Followers

Friday, June 13, 2014

kasihkan anak tiri seperti anak sendiri

semalam mama lynn ada baca status di FB sahabat mama lynn berkaitan layanan terhadap anak tiri. masih ada lagi rupanya mak tiri di luar sana yang tak ikhlas menerima kehadiran anak tiri. berkahwin dengan si bapa tanpa menerima anak-anak suami sepenuhnya. sedihnya bila fikirkan nasib anak-anak tersebut. tak terbayang pulak perjalanan hidup mereka.

mama lynn berjanji dalam diri takkan persiakan anak-anak soleh dan solehah mama lynn. bagi mama lynn mereka berdua seperti anak kandung mama lynn. tak tergamak hati ni nak perlakukan mereka seperti orang asing. tak tergamak diri ni nak nafikan kasih sayang diri ini kepada mereka. ya.... bila seorang ibu tiri melihat anak tiri membesar depan mata, kasih sayang terlalu mendalam. sedangkan kalau tak dapat lihat wajah mereka sehari pun dah terasa rindu. 

anak-anak kesayangan

cinta hati mak 

balik kerja semalam mama lynn berjanji dengan mereka berdua yang selepas mama lynn mengemas, mandi dan solat mama lynn nak bawa mereka bermain di taman. seronok nampaknya mereka berdua bila mama lynn luangkan masa untuk mereka. memandangkan mama mereka berdua sibuk dengan kuih frozen kenalah take over tanggungjawab. tak nak la anak-anak tanpa perhatian. at least keduanya sedar mama lynn care tentang mereka.

mudah-mudahan keduanya kan menjadi anak yang soleh dan solehah. mama lynn nak berikan contoh yang terbaik buat mereka. mama lynn tak nak persiakan anugerah yang Dia kurniakan. mama lynn belum mampu memberikan suami anak kandung. sekurang-kurangnya bila mama lynn terima anak-anak suami seadanya kasih sayang keluarga kami akan mekar berpanjangan. 

marah seorang mak kerana sayangkan anak. bukanlah kerana mak tu membenci anak. anak-anak patut sedar tentang hakikat tu. pada mereka yang ditakdirkan Allah menjadi ibu tiri terimalah anak-anak suami kalian seperti anak sendiri. in shaa Allah itulah kunci kebahagian rumahtangga.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar