Followers

Monday, May 12, 2014

umrah siri 1


seperti yang dijanjikan mama lynn akan sharekan moment-moment indah sepanjang menunaikan ibadah umrah pada 24 april hingga 5 mei lepas. nak share dalam satu entri agak mustahil kerana terlalu panjang kisah di sana. ape pun syukur yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa kerana memilih diri ini untuk menjejakkan kaki ke tanah suci mekah dan madinah. di usia mencapai 31 tahun ini Allah berikan nikmat yang tidak terhingga. terlalu manis kenangan sepanjang menunaikan ibadah umrah. sebolehnya mama lynn mahu kekal berada di sana. terlalu istimewa bumi yang penuh barakah itu.

bilik penginapan kami 5 beranak di jawharat al-fairoz hotel, madinah

mama lynn tiba di madinah hampir tengah malam waktu madinah. alhamdulillah pertama kali menjejakkan kaki di tanah madinah terasa seperti di dalam mimpi. selepas je collect luggage dan wheelchair kami terus berangkat ke hotel menaiki bas yang disediakan. nak check in bilik tu ambil masa sikit cos terlalu ramai jemaah dalam trip kami. tu pun dah pecah kepada 2 hotel berlainan. memandangkan kami 5 beranak tak nak berpisah bilik, kena tunggu lama jugak la sehingga urusan bilik untuk 3 orang selesai. syukur sangat-sangat, bilik yang disediakan selesa untuk kami 5 beranak. mama lynn kalau boleh nak void dari rasa kurang berpuas hati. belajar untuk bersyukur dengan apa yang diberikan.

selepas subuh pertama di masjid nabawi. membiasakan diri dengan suasana luar masjid nabawi selepas waktu solat. meriah sangat-sangat. 

syukur, pagi tu dapat kami anak-beranak solat fardu subuh buat kali pertama di masjid nabawi. kalau ikutkan hotel kami tidaklah terlalu jauh dari masjid nabawi. hotel yang mama lynn inap betul-betul berhadapan dengan madinah hilton. kalau sesiapa pernah ke pasaraya bin dawood di madinah, memang lorong itulah jalan yang mama lynn lalui setiap kali nak ke masjid nabawi. yang bestnya suasana di sana selepas waktu solat memang sangat-sangat meriah. dah macam pasar malam pun ada (gambar akan dikongsi dalam entri akan datang).

hari pertama di madinah dah buat aktiviti jalan-jalan. sebelum tu snap pic kat lobi hotel dulu

 selesai solat subuh tu kami pulang ke hotel untuk bersarapan dahulu. memandangkan subuh di sana pukul 4.40 pagi, dah jadi kebiasaan kami sarapan pagi pukul 5.30 pagi. kat sana kalau pukul 6.00pagi pun dah cerah. nak tunggu waktu tengahari tu terasa lambat la jugak cos dah terbiasa bangun pukul 3.00 ++ pagi. pagi pertama di madinah kami dah buat aktiviti bebas sementara menunggu waktu solat zuhur. takde la shopping sakan pun, sekadar survey apa yang menarik untuk dibeli nanti. memang dari awal ramai yang suggest kalau nak beli buah tangan , beli kat madinah kerana harga barang-barangnya lebih murah berbanding dari di mekah.

wajah excited dapat menjejakkan kaki ke masjd nabawi
both my sister & abah
hotel penginapan sepanjang di madinah
di hadapan lobi hotel
bersama adinda yang matang sebelum usia "amirah"
bersama adinda tercinta "filzah"
sesudah solat isyak. berlatar belakangkan masjid nabawi
aktiviti lain di hari pertama bila masuk waktu memang kami akan berada di masjid nabawi. selebihnya di hotel. usai selesai solat isyak sempat juga mama lynn rakamkan gambar kenangan berlatar belakangkan masjid nabawi. di madinah banyak sangat gambar yang sempat mama lynn rakamkan. di mekah agak berhati-hati juga kerana tak mahu ibadah umrah terjejas. hanya selepas tawaf untuk umrah ketiga baru mama lynn sempat rakamkan gambar berlatar belakangkan KAABAH. in shaa Allah akan bersambung di siri 2 pulak. harap semua pembaca tak bosan dengan kisah mama lynn ni. tak pernah terlintas yang perkongsian begini mendatangkan riak. sekadar berkongsi dan ingin menanamkan semangat kawan-kawan untuk sampai ke tanah suci di usia muda. in shaa Allah. 


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

4 pesanan kasih sayang:

  1. assalamualaikum.

    Subahanallah.Tahniah sebab sudah mendapat jemputan sebagai tetamu Baitullah.

    harap kalau buat posting setiap bahagian akan di link antara satu artkel dengan artikel yang lain...terima kasih atas perkongsian pengalaman suci tersebut.smg umrah saudari barakah sekeluarga.aamiin.

    -Hamba Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. mudah2an ianya memberi manfaat buat yg lain

      Delete
  2. alhamdulillah.sudab dijemput ke sana..
    sronok baca pengalaman org yg dh sampai sna
    in shaaAllah bg sy ini bukan entry yg berunsurkan riak.

    xlist kami dpt juga tahu situasi di sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah rania... terima kasih byk2 ye

      Delete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar