Followers

Wednesday, May 14, 2014

rewards untuk diana


lama x bagi gift kepada anak dara kesayangan hati mama lynn. even nurul nadiana najwa dah macam mak nenek kalau bukak mulut, dia sentiasa di hati mama lynn. marah pada anak hanya di bibir tapi di hati dialah puteri kesayangan hati.

sebagai rewards kerana selalu menceriakan hari-hari mama lynn, mama lynn belikan diana beg sandang. x mahal manapun...baru rm9.90. tu pun mama lynn beli kat my1shop. ehhh betul ke sebutan nama kedai ni. selalu sangat fail menyebutnya. nak beli hadiah mahal-mahal tak mampu.

in shaa Allah persalinan raya nanti dah tentu mama lynn akan belikan buat kedua-dua anak soleh dan solehah mama lynn. sepasang seorang pun jadilah kan. biar ikut kemampuan. kalau cakap pasal baju raya ni rasanya tahun ni takde la nak menempah baju sangat. kebetulan da beli 2 helai jubah kat madinah aritu. boleh la pakai time raya nanti. kalau nak tempah pun plan buat 2 pasang je baju kurung pahang / pesak gantung. sangat selesa ngan kurung pahang, kalau nak berbaju kurung original tu alahai... lamanya tak tempah. 

"buat diana , terima kasih adik kerana selalu buat mak ceria.... kadang-kadang buat mak marah dan geram tapi adik tetap kesayangan hati mak. kalau ditakdirkan Allah adik dapat adik dari mak.. mak janji kasih sayang buat kalian takkan dibeza-beza. mudah-mudahan Allah kabulkan niat mak "

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar