Followers

Monday, May 26, 2014

selamat ulang tahun abah

jumaat lepas sempat kami sekeluarga meraikan sambuatan ulang tahun abah mama lynn yang ke 56 tahun. rasa sekejapnya berlalu, abah dah semakin berusia rupanya. ye la mama lynn sendiri dah masuk 30an. dah jadi kebiasaan dalam keluarga mama lynn mesti celebrate birthday setiap ahli keluarga even buat majlis simple-simple.

menu malam tu agak meriah jugak tapi xde la snap gambar sangat. yang penting kek birthday mama lynn yang sponsor. tempah dari kawan sekolah. saiz 3' macam kat bawah ni baru rm40.00. nampak macam kecik tapi kek ni tinggi + sedap ngan nutella nya. sekarang ni pantang tengok produk online..mesti terjebak.

diusia abah menginjak ke 56 tahun ni mama lynn tak putus berdoa Allah SWT permudahkan rawatan dialisis abah. memang mama lynn jarang-jarang bercerita tentang kesihatan abah di blog. bukan apa, rasanya perkara personal macam ni tak patut nak mama lynn war-warkan. kena jugak jaga hati ahli keluarga yang lain.

u all pun boleh tengok sendiri dalam gambar-gambar kat bawah ni. kalau u all perhatikan betul-betul , kat leher abah mama lynn ada tergantung wayar yang berbalut. kat leher tu baru je kena tebuk masa abah mama lynn warded last week. buat sementara ni darah abah mama lynn akan dicuci melalui tebukan di leher tu.  

mohon teman-teman blogger sama-sama mendoakan kesihatan abah mama lynn. in shaa Allah 30 mei ni abah ada appoinment ngan IJN pulak. untuk makluman abah mama lynn mempunyai penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan terbaru buah pinggang. anak mana yang tak risau bila ayahnya sakit kan.

mudah-mudahan Allah sembuhkan penyakit abah dan abah kuat menempuh dugaan ini. kami sekeluarga sebolehnya tak nak buat abah susah hati dalam keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan ini. buat abah .... 

"selamat hari lahir yang ke 56. orang sayangkan abah dunia akhirat. tanpa abah siapalah diri ini. walaupun orang tak mampu memberi abah kemewahan, orang janji akan jadi anak yang mentaati kedua ibu-bapa. in shaa Allah "

hasil tangan izul yang sedap
cake sponsor by mama lynn

sate sponsor by hana kamarul

kasui sponsor by fyza kamarul
selamat ulang tahun abah 


cuc kesayangan atok nak potong kek jugak
my brilliant boy 'aiman faliq & his ibu'





♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

3 pesanan kasih sayang:

  1. wah... semoga abah die akan bertambah sihat dan dipanjangkan umor

    ReplyDelete
  2. terima kasih semua. mudah2an hendaknya

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar