Followers

Friday, May 23, 2014

gelagat diana bila depan tv

setiap anak ada keletah dan ragamnya sendiri. macam tu jugak dengan anak dara mama lynn sorang ni. diana kalau dah mengadap tv memang kusyuk. dah macam mak-mak kalau layan drama. biasanya budak-budak ni fav channe diorang cerita kartun je tapi diana suka gak layan drama melayu.


gambar-gambar ni mama lynn snap curi-curi. cuma bila flash keluar tu baru dia ngelat-ngelat. konon tak nak ambil gambar la tu. abaikan saja gelagat diana menonton tv tak berbaju tu. ni antara habit dia jugak. kalau dalam rumah liat nak pakai baju. bila ditanya kenapa tak pakai baju , jawapan diana mesti PANAS.


pada yang penah tengok pemandangan dalam rumah mama lynn sebelum ni mesti pelik kan kenapa ruang tamu mama lynn nampak kosong macam ni. alkisah sofa lama mama lynn dah selamat kena buang pun. sofa murah , kualiti pun rendah. nak tak nak buang je la dari simpan kat dalam rumah. dah lapang macam ni senang sikit bila nak melepak. kalau sedara mara datang pun , kalau nak bermalam senang sikit nak hampar toto. kalau penuh perabot tu memang sempit. 


berbalik kepada diana, dia memang anak yang hyperactive. ada sapa-sapa tak nak bagi pandangan untuk mengatasi ke "hyper" an anak perempuan macam diana ni? diana ni kalau depan family sendiri tak berapa nak behave.... nak kata nakal tak jugak cuma ada je keletahnya tapi bila jumpa dengan orang yang tak dikenali mulalah tersipu-sipu. agak pening jugak mengatasi sikap diana diusia menginjak 4 tahun ni. nak jugak tengok dia jadi anak yang sopan. ni kadang-kadang suka sangat cakap dia tu bukan 'girl' tapi 'boy'. anak oh anak...


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

1 pesanan kasih sayang:

  1. Err...ok je kot hyperr..anak buah sy perempuan dua2 hyper...nk menginjak dewasa baru ok sikit.hmm.

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar