Followers

Friday, June 6, 2014

resepi : sata

sedapnya, terasa lagi kat tekak ni keenakan sata. yang dalam gambar ni mama lynn beli kat marang



RESEPI SATA


  1. Ikan kembung(ikan selayang boleh ,ikan tamban pun boleh)
  2. Gula secukup rasa
  3. Garam secukup rasa
  4. Kelapa muda dalam setengah biji
  5. Lada hitam ditumbuk halus
  6. Cili padi ditumbuk halus..kalau suka cincang pun boleh..
  7. Lada merah/cili kering ditumbuk
  8. Bawang besar dalam 4 biji di tumbuk atau dicincang pun boleh.
  9. Daun kadok dicincang halus atau daun kesum pun boleh.


CARA-CARANYA


  1. Kisar atau tumbuk isi ikan tersebut sehingga lumat.
  2. Kemudian gaul kesemua bahan-bahan diatas bersama isi ikan sehingga menjadi sebati.
  3. Masukkan bahan-bahan yang telah sebati itu tadi ke dalam kelongsong daun pisang yang telah dilayur oleh api
  4. Sata yang telah dimuatkan di dalam kelongsongnya akan dicucuk pada belahan buluh lurus sebanyak 5 atau 6 biji kelongsong setiap satu (bergantung kepada kehendak).
  5. Akhir sekali, sata akan dipanggang atau dibakar di atas bara arang sehinggalah masak.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar