Followers

Friday, June 6, 2014

desa murni batik , kuala terengganu

kalau ke kuala terengganu jangan lupa singgah ke desa murni batik. pertama kali menjejakkan kaki ke pasaraya ini rasa rambangnya mata. pelbagai produk berkaitan pakaian ditawarkan dengan harga yang murah dan sangat berbaloi.

masuk je kita disajikan dengan pilihan anak patung untuk kanak-kanak yang memang comel-comel belaka. mama lynn yang dah 30++ ni pun tergoda. rasa nak beli pun ada tapi simpan je la rasa tu. trip kali ni bajet kurang mengizinkan so lebih banyak cuci mata.

geram!!! comel-comel.. terasa nak jadi budak-budak pulak

doll tu lagi besar dari diana
kepada yang ada anak kecil tu terutamanya anak perempuan , desa murni batik menawarkan pilihan t-shirt, gaun dan seluar yang pelbagai corak dan warna. dengan design terkini dan sangat-sangat comel bila digayakan. dalam hati ni duk teringin je nak belikan diana baju baru. punya la tergoda. kalau orang lain comfirm borong sakan. harganya pun tak la terlalu mahal. kira mampu sangat dibeli oleh semua golongan. material kain juga sangat selesa dipakai oleh kanak-kanak. 





TIDAK!!! banyak sangat yang cantik-cantik ni


mak mertua mama lynn sempat borong telekung berpasang-pasang. bukan beli untuk diri sendiri je  tapi pesanan dari rakan sekerja pun ada. kalau kain lycra tu pun murah sangat kat sini. bila fikir balik ruginya dah beli telekung baru-baru ni. kalau beli kat sini harganya jauh lebih murah.


selimut budak-budak pun cantik-cantik. boleh dapatkan dengan harga serendah rm14.00. even diskaun ditawarkan pada masa tu hanyalah 10% tetapi tak lah MAHAL mana pun. kalau letak net price pun korang mesti nak beli jugak. 


ada bed sheet, jam dinding, aksesori wanita, tudung dan pelbagai pilihan baju di tingkat bawah. kalau kat tingkat atas pulak ada bahagian untuk lelaki, bunga-bunga dan hiasan rumah serta alat kelengkapan rumah seperti karpet dan macam-macam lagi. memang sangat-sangat best kalau masuk desa murni batik ni. dari xde plan membeli sampai TERBELI jugak la dibuatnya.



rasa nak grab 1 je yang kat atas tu. besar-besar dah sama saiz badan mama lynn

anak solehah mama lynn "diana" sempat juga menggayakan gaun yang ada di situ

pemandangan luar desa murni batik
mama lynn tak shopping ape pun. in shaa Allah next time datang nanti baru la nak shopping sakan kat sini cuma diana je la yang dapat sandal dan kemeja baru. mamanya yang belikan. zahir tak dapat apa-apa pun, mujurlah dia x mengamuk. korang semua silalah singgah ke sini bila ke kuala terengganu. lagi-lagi dah nak dekat ngan musim perayaan ni lagilah seronok memilih baju untuk anak-anak.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar