Followers

Saturday, June 7, 2014

jom tanam minat ngan pokok bunga pulak


sejak 2 menjak ni rasa dah ada hobi baru iaitu BERKEBUN. tak kira lah tanaman sayuran atau bunga-bungaan. sejak pokok bunga raya yang zura tanam depan rumah tu berbunga terasa mama lynn WAJIB tambahkan lagi seri rumah mama lynn dengan bunga-bungaan.

kalau dulu masa belum renovate rumah memang mama lynn suka sangat ngan pokok bunga ni . masa tu memang mama lynn tanam atas tanah je. then bila dah xde space ni kenalah tanam guna pasu pulak. boleh refer entri mama lynn dan bunga , apa khabar cik bunga  dan hobi baru mama lynn . semuanya entri berkaitan tanaman bunga yang mama lynn pernah usahakan sebelum ni (bunyi macam buat kebun besar je).

kalau dah minat tu memang tak boleh nak dipisahkan. perancangan mama lynn nak cari bunga-bungaan yang tak payah tanam dalam pasu atas lantai tapi yang tanam dalam pasu dan hang je. boleh gak menambahkan keceriaan luar rumah mama lynn lepas ni. in shaa Allah , mama lynn akan usahakan jugak. kalau korang ada idea pokok bunga apa lagi yang boleh mama lynn tanam boleh la bagi CADANGAN ye. 

jom kita cuci mata ngan pokok bunga ala kampung di luar rumah mama lynn ........................

baru nampak berseri dengan kehadiran bunga-bungaan 

wahhh dah berbunga pokok bunga raya ni. senang sangat nak tanam . just cucuk je batangnya dalam pasu. yang ni air tangan zura. 


pokok bunga kampung katanya... 

tak boleh nak tambah koleksi bunga dalam pasu kerana kekangan tempat. nak cari bunga yang hang je pasni
dah tukar rumah baru walaupun yang second hand.. yang lama pecah kena langgar ngan tayar kereta mama lynn kot 


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar