Followers

Wednesday, May 14, 2014

umrah siri 2

alhamdulillah pagi ni sempat jugak mama lynn sambung entri berkaitan trip umrah mama lynn. untuk siri 2 ni cerita hari kedua di madinah. memandangkan hari pertama kami diberikan aktiviti bebas, masuk hari kedua kami dibawa untuk melawat ke tempat yang cukup istimewa iaitu  masjid quba, bukit uhud dan kilang kurma.




sejarah Masjid Quba 
Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid an-Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad (SAW) Saws.jpgsebelum baginda tiba di Madinah ketika berhijrah dari Makkah.
Masjid Quba kemudian disiapkan oleh Sahabat Rasulullah Saws.jpg. Rasulullah Saws.jpg menghabiskan masa selama 20 malam (selepas hijrah) di samping bersembahyang dan beribadah kepada Allah s.w.t..
Rumah Saidina Ali terletak di belakang Masjid Quba, dan Nabi MuhammadSaws.jpg akan mendirikan solat sunat sementera menunggu Saidina Ali bin Abi Talib. (SUMBER) 





istimewanya di masjid quba adalah solat disitu pahalanya bersamaan dengan 1 umrah. rombongan kami tidak dibenarkan untuk berada lama di dalam masjid memandangkan selepas itu kami akan ke bukit uhud. kami diberikan masa selama 20 minit sahaja disitu. ramainya jemaah yang hadir ke masjid quba untuk menunaikan solat tahiyatul masjid. masing-masing berebut untuk mendapatkan pahala umrah. mama lynn usai selesai solat terus keluar dari masjid. bukan tidak mahu berlama-lama di dalam masjid tetapi kepadatan jemaah membuatkan mama lynn rasa patut keluar cepat-cepat. perlu memberi ruang untuk jemaah lain menunaikan solat. 

ada satu peristiwa sebenarnya yang berlaku kepada jemaah umrah kami. biasalah bila berada ditempat orang, pasti ada yang tersesat. dari 20 minit masa menjadi semakin panjang. kami terpaksa menanti lama di dalam bas kerana ada jemaah yang hilang. kerana menanti terlalu lama, pihak travel meminta perjalanan diteruskan. mungkin juga dah terbiasa dengan situasi sebegini. kata mereka "in shaa Allah , yang hilang tu pasti akan dijumpai". 







selepas masjid quba , kami meneruskan perjalanan ke bukit uhud. seperti yang kita tahu bukit uhud mempunyai sejarah peperangannya sendiri. mama lynn nak bercerita tentang perang uhud tak pandai sangat. u all boleh google sendiri entri berkaitan bukit uhud. di bukit uhud ni ada terletak kuburan para syuhada uhud. mama lynn tak berkesempatan masuk ke dalam cuma kami beramai-ramai mengaminkan doa untuk para syuhada di tepi tembok kuburan tersebut.


destinasi terakhir pada hari tersebut adalah kilang kurma (macam kedai je cuma kat sebelah kilang adalah kebun kurma untuk kita tengok secara real). seronok melihat kemeriahan mereka yang berada di situ. masing-masing sibuk memilih kurma untuk di bawa pulang ke tanah air. yang menjadi pilihan ramai sudah tentulah kurma nabi. kalau tengok cara para jemaah berbelanja memang shopping sakan. ada yang berabis beratus ringgit untuk membeli kurma.  mama lynn ada la jugak beli tapi setakat kurma biasa dalam 1kg. 

kat sini istimewanya pelanggan disediakan dengan bekalan air mineral percuma. mungkin juga strategi syarikat tersebut untuk menarik perhatian pelanggan. cuma yang kurang bestnya kat sini sistem pembayaran di kaunter kurang efisen. ada jemaah yang tak beratur dapat bayar dahulu sedangkan yang tunggu turn nak bayar tak dilayan.




tu je la kisah untuk siri 2. in shaa Allah siri 3 akan menyusul esok. mama lynn memang tak sempat nak buat sambungan dalam hari yang sama memandangkan komitmen kerja perlu diutamakan. in shaa Allah mudah-mudahan entri mama lynn boleh menjadi panduan bakal jemaah umrah yang akan datang. sekadar berkongsi apa yang mama lynn lalui sepanjang berada di bumi madinah dan mekah.

link lain : 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar