Followers

Tuesday, June 24, 2014

selamat datang ramadhan

syukur .. Allah Yang Maha Esa kan menemukan ramadhan sekali lagi. in shaa Allah jika tiada aral kita semua akan mula berpuasa mulai Ahad (29 Jun 2014) ini. bermaksud lagi 5 hari je lagi menjelang ramadhan. mama lynn yakin u all semua mesti dah selesai puasa ganti. teruja menyambut ramadhan + tak sabar nak tunaikan solat terawih.

lamanya tak blogging. terasa M besar menguasai diri + takde cerita menarik nak mama lynn kongsikan. cuti hujung minggu lepas pun banyak habiskan masa di rumah. weekend merupakan hari mama lynn akan memasak (WAJIB) cos hari bekerja balik kerja tahu balik makanan dah terhidang atas meja. bila fikirkan balik , mama lynn sepatutnya bersyukur dengan apa yang Allah berikan.

lately ni banyak sangat masalah yang mama lynn hadapi. sebab tu sedikit sebanyak mood blogging pun terganggu. mudah-mudahan hadirnya ramadhan ini dapat mama lynn perbaiki segala kekurangan diri. mama lynn pun manusia biasa yang tak terlepas dari khilaf. hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui.

buat teman-teman di luar sana, make sure ramadhan kali ni ditempuhi dengan penuh makna. perbanyakkan amalan. kalau ada kelapangan tu make sure meriahkan surau kat kawasan rumah u all tu dengan solat terawih. in shaa Allah mama lynn akan luangkan masa untuk bertarawih + xde anak kecik bolehla spend masa ke surau kan.

2 ramadhan nanti abah mama lynn akan menjalani pembedahan by pass jantung. doakan abah mama lynn cepat sembuh ye. sejak abah mama lynn keluar masuk hospital ni memang emosi mama lynn sedikit sebanyak terganggu. kadang sedih..kadang sebak. banyak sangat yang bermain dalam diri ni. semoga Allah memberi kekuatan buat diri ini. in shaa Allah. sebagai anak mesti la mama lynn nak lihat abah mama lynn dalam keadaan sihat. kalau tiada aral 26 jun ni abah akan warded di IJN. mama lynn tak mampu nak beri wang ringgit kepada orang tua. sekurang-kurangnya perhatian yag diberikan kepada abah dapat la menggembirakan hatinya.

tak mampu nak tulis entri panjang-panjang. ape-ape pun mama lynn nak ucapkan "SELAMAT BERPUASA BUAT SELURUH UMAT ISLAM " . jom sama-sama kita gandakan amalan di bulan mulia. 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar