Followers

Thursday, June 5, 2014

umrah siri 4


dah sebulan baru sempat nak menyudahkan entri umrah mama lynn ni. boleh refer link-link seperti di bawah untuk cerita-cerita sebelum ini. bukan xde masa tapi TERLUPA nak update kisah mama lynn di tanah suci. kalau sebelum ni mama lynn dah share cerita di madinah , untuk siri terakhir ni cerita tentang kota mekah je.

link lain : 

sepanjang di mekah kami 5 beranak menginap di dar al khalil al rushad hotel. terletak berhampiran dengan hotel hira. kalau dikira perjalanan dari hotel ke masjidil haram hampir 700 meter jugak la. agak jauh tapi tu bukan alasan untuk mengeluh bila perlu berjalan jauh. yang penting nawaitu sepanjang di sana untuk menyelesaikan ibadah umrah
katil mama lynn sepanjang di mekah 

pemandangan dalam bilik yang boleh menempatkan 3 orang jemaah

untuk umrah pertama kami selesai lakukan pada keesokan hari  kami tiba di kota mekah. masa tu gerak dari hotel ke masjidil haram dekat tengah malam. hampir pukul 3 pagi baru kami selesai melengkapkan umrah pertama. sebelum tu kami bermiqat dan niat ihram di bir ali. pengalaman tawaf pertama di bahagian atas memandangkan abah menggunakan wheel chair. suasana di tingkat atas tidaklah begitu sesak. selesai tawaf kami melaksanakan ibadah sai'. yang ni agak mencabar sedikit kerana perjalanan safa ke marwah tu agak jauh jugak. ibadah terakhir adalah bertahalul iaitu menggunting sedikit dari rambut kita. 

dalam perjalanan ke masjidil haram

selfie kejap sementara menunggu yang lain

abah, filzah (adik mama lynn) & me

bergambar di luar hotel

umrah kedua kami niat umrah dan ihram di masjid hubaidiyah. jaraknya lebih kurang 20km bandar mekah. sampai di sini tepat pada waktu asar. sempat la solat tahiyatul masjid dan kemudian solat asar berjemaah. masjid ni merupakan tempat temetrainya perjanjian antara kaum muslimin di bawah pimpinan Rasulullah SAW dengan kaum Quraisy.


pemandangan luar masjid hudaibiyah

di bawah ni adalah diantara gambar yang kami sekeluarga sempat rakamkan selesai umrah kedua. mama lynn memang cukup kagum dengan senibina masjidil haram. tak tergambar betapa indahnya senibina masjid ni. kalau ikutkan sekarang ni masih lagi dalam peringkat renovation bagi menambah baik keadaan masjidil haram. sebolehnya mereka mahu semua umat islam menunaikan ibadah dalam keadaan selesa. 






pagi tu selesai umrah kedua kami dibawa menziarah tempat-tempat penting di kota mekah. lokasi pertama kami adalah jabal tsur. kami tak berkesempatan nak ke gua tdur. hanya di bawa ke belakang bukit yang menempatkan gua tersebut.


Gunung tertinggi di kota Mekkah terletak 5 km dari kota Mekkah, gunung Tsur memiliki 3 puncak yang bersambungan dan berdekatan, dipuncak gunung ini terdapat gua yang bernama gua Tsur tempat Rasulullah dan sahabatnya Abu Bakar RA bersembunyi dari kejaran kaum kafir Quraisy, peristiwa ini terjadi pada tahun 622 M sewaktu Rasulullah akan hijrah menuju Kota Madinah. Dengan pertolongan Allah SWT orang kafir yang mengejar Rasulullah terkecoh ketika berada didepan gua mereka menemukan pintu gua dimana Rasulullah bersembunyi ditutupi sarang laba-laba dan burung merpati yang sedang bertelur atas izin Allah SWT. Hingga mereka berfikir tidak mungkin Rasulullah masuk kegua tersebut, sebab jika masuk sarang laba-laba dan sarang burung merpati yang sedang bertelur pasti akan rusak. 

Peristiwa ini diabadikan oleh Allah SWT dalam surat At Taubah ayat 40 yang artinya : 


“Bila kamu tidak mau menolong Rasul, maka Allah SWT telah menjamin melongnya ketika orang - orang kafir mengusirnya berdua dengan sahabatnya. Ketika keduanya berada dalam gua, dia berkata kepada sahabatnya ‘janganlah engkau berdukacita, karena Allah SWT bersama kita’. Lalu Allah SWT menurunkan ketenangan hati kepada (Muhammad) dan membantunya dengan pasukan-pasukan yang tiada tampak olehmu. Dijadikan-Nya kepercayaan orang-orang kafir paling rendah dan agama Allah SWT mnenduduki tempat teratas, Allah SWT Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” - SUMBER





destinasi seterusnya adalah tempat pertemuan pertama adam dan hawa selepas dicampakkan Allah ke muka bumi iaitu  jabal rahmah di Arafah. diantara tempat yang mustajab doa pada yang mencari jodoh. kedua-dua adik mama lynn berusaha jugak untuk ke puncak bukit tapi memandangkan waktu lawatan yang singkat dan struktur muka bumi yang mencabar hajat mereka tidak berkesampaian.  

Menurut satu riwayat dikatakan bahwa Jabal Rahmah juga menjadi tempat wahyu yang terakhir diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, yaitu ketika beliau sedang melakukan wukuf. Wahyu yang terakhir yang dibacakan Rasulullah kepada jamaahnya tersebut adalah surah Al-Maidah ayat 3. “Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barangsiapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” - SUMBER








di arafah ni jugak kami dapat menyaksikan tempat melontar jamrah (Jamrah Al-Ula, Jamrah Al-Wusta dan Jamrah Al-Aqabah) pada musim haji. sunyi lengang tempat ni di luar musim haji. tak terbayang rasanya betapa penuhnya umat islam di sini pada waktu tersebut. 



alhamdulillah di kesempatan umrah ketiga barulah kami dapat melaksanakan tawaf di bahagian bawah. terasa terlalu bahagia bila berada dekat dengan kaabah. yang paling mama lynn takkan lupakan adalah saat tangan ini berkesempatan menyentuh kaabah. terasa darah mengalir kencang di dalam tubuh ini. tak sangka sangat-sangat Allah berikan kesempatan buat diri ini berdiri di hadapan kaabah yang selama ini hanya mama lynn lihat dari tv, gambar dan skrin komputer. inilah kiblat kita semua umat islam.





kesempatan tawaf ni mama lynn gunakan untuk berdoa sebanyaknya. diantara tempat mustajab doa adalah ketika tawaf, di dalam kawasan hijr ismail dan makam ibrahim. alhamdulillah mama lynn turut berkesempatan menyentuh makam ibarahim. kesempatan yang ada di situ digunakan sepenuhnya.



selesai tawaf kami melaksanakan sai. kalau sebelum ni kami melaksanakan sai di tingkat atas, kali ni kami lakukan di tingkat bawah sekali. ternyata jemaah di tingkat bawah lebih ramai dari di atas. terasa macam musim haji pun ada. mama lynn hanya berkesempatan melaksanakan umrah sebanyak 3x sepanjang di kota mekah. in shaa Allah kalau diberikan kesempatan nak lagi ke sana. terlalu bahagia berada di bumi mekah.





nasihat mama lynn buat semua teman blogger , kalau ada duit lebih tu dahulukan ibadah umrah terlebih dahulu. kita pun tak tahu bila kita kan diberikan kesempatan untuk melaksanakan ibadah haji. sekurang-kurangnya sampaikan kaki kita ke tanah mekah. in shaa Allah , terasa kita kan lebih dekat dengan Dia. mama lynn terlalu ingin ke sana lagi. in shaa Allah.... 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

1 pesanan kasih sayang:

  1. Wahh seroronoknya... teringin pulak nak pergi.... insyaallah. ..

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar