Followers

Thursday, June 5, 2014

abah dan angiogram



abah kesayangan hati mama lynn "KAMARULZAMAN BIN AHMAD"


30 mei lepas mama lynn menemani abah untuk check up DI IJN. tu pun sebab hospital klang minta abah di refer kembali ke IJN. abah lynn dah 2 kali sebelum ni warded di IJN dan selebihnya datang check up bila sampai masa. doktor bagi tarikh 4 jun untuk admit ward dan 5 jun untuk melakukan angiogram. 

semalam kakak sulung dan adik bongsu yang menguruskan admit ward untuk abah. mama lynn tak dapat nak berbuat demikian kerana baru je EL isnin lepas. mak pula decide untuk stay di IJN bagi menemani abah. syukur jugak la mak dah start bercuti separuh gaji selama 3 bulan bermula awal minggu ni. ada jugak la peneman abah. anak-anak yang lain sibuk dengan komitmen kerja.

pagi ni dapat call dari mak. abah dah pun masuk ke dewan bedah untuk melakukan operation kecil angiogram. semoga semuanya berjalan lancar. hari ni pun mama lynn tak dapat nak melawat abah di IJN. kebetulan pulak partner kerja mama lynn bercuti sehingga esok. nampak gaya esok petang kena gak isi borang meninggalkan pejabat. nak cuti pun x dapat. harap sangat majikan memahami situasi mama lynn.


Istilah Angiogram
Angiogram adalah satu pemeriksaan yang menggunakan imbasan sinar-x untuk memperlihatkan salur darah dengan menggunakan bahan kontras. Angiogram digunakan untuk mendiagnos penyakit arteri koronari. Ia juga boleh digunakan untuk mengenal pasti lokasi sebenar dan keterukan CAD. sumber

mudah-mudahan abah cepat sembuh dan tabah menghadapi dugaan dari Allah. mama lynn percaya yang penyakit yang Allah bagi ni jugak sebagai pencuci dosa. ada hikmahnya apa sahaja yang Allah beri. mama lynn sebagai anak sentiasa mendoakan kesejahteraan abah dan mak dunia akhirat. in shaa Allah. mohon teman-teman blogger yang lain turut sama mendoakan kesihatan abah mama lynn . 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar