Followers

Tuesday, June 10, 2014

tempatku mencari rezeki


lamanya baru dapat tulis entri ni. kebetulan kamera sentiasa berada dalam hand bag , jaga kaunter semalam terus snap pemandangan di pejabat mama lynn. office mama lynn baru je buat renovation di bahagian kaunter, bilik perbincangan dan bilik mesyuarat. penambahbaikan yang dibuat ini memang sangat-sangat mengujakan tetamu yang datang ++ dengan adanya ruang makan yang ala-ala kopitiam.

bos mama lynn tak suka staff makan di dalam bilik mesyuarat, solusinya diadakan ruang makan ala-ala kopitiam. memang sangat comfort. rasa macam kat restoran pun ada. sekurang-kurangnya bila bilik mesyuarat dan ruang makan terpisah x la mengganggu perjalanan mesyuarat. 



yang di bawah ni pulak pemandangan di kaunter jabatan. kat sinilah rutin kami pembantu tadbir (N17) bertugas bergilir-gilir setiap hari. dalam sebulan tu ada la 2 - 3 kali kami perlu bertugas di sini. memang rasa macam heaven kalau kena jaga kaunter ni. hehe manakan tidak. dapat la rest dari buat kerja kejap. tu pun bertugas half day je. x la terlalu penat melayan pelanggan.


yang ni pulak bilik perbincangan. digunakan untuk pelanggan berdiskusi bersama staff jabatan terlibat. kalau dulu memang open je tempat diskusi ni. kita yang jaga kaunter pun boleh turut mendengar perbincangan mereka. dah buat ruang macam ni konsider more personal. selesa la sikit para pelanggan kami. 


bilik mesyuarat kami ni pulak tak la terlalu besar tapi konsep korporat berjaya ditimbulkan. kalau buat perhimpunan jabatan memang kena bawak jugak kerusi dari luar. almaklum staff jabatan kami boleh tahan ramai jugak la. 


.....dan ni la ruang kerja mama lynn. simple je pun. nama pun meja pembantu tadbir (N17). xde la grand macam meja pegawai. yang penting dapat laksanakan tanggungjawab pada kerja dengan selesa. meja ni baru 2 bulan mama lynn duduki. sebelum ni mama lynn bertugas di bahagian jalan. alhamdulillah selesa dengan tugas sekarang walaupun kadang-kadang stress la jugak. KERJA kan.



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

6 pesanan kasih sayang:

  1. bestnyer..tempat lama di baru kan...

    ReplyDelete
  2. Baru tau dlm meeting room pun blh mkn...hehe,cantik ruang mkn nmpk ala2 Chinese cafe pun ad jgk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je mkn cos setiap kali ada metting mesti ada mkn2.. hehe cuba klu mkn time metting jadi cam x best la kan. klu after kira ok la

      Delete
  3. Baru tau dlm meeting room pun blh mkn...hehe,cantik ruang mkn nmpk ala2 Chinese cafe pun ad jgk...

    ReplyDelete
  4. cantik tempat nie..

    Entri terbaru saya dalam blog Hero Borneo

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar