Followers

Thursday, May 29, 2014

dia benci aku ke ???

dia benci aku ker ??
semua aku buat seolah salah
semua salah semua aku buat
eh .. dia bencikan aku ???

perlu ke aku terasa
perlu ke aku makan hati
kalau aku salah aku mengaku salah
tapi nak tegur orang biar kena pada caranya

takpelah kalau benci
mungkin aku salah
mungkin aku silap
tapi sekurang-kurangnya aku berani mengaku
dari silap tapi tak nak mengaku silap

takpelah kalau benci
sebab tu bukan aku yang cari
sebab tu bukan aku yang hajati
silap atau tidak
kita tak ke mana-mana
bahkan kita kan selalu berjumpa
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, May 28, 2014

pemenang dah diumum awal mei tapi hadiah baru nak pos hari ini

panjangnya tajuk entri mama lynn ni . alkisah hari ni baru dapat pos segala hadiah untuk para pemenang "Kisah Dongeng Mama Lynn 2nd Giveaway" . ampun ye adik-adikku sayang. mama lynn terlampau sibuk dengan kerja-kerja pejabat dan urusan rumahtangga. tak berkesempatan nak wrapping pun segala hadiahnya.

memandangkan sibuk sangat the end pakai sampul surat je la. tak sempat pun nak tulis note ape-ape. so mintak maaf banyak-banyak kalau korang terima hadiah dalam keadaan sempoi macam tu. yang penting mama lynn ikhlas dengan pemberian tersebut walaupun bukanlah mahal mana. lagi mahal postage pun ada. hehe

pada yang nak refresh balik hadiah kemenangan u all tu boleh la refer ENTRI INI . takut jugak kalau-kalau tersilap hantar. ape pun  JUTAAN TAHNIAH dan terima kasih banyak-banyak di atas masa dan komitmen yang diberikan untuk menyertai GA ini. buat masa ni takde GA baru lagi. tunggula sebulan dua lagi baru boleh fikirkan GA atau segmen baru. 


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

wordless wednesday





p/s : bila mama lynn pakai pengoles bibir (setelah sekian lama kusam)
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, May 27, 2014

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W.

Israk Mikraj

Israk Mikraj adalah satu peristiwa besar dalam sejarah hidup Rasululah dan dalam sejarah umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj ini didahului dengan beberapa peristiwa yang mendukacitakan Rasulullah saw. Antaranya kematian bapa saudara Baginda, Abu Talib dan kewafatan isteri Baginda yang tercinta iaitu Saiyidatina Khadijah rha. Begitu juga peristiwa penolakan kaum Taif terhadap dakwah Baginda saw. Maka peristiwa Israk dan Mikraj ini dirumuskan sebagai kemuliaan dan hiburan istimewa dari Allah swt kepada kekasih-Nya.

Ringkasan peristiwa Israk dan Mikraj

Sebelum Israk dan Mikraj 

Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda SAW dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil-Aqsa) 

Sepanjang perjalanan (Israk) itu, Rasulullah SAW diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak 2 rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah: 
  1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. 
  2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah.   
  3. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa AS dilahirkan)
    Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. 

    Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut:
    • Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang2. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak. 
    • Tempat yang berbau harum. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).  
    • Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).
    • Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail: Itulah orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka. 
    • Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami. 
    • Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba. 
    • Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain. 
    • Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali2. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya. 
    • Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang. 
    • Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat. 
    • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai hiasan. Rasulullah tidak mempedulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat. 
    • Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia2kan umurnya sampai ke tua. 
    • Seorang perempuan bongkok 3 menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
    Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian Baginda masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat 2 rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.

    Rasulullah SAW terasa dahaga lalu dibawa Jibrail 2 bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah SAW memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

    Semasa Mikraj (Naik ke Hadratul-Qudus Menemui Allah SWT) 

    Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah). 


    Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang2 yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan. 

    Langit Kedua: Nabi SAW dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.

    Langit Ke-3: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf AS. 

    Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris AS. 

    Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil. 

    Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi2. Seterusnya dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab. 

    Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu denan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.

    Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu La Haula Wala Quwwata Illa Billah. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah 5 kalimah, iaitu Subhanallah, Wal-Hamdulillah, Wa La Ilaha Illallah Allahu Akbar dan Wa La Haula  Wa La Quwwata Illa Billahil - 'Aliyyil-'Azhim. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".

    Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur terletak betul-betul di atas Baitullah di Mekah). 

    Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi pemata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tidak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta Malik penunggunya. 

    Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Baginda dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur' Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

    Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

    Allah SWT: Ya Muhammad.

    Rasulullah: Labbaika.

    Allah SWT: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. 

    Rasulullah: Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata2 dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

    Allah SWT: Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik2 umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan 7 ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat2 di akhir surah al-Baqarah sebagai satu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji2 Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji2mu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu 50 (waktu) sembahyang. 

    Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian Nabi Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas 9 kali merayu, (setiap kali dikurangkan 5 waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang 5 waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

    Selepas Mikraj

    Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula. Seterusnya Baginda turun ke Baitul-Maqdis lalu menunggang Buraq ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira2 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.


    SUMBER

    ♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

    wallpaper pc mama lynn



    ♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

    Monday, May 26, 2014

    selamat ulang tahun abah

    jumaat lepas sempat kami sekeluarga meraikan sambuatan ulang tahun abah mama lynn yang ke 56 tahun. rasa sekejapnya berlalu, abah dah semakin berusia rupanya. ye la mama lynn sendiri dah masuk 30an. dah jadi kebiasaan dalam keluarga mama lynn mesti celebrate birthday setiap ahli keluarga even buat majlis simple-simple.

    menu malam tu agak meriah jugak tapi xde la snap gambar sangat. yang penting kek birthday mama lynn yang sponsor. tempah dari kawan sekolah. saiz 3' macam kat bawah ni baru rm40.00. nampak macam kecik tapi kek ni tinggi + sedap ngan nutella nya. sekarang ni pantang tengok produk online..mesti terjebak.

    diusia abah menginjak ke 56 tahun ni mama lynn tak putus berdoa Allah SWT permudahkan rawatan dialisis abah. memang mama lynn jarang-jarang bercerita tentang kesihatan abah di blog. bukan apa, rasanya perkara personal macam ni tak patut nak mama lynn war-warkan. kena jugak jaga hati ahli keluarga yang lain.

    u all pun boleh tengok sendiri dalam gambar-gambar kat bawah ni. kalau u all perhatikan betul-betul , kat leher abah mama lynn ada tergantung wayar yang berbalut. kat leher tu baru je kena tebuk masa abah mama lynn warded last week. buat sementara ni darah abah mama lynn akan dicuci melalui tebukan di leher tu.  

    mohon teman-teman blogger sama-sama mendoakan kesihatan abah mama lynn. in shaa Allah 30 mei ni abah ada appoinment ngan IJN pulak. untuk makluman abah mama lynn mempunyai penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan terbaru buah pinggang. anak mana yang tak risau bila ayahnya sakit kan.

    mudah-mudahan Allah sembuhkan penyakit abah dan abah kuat menempuh dugaan ini. kami sekeluarga sebolehnya tak nak buat abah susah hati dalam keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan ini. buat abah .... 

    "selamat hari lahir yang ke 56. orang sayangkan abah dunia akhirat. tanpa abah siapalah diri ini. walaupun orang tak mampu memberi abah kemewahan, orang janji akan jadi anak yang mentaati kedua ibu-bapa. in shaa Allah "

    hasil tangan izul yang sedap
    cake sponsor by mama lynn

    sate sponsor by hana kamarul

    kasui sponsor by fyza kamarul
    selamat ulang tahun abah 


    cuc kesayangan atok nak potong kek jugak
    my brilliant boy 'aiman faliq & his ibu'





    ♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

    menu dapur mama lynn di hujung minggu

    duty mama lynn di dapur hanya pada hujung minggu. kalau weekdays tu balik kerja tahu makan je. mama diana ngan zahir da masak siap-siap. ada la sesekali tolong masak di hari bekerja. so kalau weekend tu memang aktiviti di dapur mesti ada. jenuh la pikir nak masak apa. lately ni menu biasa-biasa je la.

    semalam untuk sarapan pagi mama lynn masak nasi lemak. nasi lemak hujung minggu katanya. makan pulak ngan sambal tumis bilis, telur dadar dan timun jepun. memang dah terjebak ngan timun jepun ni. sedap ++ rangup sangat. nampak gaya lepas ni pilihan untuk dibuat ulam bukan lagi timun tempatan tapi timun jepun.


    nasi lemak hujung minggu
    malam tadi plak mama lynn masak mee goreng. buat 2 bungkus jugak la cos kat umah mama lynn ada 6 orang. kalau setakat goreng sebungkus memang tak cukup. goreng simple-simple je. bahan pun xde apa sangat . setakat fish cat ngan telur je ++ sayur kucai dan taugeh je. lamanya tak goreng mee ngan udang. biasanya ngan ayam je la. udang MAHAL sangat la sekarang. beli sekali sekala boleh la.

    bahan-bahan mee goreng
    siap masak.... tunggu masuk dalam perut pulak

    walaupun mama lynn tak hebat di dapur seperti surirumah lain, sesekali masak then orang makan ngan berselera sangat-sangat berpuas hati. air tangan isteri tu lebih bermakna buat suami dari masakan kedai. dan yang paling penting kita masak dengan hati yang ikhlas. 

    weekend ni kena masak yang best-best sikit cos mak mertua mama lynn nak datang bertandang. sejak en suami berjauhan dari ibundanya , mak mertua mama lynn rajin bertandang ke rumah.  in shaa Allah kali ni mak (panggilan untuk mak mertua) akan stay selama 4 hari di rumah mama lynn. yang pasti mama diana ngan zahir dah plan nak buat laksa. hopefully jadilah hendaknya. anak-anak mama lynn memang suka sangat makan laksa. 


    ♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

    bila diana makan KFC


    balik dari OT sabtu lepas anak dara mama lynn yang tak berapa nak sihat ni request nak makan KFC. tak nak menghampakan mama lynn singgah jugak la di KFC pekan kapar. then request lagi nak makan kat tingkat atas. suka sangat naik tangga anak dara sorang ni.

    pilihan mama lynn untuk diana adalah set BAJET rm4 tu. +++ tax baru rm4.25. dapat la ayam seketul ngan air. cukup la untuk memenuhi selera anak dara ni. kalau beli snack plate memang tak habis. mak dia ni lak x amik apa-apa set pun. perut mama lynn ni kenyang makan bekalan hari tu.

    alhamdulillah diana nampak berselera dapat makan KFC. masa demam aritu diana x berselera nak makan. jom kita intai aksi diana ngan KFCnya.

    beratur dulu ye 

    bismillah..... 

    sempat peace ye 

    oppsss panas la pulak

    ni baru aksi budak kecik lapar


    ♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

    Saturday, May 24, 2014

    bila diana cuba baju tidur baru





    aksi budak kecik baru dapat baju tidur baru. balik kerja semalam diana terus sarung baju tidur yang mama lynn belikan. alhamdulillah muat-muat untuk badan dia yang comel ni. beg zahir, boleh pulak terlupa nak bawak balik. kebetulan hari ni buat overtime, boleh la bawak sekali.

    kesian kat anak dara mama lynn ni. demam 2 hari...hari ni baru nampak ok sikit. ni pun bawak sekali g kerja cos dia excited nak ikut. pagi tadi bangun tidur terus kata "nak ikut mak". doakan anak mama lynn cepat sembuh ye. paham-paham la budak-budak ni bila x sihat x berapa nak ceria sangat. hari ni bila join mak dia g kerja nampak la happy sikit. 





    ♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

    Friday, May 23, 2014

    baju tidur baru untuk diana


    ni lah baju tidur diana yang mama lynn belikan hari ni. murah berbaloi-baloi. baru rm10, kalau beli kat luar mesti mahal lagi. ni pun beli dari rakan sepejabat mama lynn. tak sabar nak tengok diana pakai baju tidur baru dia ni. elmo ni comel sangat, tak kisah dah beli color biru untuk anak perempuan cos menawan sangat.

    dah lama jugak tak belikan baju baru untuk anak-anak. lately ni tiap-tiap bulan ada je hutang yang perlu dilangsaikan. takpelah , settle yang penting dulu. baju baru ni sekali-sekala boleh la kan. 

    hope zahir tak tarik muka bila diana dapat baju baru. dia dah ada reward lain dari mama lynn. apa yang mama lynn bagi kat zahir boleh refer entri sebelum INI

    ♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

    rewards dari anulae

    dari pagi tadi hingga tengahari telah belangsung mesyuarat tahunan anulae bagi tahun 2014. mama lynn merupakan diantara ribuan ahli kesatuan ini. nak cerita panjang apa itu anulae x pandai la pulak. yang tu en google boleh bantu u all.

    mama lynn sempat jugak meluangkan masa untuk ke mesyuarat tersebut. sekadar g daftar dan breakfast je. nak tunggu lama , payment pulak tengah banyak. malas nak bertangguh-tangguh bab kerja ni. so lepas breakfast mama lynn terus naik opis balik.


    cantik tak beg kat atas ni. ni lah reward yang mama lynn dapat masa pendaftaran pagi tadi. cantik jugak , dapat pulak color merah... memang mengancam. memandangkan hari ni mama lynn dah belikan diana baju tidur, beg ni mama lynn akan bagi kat zahir je la. kalau tak nanti merajuk anak bujang sorang tu tak dapat apa-apa. budak-budak , rasa cemburu tu mesti ada bila tengok adik dapat baju dan dia pulak tak dapat apa-apa.


    yang kat atas ni pulak hasil shopping tengahari ni dengan menggunakan duit yang mama lynn dapat dari mesyuarat tadi. biasanya pihak anulae akan membayar rm30 kepada setiap ahli di dalam mesyuarat tahunan. kebetulan pulak memang berhajat nak beli compact powder dan shampo. deodorant tu plak kenapa mama lynn beli jenama murah ???? sebab kulit ni allergic kepada sebarang deodorant. so saje la beli kot-kot boleh pakai. kalau tak serasi nanti tak la rugi. beli pun baru rm3.50. dah lama sangat tak pakai deodorant cos bila pakai comfirm akan gatal-gatal. tak kira la beli yang mahal atau murah.

    best kan dapat reward macam ni sesekali. kalau nak dikira caruman mama lynn dengan anulae sepanjang 8 tahun ni adalah lebih kurang rm480 kalau dikira potongan rm5 setiap bulan. mudah-mudahan pihak anulae akan terus membela nasib pekerja kerajaan macam mama lynn ni. 

    ♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

    gelagat diana bila depan tv

    setiap anak ada keletah dan ragamnya sendiri. macam tu jugak dengan anak dara mama lynn sorang ni. diana kalau dah mengadap tv memang kusyuk. dah macam mak-mak kalau layan drama. biasanya budak-budak ni fav channe diorang cerita kartun je tapi diana suka gak layan drama melayu.


    gambar-gambar ni mama lynn snap curi-curi. cuma bila flash keluar tu baru dia ngelat-ngelat. konon tak nak ambil gambar la tu. abaikan saja gelagat diana menonton tv tak berbaju tu. ni antara habit dia jugak. kalau dalam rumah liat nak pakai baju. bila ditanya kenapa tak pakai baju , jawapan diana mesti PANAS.


    pada yang penah tengok pemandangan dalam rumah mama lynn sebelum ni mesti pelik kan kenapa ruang tamu mama lynn nampak kosong macam ni. alkisah sofa lama mama lynn dah selamat kena buang pun. sofa murah , kualiti pun rendah. nak tak nak buang je la dari simpan kat dalam rumah. dah lapang macam ni senang sikit bila nak melepak. kalau sedara mara datang pun , kalau nak bermalam senang sikit nak hampar toto. kalau penuh perabot tu memang sempit. 


    berbalik kepada diana, dia memang anak yang hyperactive. ada sapa-sapa tak nak bagi pandangan untuk mengatasi ke "hyper" an anak perempuan macam diana ni? diana ni kalau depan family sendiri tak berapa nak behave.... nak kata nakal tak jugak cuma ada je keletahnya tapi bila jumpa dengan orang yang tak dikenali mulalah tersipu-sipu. agak pening jugak mengatasi sikap diana diusia menginjak 4 tahun ni. nak jugak tengok dia jadi anak yang sopan. ni kadang-kadang suka sangat cakap dia tu bukan 'girl' tapi 'boy'. anak oh anak...


    ♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

    Wednesday, May 21, 2014

    aktiviti hujung minggu bersama anak-anak


    memandangkan en suami tercinta bekerja di hari sabtu so xde plan nak berjalan sangat. buntu bila memikirkan aktiviti best untuk anak-anak di hujung minggu. weekdays da comfirm zahir sibuk ngan sekolah, weekend je la masa dia nak berhibur. bila da buntu sangat macam ni, at the end bagi chance kat anak-anak mandi kolam kat luar rumah je. biasanya kalau ada kelapangan akan bawak anak-anak soleh mama lynn luangkan masa ke pusat akuatik di seksyen 13, shah alam. ni dah berbulan jugak la tak ke sana.

    nak ambil mood ala-ala kat swimming pool masing-masing siap dengan baju mandinya. dapat la void zahir dari keluar bermain kat luar. kalau u all xde idea di hujung minggu , why not bagi keizinan kat anak-anak u all untuk buat aktiviti macam ni. at least anak-anak berada depan mata xde la u all risau sangat.

    anak buah mama lynn yang sorang tu pun join sama. baju mandi xde nak jugak sarung zahir punya. suka tengok friendship budak-budak ni. da macam best friend kalau jumpa. afif fikri memang anak buah yang agak rapat dengan mama lynn. kalau dah datang rumah mama lynn memang liat nak balik rumah dia semula. 

    jom intai gambar anak-anak mama lynn ni. 

    while mak penuhkan air mesin basuh jom amik gambar dulu.. pastu baru isi air dalam kolam

    muka riang diana, abaikan pemandangan lain tu 

    sementara nak tunggu air penuh , diana duk sibuk nak tengok apa ada dalam mesin basuh

    anak dara sorang dah tak berbaju ,  sexy 


    ape je la yang zahir tengok pada afif fikri tu

    p/s : kalau u all nak beli kolam mandi kiddos tu boleh cari kat tesco. yang ni mama budak-budak ni belikan baru rm29.90. 
    ♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

    Tuesday, May 20, 2014

    giveaway : di mana mama lynn

    9 mei lepas officemate mama lynn sempat buat majlis bacaan tahlil dan makan-makan. aktiviti macam ni takde la selalu diadakan. ambil berkat sempena hari jumaat. memandangkan mama lynn bertugas di kaunter jabatan pada hari tersebut memang x dapat nak join majlis tahlil. 

    kebetulan kamera sentiasa dalam hand bag sempat la snap menu-menu terbaek pagi tu. memang sangat-sangat banyak dan meriah juadah kami pagi jumaat tu. sampai mama lynn sendiri blur apa yang mama lynn nak makan. kiranya majlis makan tu ala-ala pot luck la cos da discuss menu apa yang patut dibawa oleh setiap orang.

    sampai ke petang la kami asyik makan je. kenyang tu jangan cakap la. nak kata makan melampau tak la jugak tapi mama lynn rasa sikit-sikit apa yang mama lynn nak makan. 

    tak nak la cerita panjang sangat. jom tengok sendiri kemeriahan juadah di hari tersebut. manalah tahu boleh dijadikan pilihan menu dapur u all kan.

    inilah sebahagian dari pemandangan kaunter jabatan kejuruteraan mbsa

    tembikan susu, tembikai, sharped pie 

    tauhu sumbat, cekodok pisang, donut, seri muka, ketayap

    SEDAP..... x puas makan sharped pie ni

    rendang ayam

    kuah kacang

    nasi impit

    sambal goreng

    bihun goreng

    ayam masak kicap

    pisang

    keropok lekor, karipap, pau, apam, sardin roll

    oren sunkist

    puteri ayu

    karipap pusing
    cookies

    menu pilihan mama lynn (round 1)

    pemandangan sebelum majlis bermula 

    ni pulak suasana sepanjang majlis makan-makan. mama lynn memang tak bergambar sangat cos lagi teruja snap gambar kengkawan lain. ada 2 keping je kot gambar kat bawah ni yang ada mama lynn. sape dapat cari dan share gambar tu kat entri korang , mama lynn akan belanja top up rm10.00. 

    wahh kejap je dapat idea kan nak buat GA , ok la simple je pun.. korang just create entri bertajuk " giveaway : di mana mama lynn" then sharekan 2 keping gambar kat bawah ni yang ada mama lynn. jangan lupa kena la tag kat gambar tu mana satu mama lynn. mama lynn bagi masa sampai 30 mei ni ye. macam best la pulak kan GA mengejut macam ni.

    ++ jangan lupa ye tinggalkan link entri u all kat ruangan komen entri ni.






















    ♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

     
    copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar