Followers

Wednesday, June 25, 2014

wordless wednesday



Hubungi Lynn Kamarul  011-11646607 untuk sebarang pertanyaan 
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, June 24, 2014

selamat datang ramadhan

syukur .. Allah Yang Maha Esa kan menemukan ramadhan sekali lagi. in shaa Allah jika tiada aral kita semua akan mula berpuasa mulai Ahad (29 Jun 2014) ini. bermaksud lagi 5 hari je lagi menjelang ramadhan. mama lynn yakin u all semua mesti dah selesai puasa ganti. teruja menyambut ramadhan + tak sabar nak tunaikan solat terawih.

lamanya tak blogging. terasa M besar menguasai diri + takde cerita menarik nak mama lynn kongsikan. cuti hujung minggu lepas pun banyak habiskan masa di rumah. weekend merupakan hari mama lynn akan memasak (WAJIB) cos hari bekerja balik kerja tahu balik makanan dah terhidang atas meja. bila fikirkan balik , mama lynn sepatutnya bersyukur dengan apa yang Allah berikan.

lately ni banyak sangat masalah yang mama lynn hadapi. sebab tu sedikit sebanyak mood blogging pun terganggu. mudah-mudahan hadirnya ramadhan ini dapat mama lynn perbaiki segala kekurangan diri. mama lynn pun manusia biasa yang tak terlepas dari khilaf. hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui.

buat teman-teman di luar sana, make sure ramadhan kali ni ditempuhi dengan penuh makna. perbanyakkan amalan. kalau ada kelapangan tu make sure meriahkan surau kat kawasan rumah u all tu dengan solat terawih. in shaa Allah mama lynn akan luangkan masa untuk bertarawih + xde anak kecik bolehla spend masa ke surau kan.

2 ramadhan nanti abah mama lynn akan menjalani pembedahan by pass jantung. doakan abah mama lynn cepat sembuh ye. sejak abah mama lynn keluar masuk hospital ni memang emosi mama lynn sedikit sebanyak terganggu. kadang sedih..kadang sebak. banyak sangat yang bermain dalam diri ni. semoga Allah memberi kekuatan buat diri ini. in shaa Allah. sebagai anak mesti la mama lynn nak lihat abah mama lynn dalam keadaan sihat. kalau tiada aral 26 jun ni abah akan warded di IJN. mama lynn tak mampu nak beri wang ringgit kepada orang tua. sekurang-kurangnya perhatian yag diberikan kepada abah dapat la menggembirakan hatinya.

tak mampu nak tulis entri panjang-panjang. ape-ape pun mama lynn nak ucapkan "SELAMAT BERPUASA BUAT SELURUH UMAT ISLAM " . jom sama-sama kita gandakan amalan di bulan mulia. 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Solat Jamak dan Qasar




SOLAT JAMAK
Jamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat. 
Solat yang boleh di jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak.
Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :



Jamak Takdim
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dalam waktu Zohor dan Solat Maghrib dengan Isyak dalam waktu Maghrib.Syarat Jamak Takdim : 
i.Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak
ii.Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram
iii.Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua.

Jamak Takhir
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar. 
Manakala solat Magrib dilakukan pada Waktu Isyak.
Syarat Jamak Takhir : 
i.Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.
ii.Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.

SOLAT QASAR
Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja. 
Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.

Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah : 
Musafirnya tidak bertujuan maksiat.
Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km
Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram
Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)
Mengetahui solat qasar itu menjadi harus baginya
Mengetahui tempat yang hendak dituju, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya
Tidak boleh qada qasar solat yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada'
Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya

Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) : 
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.

HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASAR 
Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di antara dua solat dan mengqasarkan sekali.

Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut : 
Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar 
Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar.

Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini :
Niat Jama' Taqdim dan Qasar : 
i.Solat Zohor dan Asar. 
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala 
Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat. 
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut : 
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

ii.Solat Maghrib dan Isya' 
Sahaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya Isya' kerana Allah Taala 
Solat maghrib tidak boleh diqasarkan.

Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya' sama dengna niat jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut : 
Sahaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala

Niat Jama' Takhir dan Qasar: 
i.Solat Zohor dan Asar 
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala 
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut : 
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

ii.Solat Maghrib dan Isya' 
Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama'kan dengan isya' tunai kerana Allah Taala. ! memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut : 
Sahaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Saturday, June 14, 2014

'' Feel Vogue super-cover Foundation ''











'' Feel Vogue super-cover Foundation ''

~ FV adalah pilihan make up artist professional...

~ Manafaat Feelvouge foundation : 

♡ Vitamin E - melembabkan kulit wajah
♡ Spf 30 - melindungi kulit dari sinaran matahari
♡ Anti rekahan
♡ Long Lasting up to 16hour
♡ Professional voverage
♡ Halal & mendapat kelulusan KKM
♡ Keluaran Fellicious Cosmetic

➨ SPF 30 melindungi kulit dari sinaran matahari.
➨Sesuai dengan semua jenis kulit
➨ Effect Glowing bila semakin pecah peluh.
➨Mudah dicuci untuk solat.

√ 10gm
√ Tahan 1 - 2 bulan. (bergantung pada penggunaan)
√ Teksturnya yang ringan serta mudah dipakaipada kulit wajah.

Terdapat dalam dua jenis :

1- Beige - untuk kulit cerah & sawa matang Secara umumnya warna beige sesuai untuk kebanyakan kulit

2- Natural - untuk kulit kuning langsat 
(putih pucat)

Sapu nipis2 je ea
Sapu nipis ja dah boleh tutup cela di wajah. Mudah dipakai dan dikenakan dengan pelbagai jenis solekan.

Pakai pagi, tahan hingga 16jam penggunaan, Seharian berada di luar, kulit muka langsung tidak berminyak dan kering, 

Ada perlindungan spf 30 - tak risau berjemur diterik mentari

Ada Vit E - tak risau kulit muka kering atau kusam Mudah dicuci 

- halal Telah diluluskan oleh KKM

Paling best - Effect GLOWING bila semakin pecah peluh

Semua ni ada dalam Feel Vogue Supercover FoundationFeelVogue Supercover Foundation Dijamin Selamat !!!

Didaftar dengan Biro Pengawalan Farmaceutikal Kebangsaan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia.

FEELVOGUE SUPERCOVER FOUNDATION (KKM not : NOT130905995K) 

Anda boleh buat carian di laman web BPFK dengan menggunakan nombor rujukan NOT yang tersenarai di atas.

~ Ingin mendapatkan foundation kulit yang menakjubkan ...ingin menjadi seperti mereka ....Tunggu apa lagi...Hubungi saya laju-laju.

Lynn Kamarul 
011-11646607
Pm/sms


Harga (RM): $ 69.90 + rm6 postge semenanjung
Rm10 Sabah / sarawak

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Friday, June 13, 2014

kasihkan anak tiri seperti anak sendiri

semalam mama lynn ada baca status di FB sahabat mama lynn berkaitan layanan terhadap anak tiri. masih ada lagi rupanya mak tiri di luar sana yang tak ikhlas menerima kehadiran anak tiri. berkahwin dengan si bapa tanpa menerima anak-anak suami sepenuhnya. sedihnya bila fikirkan nasib anak-anak tersebut. tak terbayang pulak perjalanan hidup mereka.

mama lynn berjanji dalam diri takkan persiakan anak-anak soleh dan solehah mama lynn. bagi mama lynn mereka berdua seperti anak kandung mama lynn. tak tergamak hati ni nak perlakukan mereka seperti orang asing. tak tergamak diri ni nak nafikan kasih sayang diri ini kepada mereka. ya.... bila seorang ibu tiri melihat anak tiri membesar depan mata, kasih sayang terlalu mendalam. sedangkan kalau tak dapat lihat wajah mereka sehari pun dah terasa rindu. 

anak-anak kesayangan

cinta hati mak 

balik kerja semalam mama lynn berjanji dengan mereka berdua yang selepas mama lynn mengemas, mandi dan solat mama lynn nak bawa mereka bermain di taman. seronok nampaknya mereka berdua bila mama lynn luangkan masa untuk mereka. memandangkan mama mereka berdua sibuk dengan kuih frozen kenalah take over tanggungjawab. tak nak la anak-anak tanpa perhatian. at least keduanya sedar mama lynn care tentang mereka.

mudah-mudahan keduanya kan menjadi anak yang soleh dan solehah. mama lynn nak berikan contoh yang terbaik buat mereka. mama lynn tak nak persiakan anugerah yang Dia kurniakan. mama lynn belum mampu memberikan suami anak kandung. sekurang-kurangnya bila mama lynn terima anak-anak suami seadanya kasih sayang keluarga kami akan mekar berpanjangan. 

marah seorang mak kerana sayangkan anak. bukanlah kerana mak tu membenci anak. anak-anak patut sedar tentang hakikat tu. pada mereka yang ditakdirkan Allah menjadi ibu tiri terimalah anak-anak suami kalian seperti anak sendiri. in shaa Allah itulah kunci kebahagian rumahtangga.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, June 12, 2014

teman baik tatkala suka dan duka



ni la BFF mama lynn tatkala suka dan duka. wajib ada dalam simpanan. kat rumah ada kat office pun wajib ada . dah jadi habit kot kena sapu balm selalu lagi-lagi bila tak sedap badan. at least lega bila badan ni dicalit balm. 

yang ni tak mahal + tak la panas sangat. baru rm3.50 kalau korang beli kat my mydin. kalau kat tempat lain tak tahu pulak berapa harganya. mama lynn memang tak suka pakai balm atau minyak angin yang terlalu panas. kalau beli minyak angin untuk urut tu pun tak berani nak beli yang color hijau. mesti cari yang color kekuningan. kurang panas tapi melegakan. 


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

rasa lebih lega



akhirnya baru rasa lega sikit tekak mama lynn ni. tak la seperit semalam. terima kasih kat officemate yang bagi fisherman's friend (tinggal 3 biji je pung) ++ pagi tadi masa isi minyak sempat beli strepsils

kahak pun da tinggal baki-baki je. syukur Ya Allah bila diberikan kelegaan macam ni. cuma tidur malam masih batuk-batuk manja. nak tidur dengan kelajuaan kipas kat no 1 alamat berpeluh-peluh la mama lynn nanti. tapi bila letak 3 atau 4 bangun pagi mesti batuk-batuk dan selsema.

cepat la baik duhai diri. rindu nak minum air sejuk. semalam gian punya pasal langgar gak pantang. lepaskan keinginan tekak yang mengidam kalah orang mengandung. 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, June 11, 2014

masalah di tempat kerja

entri malas-malas di pagi hari. dari semalam nak tulis pasal kisah ni. alkisah situasi di pejabat yang orang lain pun face it jugak. benda biasa-biasa yang kadang-kadang orang akan sensasikan. tak tahu lah kalau u all pernah berdepan dengan situasi ni.

kadang-kadang kita ni bila kita bercakap atau bersembang ngan seseorang as colleague ianya takkan jadi hal besar. dah nama pun satu tempat kerja takkan nak jadi BODOH SOMBONG , buat hal sendiri pulak. kena la bergaul mesra untuk wujudkan suasana kerja yang baik. TETAPI bila kita perlu bekerjasama di dalam kerja kadang-kadang ianya akan menimbulkan satu perasaan lain. macam tak sebulu pun ada, kurang serasi pun ada. lagi-lagi bila kita repeat kesalahan yang sama dalam kerja. tak tahu la betapa MUALnya partner kita tu dengan kita.

bila melibatkan kerja kadang-kadang kawan pun boleh jadi lawan. bila ianya semakin lama semakin menjadi SETERU. ianya situasi yang tak patut ada. seharusnya team work tu perlu di pupuk. once partner buat silap kita ada cara nak menegur. menegur jangan sampai buat orang tersinggung. 

kita yang buat silap ni pun seharusnya kena la accept teguran orang tu. jangan la cepat sangat nak sentap. orang tegur pun bersebab. kalau dah kedua-dua pihak KERAS KEPALA memang sampai bila-bila pun macam tu la konsep kerja korang. memang takkan sebulu....dan akan affect persahabatan korang di luar waktu kerja.
takde kaitan dengan entri ni. (buat sejuk mata memandang) 

kalau kat office mama lynn ni , ada jugak yang ingatkan mama lynn even kita rasa tak puas hati jangan la tulis kat sosial media macam FB. ramai je yang akan jadi reporter nanti. fitrah manusia agaknya suka sangat menyampai-nyampai. kalau dah semua pekerja ada sikap macam ni HANCUR la organisasi tu.

masa kerja kita fokus pada kerja. kalau partner buat salah tegurlah dengan cara berhemah. kalau kita rasa kita lebih arif dalam bidang kerja tu tak salah kalau kita beri tunjuk ajar yang lebih details supaya tak la kawan kita nanti repeat kesalahan yang sama. 

kalau ada rasa tak puas hati tu TOLONG jangan pendam. luahkan dan sebaiknya berterus-terang. kita ni cari rezeki yang halal untuk keluarga... kikiskan sikap cakap belakang tu. peribadi diri kena la dipelihara. 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

kau sentiasa di sisi

jatuh bangun kita dialah ada bersama kita
sakit perit kita dia xkan biarkan kita
hidup kita bertemankan dia
yang sentiasa ada bila kita memerlukannya

siapa dia di hati kita
siapa dia yang sentiasa bersedia untuk kita
dialah pasangan kita
dialah teman hidup kita

buat suamiku
takkan pernah aku sesali
pilihan hidup yang ku lakukan ini
kaulah yang terbaik untuk diri
kaulah yang sentiasa di hati

terima kasih cinta hati
terima kasih kekasih diri
takkan pernah ku berlari pergi
tanpa kamu ada di sisi

kerana kau aku terus berdiri
walau semalam aku jatuh lagi
kaulah pendorong diri
kaulah teman sejati

KAU SUAMI....


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

wordless wednesday



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, June 10, 2014

koleksi fridge magnet

diantara koleksi fridge magnet hadiah rakan sepejabat..sayang nak bawak balik rumah =) 




♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

tempatku mencari rezeki


lamanya baru dapat tulis entri ni. kebetulan kamera sentiasa berada dalam hand bag , jaga kaunter semalam terus snap pemandangan di pejabat mama lynn. office mama lynn baru je buat renovation di bahagian kaunter, bilik perbincangan dan bilik mesyuarat. penambahbaikan yang dibuat ini memang sangat-sangat mengujakan tetamu yang datang ++ dengan adanya ruang makan yang ala-ala kopitiam.

bos mama lynn tak suka staff makan di dalam bilik mesyuarat, solusinya diadakan ruang makan ala-ala kopitiam. memang sangat comfort. rasa macam kat restoran pun ada. sekurang-kurangnya bila bilik mesyuarat dan ruang makan terpisah x la mengganggu perjalanan mesyuarat. 



yang di bawah ni pulak pemandangan di kaunter jabatan. kat sinilah rutin kami pembantu tadbir (N17) bertugas bergilir-gilir setiap hari. dalam sebulan tu ada la 2 - 3 kali kami perlu bertugas di sini. memang rasa macam heaven kalau kena jaga kaunter ni. hehe manakan tidak. dapat la rest dari buat kerja kejap. tu pun bertugas half day je. x la terlalu penat melayan pelanggan.


yang ni pulak bilik perbincangan. digunakan untuk pelanggan berdiskusi bersama staff jabatan terlibat. kalau dulu memang open je tempat diskusi ni. kita yang jaga kaunter pun boleh turut mendengar perbincangan mereka. dah buat ruang macam ni konsider more personal. selesa la sikit para pelanggan kami. 


bilik mesyuarat kami ni pulak tak la terlalu besar tapi konsep korporat berjaya ditimbulkan. kalau buat perhimpunan jabatan memang kena bawak jugak kerusi dari luar. almaklum staff jabatan kami boleh tahan ramai jugak la. 


.....dan ni la ruang kerja mama lynn. simple je pun. nama pun meja pembantu tadbir (N17). xde la grand macam meja pegawai. yang penting dapat laksanakan tanggungjawab pada kerja dengan selesa. meja ni baru 2 bulan mama lynn duduki. sebelum ni mama lynn bertugas di bahagian jalan. alhamdulillah selesa dengan tugas sekarang walaupun kadang-kadang stress la jugak. KERJA kan.



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

HIKMAH pesara kerajaan


alhamdulillah semalam (9.6.2014) abah da discharge dr IJN
next admit 26.6.2014 ni. in shaa Allah by pass akan dilakukan selepas tarikh tu. 
rutin abah few days ni back to normal
petang ni dialisis di klinik zara 
mujurlah abah seorang pesara kerajaan
HIKMAH 

p/s : kos perubatan sangat-sangat tinggi. untunglah kepada yang berkhidmat dengan kerajaan. tak pun kena ada insuran perubatan. kalau nak tanggung kos perubatan sendiri untuk rawatan pakar macam ni memang tak termampu buat keluarga kami

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Monday, June 9, 2014

sakit ujian Allah

sepanjang minggu ni mama lynn kurang sihat. sehari dua nilah kemucaknya. rasa flat sangat diri ni. tapi dalam flat tu makan tetap je lalu. mana lah tak lalu, asyik muntah je... da makan jadi lapar balik. muntah bukan sebab mengandung ye. jangan cepat sangat buat andaian.



ekceli dalam seminggu ni dah abis control tak minum air sejuk tapi tak berkesan jugak. batuk mama lynn memang dah tahap dasyat. sakit tekak ni dibuatnya. semalam setelah kena bebelan en suami sabtu lepas , gagahkan diri ke klinik jugak.  semalam jumpa doktor dapatlah stok ubat yang melambak-lambak. antibiotik + ubat demam + ubat kahak + ubat sakit tekak + ubat selesema+ ubat batuk 

harap Allah berikan kesembuhan pada diri ni. in shaa Allah... pagi ni gagahkan diri bekerja jugak. esok kalau flat lagi memang g amik MC la jawabnya. 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Saturday, June 7, 2014

jom tanam minat ngan pokok bunga pulak


sejak 2 menjak ni rasa dah ada hobi baru iaitu BERKEBUN. tak kira lah tanaman sayuran atau bunga-bungaan. sejak pokok bunga raya yang zura tanam depan rumah tu berbunga terasa mama lynn WAJIB tambahkan lagi seri rumah mama lynn dengan bunga-bungaan.

kalau dulu masa belum renovate rumah memang mama lynn suka sangat ngan pokok bunga ni . masa tu memang mama lynn tanam atas tanah je. then bila dah xde space ni kenalah tanam guna pasu pulak. boleh refer entri mama lynn dan bunga , apa khabar cik bunga  dan hobi baru mama lynn . semuanya entri berkaitan tanaman bunga yang mama lynn pernah usahakan sebelum ni (bunyi macam buat kebun besar je).

kalau dah minat tu memang tak boleh nak dipisahkan. perancangan mama lynn nak cari bunga-bungaan yang tak payah tanam dalam pasu atas lantai tapi yang tanam dalam pasu dan hang je. boleh gak menambahkan keceriaan luar rumah mama lynn lepas ni. in shaa Allah , mama lynn akan usahakan jugak. kalau korang ada idea pokok bunga apa lagi yang boleh mama lynn tanam boleh la bagi CADANGAN ye. 

jom kita cuci mata ngan pokok bunga ala kampung di luar rumah mama lynn ........................

baru nampak berseri dengan kehadiran bunga-bungaan 

wahhh dah berbunga pokok bunga raya ni. senang sangat nak tanam . just cucuk je batangnya dalam pasu. yang ni air tangan zura. 


pokok bunga kampung katanya... 

tak boleh nak tambah koleksi bunga dalam pasu kerana kekangan tempat. nak cari bunga yang hang je pasni
dah tukar rumah baru walaupun yang second hand.. yang lama pecah kena langgar ngan tayar kereta mama lynn kot 


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

kereta cinderella di pantai batu buruk


pemandangan biasa yang akan korang lihat di pantai batu buruk , kuala terengganu adalah deretan kereta cinderella. kalau melaka terkenal dengan beca berhias di sini meriah dengan kereta cinderella berhias. kenapa mama lynn panggil kereta cinderella ??? korang boleh lihat sendiri dari gambar-gambar di bawah ni.

owhh pada yang teringin sangat menaiki kereta cinderella yang dipandu oleh kuda ni bayaran yang dikenakan hanya rm5.00 untuk dewasa dan rm3.00 untuk kanak-kanak. kira puas hati jugak la dapat pusing-pusing kejap ngan kereta cinderella ni. 

alang-alang dah sampai ke pantai batu buruk ni rugilah kalau tak merasa naik kereta cinderella ni. sempat la berangan jadi puteri raja kejap. pada yang pernah sampai sini boleh la kongsikan pengalaman korang ye. mama lynn bagi 4 bintang. 














♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Friday, June 6, 2014

desa murni batik , kuala terengganu

kalau ke kuala terengganu jangan lupa singgah ke desa murni batik. pertama kali menjejakkan kaki ke pasaraya ini rasa rambangnya mata. pelbagai produk berkaitan pakaian ditawarkan dengan harga yang murah dan sangat berbaloi.

masuk je kita disajikan dengan pilihan anak patung untuk kanak-kanak yang memang comel-comel belaka. mama lynn yang dah 30++ ni pun tergoda. rasa nak beli pun ada tapi simpan je la rasa tu. trip kali ni bajet kurang mengizinkan so lebih banyak cuci mata.

geram!!! comel-comel.. terasa nak jadi budak-budak pulak

doll tu lagi besar dari diana
kepada yang ada anak kecil tu terutamanya anak perempuan , desa murni batik menawarkan pilihan t-shirt, gaun dan seluar yang pelbagai corak dan warna. dengan design terkini dan sangat-sangat comel bila digayakan. dalam hati ni duk teringin je nak belikan diana baju baru. punya la tergoda. kalau orang lain comfirm borong sakan. harganya pun tak la terlalu mahal. kira mampu sangat dibeli oleh semua golongan. material kain juga sangat selesa dipakai oleh kanak-kanak. 





TIDAK!!! banyak sangat yang cantik-cantik ni


mak mertua mama lynn sempat borong telekung berpasang-pasang. bukan beli untuk diri sendiri je  tapi pesanan dari rakan sekerja pun ada. kalau kain lycra tu pun murah sangat kat sini. bila fikir balik ruginya dah beli telekung baru-baru ni. kalau beli kat sini harganya jauh lebih murah.


selimut budak-budak pun cantik-cantik. boleh dapatkan dengan harga serendah rm14.00. even diskaun ditawarkan pada masa tu hanyalah 10% tetapi tak lah MAHAL mana pun. kalau letak net price pun korang mesti nak beli jugak. 


ada bed sheet, jam dinding, aksesori wanita, tudung dan pelbagai pilihan baju di tingkat bawah. kalau kat tingkat atas pulak ada bahagian untuk lelaki, bunga-bunga dan hiasan rumah serta alat kelengkapan rumah seperti karpet dan macam-macam lagi. memang sangat-sangat best kalau masuk desa murni batik ni. dari xde plan membeli sampai TERBELI jugak la dibuatnya.



rasa nak grab 1 je yang kat atas tu. besar-besar dah sama saiz badan mama lynn

anak solehah mama lynn "diana" sempat juga menggayakan gaun yang ada di situ

pemandangan luar desa murni batik
mama lynn tak shopping ape pun. in shaa Allah next time datang nanti baru la nak shopping sakan kat sini cuma diana je la yang dapat sandal dan kemeja baru. mamanya yang belikan. zahir tak dapat apa-apa pun, mujurlah dia x mengamuk. korang semua silalah singgah ke sini bila ke kuala terengganu. lagi-lagi dah nak dekat ngan musim perayaan ni lagilah seronok memilih baju untuk anak-anak.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar