Followers

Monday, May 19, 2014

kebun kecil mama lynn


mama lynn memang suka dan minat bercucuk tanam tapi sejak sebulan ni tak sempat nak ambil peduli kebun kecil mama lynn di belakang rumah tu. dah naik semak la pulak. in shaa Allah weekend ni kena spend time untuk clearkan rumput-rumput di belakang rumah. nak mesin takut la affect kat tanaman. nampak gaya kena menggunting la jawabnya.

tak banyak mana pun tanaman yang ada kat belakang rumah mama lynn tapi in shaa Allah nanti mama lynn nak tambah tanaman yang ada. buat masa ni hasil yang dah kami sekeluarga gunakan dalam masakan adalah daun kari dan serai. yang lain nak kena bagi gebu dulu.

mungkin di masa akan datang bila dah banyak sayur-sayuran dan tanaman yang mama lynn tanam sendiri mendatangkan hasil akan memberi impak kepada belanja dapur. kalau dah semua boleh petik sendiri tak yah dah nak susah-susah ke pasar. cuma kena bersungguh la dalam berkebun ni. jangan tahu tanam tapi tak pandai nak jaga. mood rajin tu kena la digandakan.

setakat ni diantara tanaman yang ada di belakang rumah mama lynn adalah serai, pokok kari, pokok cili, peria, betik, kacang bendi, bayam dan sawi. kalau u all ada cadangan apa lagi yang mama lynn boleh tanam untuk kegunaan harian bolehla gitau ye. mana tahu ianya bermanfaat untuk isteri yang rajin on off macam mama lynn ni. dah dapat berjimat ngan belanja dapur.

jom intai-intai kebun kecil mama lynn yang dah bersemak tu. 
pemandangan belakang rumah yang dah di transform menjadi kebun kecil
(sila abaikan betapa semaknya di luar pagar rumah mama lynn)

pokok betik yang baru nak naik 

serai

bayam 

sawi
kacang bendi (terselit pokok kunyit dalam pasu)

kebun kecil mama lynn yang dah bersemak samun


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

7 pesanan kasih sayang:

  1. kalau nk bersih kawasan tu hati2 ya..

    ReplyDelete
  2. tak rugi berbakti kepada tanah

    ReplyDelete
  3. kalau mel yang wajib ada, daun kesum, serai, kunyit, pandan, lengkuas, serai dan cili.Cili la jadi keutamaan tak kira cili padi or cili besar. Rasa tiap2 bulan habis banyak utk cili..uhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh great idea. in shaa Allah boleh dipertimbangkan . best je. ++ daun pandan

      Delete
  4. wah segar2 pokoknya...
    pokok kari & serai mmg wajib kena ada...
    kalau nak masak amk je kat belakang rumah kan..hihi

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar