Followers

Thursday, May 15, 2014

umrah siri 3

alhamdulillah , masih bersemangat mama lynn nak bercerita tentang pengalaman mama lynn sepanjang di bumi orang. kali ni mama lynn nak share pemandangan di luar masjid nabawi, madinah. itulah pemandangan biasa yang mama lynn akan nampak setiap kali selesai solat fardhu. paling meriah suasana selepas subuh dan isyak.
ready untuk cuci mata .... meriahya jemaah kita shopping

laluan pulang ke hotel yang mama lynn inap memang meriah ngan bazaar lambak. memang excited kami yang datang dari jauh ni dibuatnya. mahu tak teruja.....ngan jualan yang memang murah + pilihan yang cukup pelbagai. contohnya kalau jubah tu boleh je dapat dengan harga 30 riyal tapi kualiti tak la seperti kalau u all beli di kedai. setakat nak buat tanda mata tu kira ok la jugak. sesuai dengan bajet u all.


kat tempat macam ni la kalau nak cari serbuk kurma, inai, tasbih, sejadah, jubah, minyak wangi dan macam-macam barangan dengan harga yang murah. macam serbuk kurma yang mama lynn beli  (boleh refer entri INI) . kat hotel yang mama lynn tinggal tu ada gak diorang jual serbuk kurma tu tapi harga dia berganda 2x. mujurlah tak terjebak beli kat hotel. so dapat la beli dengan harga yang lebih murah. 

pemandangan luar masjid nabawi (berdekatan dengan pasaraya bin dawood)

nasihat mama lynn seandainya u all nak cari tanda mata prefer beli di madinah je. bukan apa , kalau di mekah kita dah fokus pada ibadah. korang comfirm takde masa nak shopping kan + kalau kat mekah mahal sikit. kat madinah korang boleh beli dengan harga yang cukup murah dan berbaloi-baloi. mama lynn takde la shopping sakan pun. beli yang penting-penting je. dapat la belikan suami, cik honey madu ngan anak bujang jubah sorang sehelai. anak dara kesayangan tak belikan apa-apa pun. untuk kanak-kanak perempuan kalau nak cari jubah tak boleh beli tempat macam ni. kena masuk kedai baru jumpa.


pilihan tasbih dan aksesori wanita. nak yang murah ada yang mahal pun ada

stokin pun ada... yang ni memang tumpuan kaum hawa cos kat sana biasanya solat x pakai kain telekung. so kena la pakai stokin.

yang ni kat lobi hotel.. kat sini agak mahal sikit la

aktiviti di madinah setiap hari sama je. waktu solat memang kat masjid nabawi dan selebihnya mama lynn lebih prefer berehat di hotel. in shaa Allah next entri sebelum perkongsian cerita di mekah mama lynn akan share pengalaman di raudhah. pada yang nak tahu apa tu raudhah tunggu ye. 
link lain : 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar