Followers

Friday, April 18, 2014

Trend Monopod Selfie




kesemua gambar di atas ihsan dari EN GOOGLE



terpanggil nak tulis entri berkaitan monopod stick ni dari minggu lepas lagi. baru hari ni dapat buat full entri. topik dah ada cuma kekangan masa dan nak pikir ayat tu buat lambat entri ni keluar. 

trend selfie ni semakin menjadi-jadi sekarang. mama lynn akui mama lynn diantara  yang suka selfie tapi limit mama lynn sekadar selfie dengan memegang telefon bimbit atau kamera dengan menggunakan tangan sendiri. mama lynn tak la addict selfie ditahap nak kena beli monopod stick.

kenapa perlu selfie menggunakan monopod stick padahal kalau dah beramai-ramai tu boleh je minta tolong sesiapa ambilkan gambar. mungkin dalam sesetengah situasi kita rasa ok tapi kalau ditahap semua gambar kita yang kita kongsi di laman sosial menggunakan monopod & dalam keadaan selfie, itu salah. salah kerana kita terlalu addict pada sesuatu perkara yang kurang sihat. itu sekadar pendapat diri mama lynn.

berbalik kepada tujuan monopod itu diadakan dan pengertian monopod itu sendiri. monopod dah pun diertikan sebagai alat bantu selfie untuk smartphone dan kamera poket. 

monopod ini lebih praktikal untuk travelers tanpa perlu meminta bantuan orang lain untuk mengambil gambar. lebih-lebih lagi bila kawasan yang dikunjungi jarang-jarang dikunjungi terutamanya bagi anda yang suka mendaki gunung atau merentas hutan. SUMBER

trend monopod untuk selfie ni kalau tak ramai orang yang selfie takpe, cam ok la kan ada gak bantuan untuk ambil gambar berdua tapi kalau dah 10 dalam gambar nak berselfie ngan monopod macam x best pulak. dah jadi macam satu viral yang kurang sihat pulak.

macam mana pulak pandangan u all berkaitan monopod ni ? korang suka atau tidak selfie dengan bantuan monopod ? kalau ada pendapat jangan segan-segan komen dan tegaskan kenapa u all suka atau tidak suka selfie menggunakan monopod. pendapat yang terbaik akan mendapat review dari mama lynn di entri akan datang. 


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

7 pesanan kasih sayang:

  1. Setakat ni mcm x brpa nk perlu kot... Hehe... Tpi klu org bg free amik je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sama la. x terfikir pun nak beli monopod ni

      Delete
  2. Assalamualaikum mama, memang trend sekarang. hehee singgah menabung nissan sini~~~

    ReplyDelete
  3. saya tak berapa suka selfie... so monopod tu.... hm... mmg tak de la kot... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe .... bg kt yg x suka mmg xnk kan tp bg yg addict selfie mesti teringin nak ada 1

      Delete
  4. Selesa pegang je tipon. Blm terfikir nak berselfie dgn monopod.

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar