Followers

Friday, June 6, 2014

abah masih di IJN

petang semalam mama lynn sempat meluangkan masa melawat abah di IJN. khamis lepas abah mama lynn selamat menjalani rawatan angiogram untuk mengesan keadaan jantung. keputusannya telah kami terima. terdapat 2 block di bahagian kanan jantung abah. suara emak yang menyampaikan berita tersebut khamis lepas agak sebak. untuk makluman abah mama lynn admit di IJN pada tengahari rabu lepas. 

petang semalam abah nampak lebih sihat. sempat mama lynn ajak abah turun ke tingkat bawah. abah nak ambil cahaya matahari. dah berhari di wad memang jemu. mama lynn ada jugak bertanya dengan jururawat bertugas bila abah boleh discharge tapi jawapannya masih tiada perancangan untuk itu kerana doktor yang merawat abah perlu berbincang dengan pihak atasan mengenai pembedahan yang akan dilakukan kelak (by pass).

bila fikirkan tentang abah sebak rasanya di hati ni. semoga Allah SWT mempermudahkan rawatan untuk abah. abah nampak sihat tapi banyak penyakit yang abah hidapi. u all bayangkan bila abah u all ada penyakit darah tinggi, kencing manis, jantung dan buah pinggang dalam masa yang sama. pulak tu abah mama lynn dah mula rawatan dialisis. hati anak mana yang tak sebak. hanya doa pada Nya yang mampu mama lynn lakukan. nak membantu wang ringgit memang mama lynn tak mampu. kalaulah mama lynn ni orang berada, mesti mama lynn nak make sure abah mendapat rawatan sempurna. ni pun sangat-sangat bersyukur cos sebagai pesara kerajaan rawatan di IJN tidak perlu dibayar. rawatan dialisis abah pun sedang diusahakan bayaran dari JPA .


dari rabu lepas abah mama lynn bermalam di sini 

kesimpulannya sayangi diri anda. dari mudalah kita kena jaga pemakanan dan kesihatan supaya penyakit tak mudah dekat dengan kita. mudah-mudahan abah mama lynn sentiasa kuat menerima dugaan Allah ini. mama lynn nak sangat abah mama lynn sihat supaya sempat abah melihat cucu-cucunya membesar dan melihat anak dari rahim mama lynn sendiri. sebab tu lah keinginan untuk ada baby memuncak-muncak sekarang ni. Allah sebaik-baik perancang. mama lynn kena positif.

abah tersayang
mama lynn berharap sangat u all semua turut sama-sama mendoakan kesihatan abah mama lynn. mama lynn janji akan sama-sama menjaga abah dan ada di samping abah dalam usaha abah untuk kembali sembuh. in shaa Allah. 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar