Followers

Friday, June 6, 2014

berkebun mesti berhasil

setelah hampir 4 bulan pokok kacang bendi ni disemai di belakang rumah mama lynn akhirnya mendatangkan hasil jugak. hip hip horay. kacang bendi da berbuah dengan segarnya. happy tak terkira di hati ni cos mama lynn semai sendiri tu. tak sangka air tangan ni mendatangkan hasil. sebelum ni tanam sayur sawi dan bayam kurang menjadi dek serangan belalang.

pokok cili yang zura tanam pun dah berbuah. (sape zura ?? alah korang ni buat-buat lupa pulak. tu la mama diana ngan zahir). yang satu pokok tu baru sebiji je cilinya dan yang lagi satu nampak meriah sikit. biarlah penuh dulu buah cilinya barulah seronok nak petik. 

petang semalam, sambil-sambil usha hasil tanaman belakang rumah tu sempat la mama lynn gemburkan tanah pokok cili tu. dah nak tumbang , mungkin sebab lately ni kerap hujan. pokok pun dah nampak akarnya. 

tak sabar nak tengok hasil tanaman yang lain. hope pokok kunyit mama lynn tumbuh meriah, pokok peria yang zura tanam berbuah dan tak sabar nak makan betik dari pokok yang mama lynn tanam sendiri. makin exsaited mama lynn ngan aktiviti berkebun ni. 

inilah aktiviti masa lapang yang  u all boleh buat jugak. memang have fun ngan berkebun ni. badan pun jadi sihat. yang penting boleh cut cost belanja dapur kalau kena gayanya. nak cari baja pulak lepas ni. nak bagi tanaman mama lynn ni lagi gebus... 


ada yang kecil dan ada yang dah besar. tak sabar nak letak dalam masakan asam pedas nanti


yang ni baru sebiji je buah cilinya.... pokok tak gebu lagi , kena tambah vitamin baru meriah 

yang ni pulak baru nak tumbuh putik 

kacang bendi tumpang dalam pasu pokok kari ( yang ni nampak segar jedaun karinya) 

kacang bendi tumpang dalam pasu pokok kunyit. tanah x meriah so semalam mama lynn tambah lagi tanah dalam pasu ni

pokok cili ni nampak banyak sikit buah cilinya. wahhhh fresh lagi ni

pokok kari pulak yang nampak kurang sihat. (kena cari baja jugak untuk suburkan kembali)


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. assalam.mel dulu masa mula2 pokok bendi kuarkan bunga pun excited gak. memang cut cost dapurlah. Cuma kena rajin sikit berpanas berembun turun kebun tu..pastu tambah ilmu macam2 tentang berkebun ni, takleh belasah je, memang tak jadi ape..uhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe betul tu. org kate kena la rajin menjaganya. harap dia nak berbuah atau mendatangkan hasil terus tak boleh gak. bila da tgk hasil raasa makin teruja utk bkebun

      Delete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar