena tahan dada dengan bantal. ya Allah ..sebaknya hati ni. masa menulis entri ni pun terasa sebak. mak mama lynn sendiri tak mampu melihat sebak bila melihat abah menanggung sakit. hanya Allah sahaja yang tahu rahsia hati seorang isteri.

bersiap-siap sebelum pembedahan
abah bersedia untuk di bawa ke bilik pembedahan

terbayang-bayang air mata abah bergenang sebelum abah di tolak ke bilik pembedahan. mama lynn tahu yang abah sendiri takut untuk menghadapi pembedahan tersebut tapi abah perlu kuat untuk kembali sembuh. mama lynn dapat lihat yang abah begitu kuat melawan sakit. abah nak cepat sembuh. 

mohon semua mendoakan kesihatan abah mama lynn. ramadhan kali ni kami masih tak berkesempatan untuk iftar seisi keluarga. rumah mak pun sunyi je sejak abah warded di IJN khamis lepas. mudah-mudahan abah mama lynn dapat dipindahkan ke wad biasa cepat-cepat. kalau dah transfer wad biasa tak la risau sangat. 

in shaa Allah esok baru ke IJN lagi. 2 hari ni tak dapat nak ziarah abah di hospital. sebolehnya hari-hari nak melawat abah tapi keadaan tak mengizinkan. harap abah tak berkecil hati. alhamdulillah kami adik-beradik bergilir-gilir melawat abah. memandangkan waktu melawat di ICU adalah singkat x puas rasanya bertemu abah. abah cepat la sembuh....... 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar