Followers

Tuesday, May 20, 2014

giveaway : di mana mama lynn

9 mei lepas officemate mama lynn sempat buat majlis bacaan tahlil dan makan-makan. aktiviti macam ni takde la selalu diadakan. ambil berkat sempena hari jumaat. memandangkan mama lynn bertugas di kaunter jabatan pada hari tersebut memang x dapat nak join majlis tahlil. 

kebetulan kamera sentiasa dalam hand bag sempat la snap menu-menu terbaek pagi tu. memang sangat-sangat banyak dan meriah juadah kami pagi jumaat tu. sampai mama lynn sendiri blur apa yang mama lynn nak makan. kiranya majlis makan tu ala-ala pot luck la cos da discuss menu apa yang patut dibawa oleh setiap orang.

sampai ke petang la kami asyik makan je. kenyang tu jangan cakap la. nak kata makan melampau tak la jugak tapi mama lynn rasa sikit-sikit apa yang mama lynn nak makan. 

tak nak la cerita panjang sangat. jom tengok sendiri kemeriahan juadah di hari tersebut. manalah tahu boleh dijadikan pilihan menu dapur u all kan.

inilah sebahagian dari pemandangan kaunter jabatan kejuruteraan mbsa

tembikan susu, tembikai, sharped pie 

tauhu sumbat, cekodok pisang, donut, seri muka, ketayap

SEDAP..... x puas makan sharped pie ni

rendang ayam

kuah kacang

nasi impit

sambal goreng

bihun goreng

ayam masak kicap

pisang

keropok lekor, karipap, pau, apam, sardin roll

oren sunkist

puteri ayu

karipap pusing
cookies

menu pilihan mama lynn (round 1)

pemandangan sebelum majlis bermula 

ni pulak suasana sepanjang majlis makan-makan. mama lynn memang tak bergambar sangat cos lagi teruja snap gambar kengkawan lain. ada 2 keping je kot gambar kat bawah ni yang ada mama lynn. sape dapat cari dan share gambar tu kat entri korang , mama lynn akan belanja top up rm10.00. 

wahh kejap je dapat idea kan nak buat GA , ok la simple je pun.. korang just create entri bertajuk " giveaway : di mana mama lynn" then sharekan 2 keping gambar kat bawah ni yang ada mama lynn. jangan lupa kena la tag kat gambar tu mana satu mama lynn. mama lynn bagi masa sampai 30 mei ni ye. macam best la pulak kan GA mengejut macam ni.

++ jangan lupa ye tinggalkan link entri u all kat ruangan komen entri ni.






















♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

7 pesanan kasih sayang:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. EHH mcm dah jumpa je..sedap mknan tu..nak sikit..

    ReplyDelete
  3. saya join
    http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2014/05/giveaway-di-mana-mama-lynn.html

    ReplyDelete
  4. join yer
    http://mamalynnthestoryteller.blogspot.com/2014/05/giveaway-di-mana-mama-lynn.html

    ReplyDelete
  5. wahhh sedapnye makanan tuuu. terliur nengoknye. hehe

    ReplyDelete
  6. sy join ye..

    http://awansamudera.blogspot.com/2014/05/giveaway-di-mana-mama-lynn.html

    ReplyDelete
  7. terima kasih buat semua peserta =) akan update pemenang pada awal jun nnt

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar