Followers

Wednesday, June 11, 2014

masalah di tempat kerja

entri malas-malas di pagi hari. dari semalam nak tulis pasal kisah ni. alkisah situasi di pejabat yang orang lain pun face it jugak. benda biasa-biasa yang kadang-kadang orang akan sensasikan. tak tahu lah kalau u all pernah berdepan dengan situasi ni.

kadang-kadang kita ni bila kita bercakap atau bersembang ngan seseorang as colleague ianya takkan jadi hal besar. dah nama pun satu tempat kerja takkan nak jadi BODOH SOMBONG , buat hal sendiri pulak. kena la bergaul mesra untuk wujudkan suasana kerja yang baik. TETAPI bila kita perlu bekerjasama di dalam kerja kadang-kadang ianya akan menimbulkan satu perasaan lain. macam tak sebulu pun ada, kurang serasi pun ada. lagi-lagi bila kita repeat kesalahan yang sama dalam kerja. tak tahu la betapa MUALnya partner kita tu dengan kita.

bila melibatkan kerja kadang-kadang kawan pun boleh jadi lawan. bila ianya semakin lama semakin menjadi SETERU. ianya situasi yang tak patut ada. seharusnya team work tu perlu di pupuk. once partner buat silap kita ada cara nak menegur. menegur jangan sampai buat orang tersinggung. 

kita yang buat silap ni pun seharusnya kena la accept teguran orang tu. jangan la cepat sangat nak sentap. orang tegur pun bersebab. kalau dah kedua-dua pihak KERAS KEPALA memang sampai bila-bila pun macam tu la konsep kerja korang. memang takkan sebulu....dan akan affect persahabatan korang di luar waktu kerja.
takde kaitan dengan entri ni. (buat sejuk mata memandang) 

kalau kat office mama lynn ni , ada jugak yang ingatkan mama lynn even kita rasa tak puas hati jangan la tulis kat sosial media macam FB. ramai je yang akan jadi reporter nanti. fitrah manusia agaknya suka sangat menyampai-nyampai. kalau dah semua pekerja ada sikap macam ni HANCUR la organisasi tu.

masa kerja kita fokus pada kerja. kalau partner buat salah tegurlah dengan cara berhemah. kalau kita rasa kita lebih arif dalam bidang kerja tu tak salah kalau kita beri tunjuk ajar yang lebih details supaya tak la kawan kita nanti repeat kesalahan yang sama. 

kalau ada rasa tak puas hati tu TOLONG jangan pendam. luahkan dan sebaiknya berterus-terang. kita ni cari rezeki yang halal untuk keluarga... kikiskan sikap cakap belakang tu. peribadi diri kena la dipelihara. 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

1 pesanan kasih sayang:

  1. betul tu saya setuju.. berdepan lagi baik kan... biasalah itu semua manusia kan... perangai lain lain... harap banyakkan bersabar...

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar