Followers

Monday, May 12, 2014

ikhtiar untuk zuriat

serbuk kurma

buah zuriat

ramai wanita yang belum dikurniakan zuriat berusaha dan mencari solusi untuk hamil. macam mama lynn sendiri nak jugak cuba tradisi dari mekah dan madinah. alhamdulillah sewaktu mengerjakan umrah baru-baru ni sempat jugak la beli serbuk kurma dan buah zuriat. dikatakan bagus untuk hamil. buah zuriat tu mama lynn pernah cuba minum air rebusan bijinya tapi serbuk kurma tak cuba lagi. mak mama lynn pernah belikan masa g haji tahun 2010 dulu tapi sampai sudah tak try.

ni pun mencari kekuatan nak try balik kedua-duanya. mudah-mudahan berhasil la kan. lately ni keinginan diri untuk memiliki zuriat melonjak-lonjak. sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi. kelmarin sempat mama lynn mimpi yang mama lynn pregnant. siap boleh rasa gerakan baby dalam perut. mungkin terlalu memikirkannya kot. 

hanya Dia sahaja yang tahu rasa hati ni. mama lynn sedar yang mama lynn bukan wanita sempurna. tak mampu nak lengkapkan rumahtangga dengan kelahiran zuriat sendiri. semoga dipermudahkan impian ini hendaknya. doakan mama lynn ye. 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

6 pesanan kasih sayang:

  1. Semoga doa mama lyn dimakbulkan allah.. Teruskan berusaha.. Insyaallah allah mendengar doa hambanya..

    ReplyDelete
  2. sabar yer mama lynn..
    Allah sedang menguji kita

    ReplyDelete
  3. alaa, jgn la cakap mcm tu sedey tau saya..
    in shaa Allah.. teruskan k..
    saya baru buat entry cara belah buah zuriat yu. hihihi

    jgn stress tau... saya letak link mama lynn dlm bloglist cindai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq rania. da baca entri tu... da tahu da nak buat apa ngan buah zuriat tu. sebelum ni penah la rebus sebiji tp takde la sampai kopek biji dia, hehehe ... skrg da tahu dah camne.

      Delete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar