Followers

Friday, May 23, 2014

rewards dari anulae

dari pagi tadi hingga tengahari telah belangsung mesyuarat tahunan anulae bagi tahun 2014. mama lynn merupakan diantara ribuan ahli kesatuan ini. nak cerita panjang apa itu anulae x pandai la pulak. yang tu en google boleh bantu u all.

mama lynn sempat jugak meluangkan masa untuk ke mesyuarat tersebut. sekadar g daftar dan breakfast je. nak tunggu lama , payment pulak tengah banyak. malas nak bertangguh-tangguh bab kerja ni. so lepas breakfast mama lynn terus naik opis balik.


cantik tak beg kat atas ni. ni lah reward yang mama lynn dapat masa pendaftaran pagi tadi. cantik jugak , dapat pulak color merah... memang mengancam. memandangkan hari ni mama lynn dah belikan diana baju tidur, beg ni mama lynn akan bagi kat zahir je la. kalau tak nanti merajuk anak bujang sorang tu tak dapat apa-apa. budak-budak , rasa cemburu tu mesti ada bila tengok adik dapat baju dan dia pulak tak dapat apa-apa.


yang kat atas ni pulak hasil shopping tengahari ni dengan menggunakan duit yang mama lynn dapat dari mesyuarat tadi. biasanya pihak anulae akan membayar rm30 kepada setiap ahli di dalam mesyuarat tahunan. kebetulan pulak memang berhajat nak beli compact powder dan shampo. deodorant tu plak kenapa mama lynn beli jenama murah ???? sebab kulit ni allergic kepada sebarang deodorant. so saje la beli kot-kot boleh pakai. kalau tak serasi nanti tak la rugi. beli pun baru rm3.50. dah lama sangat tak pakai deodorant cos bila pakai comfirm akan gatal-gatal. tak kira la beli yang mahal atau murah.

best kan dapat reward macam ni sesekali. kalau nak dikira caruman mama lynn dengan anulae sepanjang 8 tahun ni adalah lebih kurang rm480 kalau dikira potongan rm5 setiap bulan. mudah-mudahan pihak anulae akan terus membela nasib pekerja kerajaan macam mama lynn ni. 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. Tiak kita sama xmo pakai deodorant...gatei la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe mama lynn da boleh pakai dah. yg ni even murah tp ok. x gatal pun

      Delete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar