Followers

Monday, May 26, 2014

menu dapur mama lynn di hujung minggu

duty mama lynn di dapur hanya pada hujung minggu. kalau weekdays tu balik kerja tahu makan je. mama diana ngan zahir da masak siap-siap. ada la sesekali tolong masak di hari bekerja. so kalau weekend tu memang aktiviti di dapur mesti ada. jenuh la pikir nak masak apa. lately ni menu biasa-biasa je la.

semalam untuk sarapan pagi mama lynn masak nasi lemak. nasi lemak hujung minggu katanya. makan pulak ngan sambal tumis bilis, telur dadar dan timun jepun. memang dah terjebak ngan timun jepun ni. sedap ++ rangup sangat. nampak gaya lepas ni pilihan untuk dibuat ulam bukan lagi timun tempatan tapi timun jepun.


nasi lemak hujung minggu
malam tadi plak mama lynn masak mee goreng. buat 2 bungkus jugak la cos kat umah mama lynn ada 6 orang. kalau setakat goreng sebungkus memang tak cukup. goreng simple-simple je. bahan pun xde apa sangat . setakat fish cat ngan telur je ++ sayur kucai dan taugeh je. lamanya tak goreng mee ngan udang. biasanya ngan ayam je la. udang MAHAL sangat la sekarang. beli sekali sekala boleh la.

bahan-bahan mee goreng
siap masak.... tunggu masuk dalam perut pulak

walaupun mama lynn tak hebat di dapur seperti surirumah lain, sesekali masak then orang makan ngan berselera sangat-sangat berpuas hati. air tangan isteri tu lebih bermakna buat suami dari masakan kedai. dan yang paling penting kita masak dengan hati yang ikhlas. 

weekend ni kena masak yang best-best sikit cos mak mertua mama lynn nak datang bertandang. sejak en suami berjauhan dari ibundanya , mak mertua mama lynn rajin bertandang ke rumah.  in shaa Allah kali ni mak (panggilan untuk mak mertua) akan stay selama 4 hari di rumah mama lynn. yang pasti mama diana ngan zahir dah plan nak buat laksa. hopefully jadilah hendaknya. anak-anak mama lynn memang suka sangat makan laksa. 


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

3 pesanan kasih sayang:

  1. Mamam lynn...awat kejam sgt gmbr nasik lemak tu.huhu. Timon jepun lg sedapkan?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kejam ke ? nasi lemak hujung minggu ..so lauk dia sempoi je lak.. hehe timun jepun mmg terbaik. masa g umrah aritu la start makan. mmg rangup

      Delete
  2. mel pun suka timun jepun ni.memang rangup..kalau takde dalam esbok memang tak sah..kot2 malas masak sayur, hiris2 timun pun jadi..

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar