Followers

Wednesday, April 9, 2014

tangguh gi umrah ???

SEDIHNYA... tadi baru lepas call agent umrah yang mama lynn dan keluarga pilih. sekali lagi hampa yang mama lynn dengar. dikhabarkan pihak syarikat terpaksa menyelesaikan rombongan yang tertunda dahulu. kalau ikut tarikh yang diberi 6 april 2014 tapi kena tunda sehingga tarikh yang bakal diberitahu kelak. kata mereka nak kena selesaikan group 26 & 29 mac 2013 then baru sampai turn kami.

mula-mula dengar tu jadi marah jugak la tapi mama lynn tak nak terlalu emosi. mungkin ada hikmah di atas penangguhan ini. POSITIF dalam terpaksa... kena didik diri macam tu sebab marah takkan dapat menyelesaikan apa-apa. di pihak adik-adik mama lynn tahu mereka marah.. berkali-kali jugak mama lynn meminta bersabar. perancangan Allah itu adalah yang terbaik.

nampak gaya HADIAH untuk peserta GA yang mama lynn anjurkan terpaksa la mama lynn tangguh untuk membelinya. dah janji nak cari hadiah kat sana kan.... in shaa Allah hadiah tu tetap akan mama lynn beli bila da jejak kaki kat sana nanti cuma mungkin tarikh mama lynn nak pos tu kena anjak sehinggalah mama lynn kembali ke sini nanti.

kalau ikutkan mama lynn dah lepaskan 2 peluang bercuti secara percuma. last week mama lynn supposed join staff kat opis ni berkursus di klebang, melaka. bukan sebagai peserta tapi sebagai urusetia dan esok pulak mama lynn sepatutnya ke vietnam. dah la pegi free. alahai ruginya la tolak aritu..tapi nak buat macam mana kan. semua yang terjadi atas kehendak ALLAH.

serbuk kurma kiriman sahabat lama mama lynn. baik untuk usaha mengandung.. nak ikhtiar jugak nanti


in shaa Allah mama lynn tetap mampu bersabar menanti comfirmation date ke sana. mungkin ada hikmah bila tertangguh macam ni. takkan la kerana tak sabar nak tarik diri pulak. Allah kan sayang pada hamba Nya yang bersabar. lagipun pemergian bersama titipan doa dari teman-teman ni nak la kita tunaikan. mudah2an Allah permudahkan niat kami sekeluarga. kalau pergi lepas gaji ni pun ok cos boleh la bawak extra belanja sikit. sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik. biarlah org asyik tanya "bila nak pergi " kerana aku yakin kalau Allah dah tulis rezeki mama lynn nak ke sana pasti sampai saatnya. walapun sedikit geram dan terkilan in shaa Allah masih mampu bersabar.

mudah-mudahan dalam minggu depan dapatlah tarikh nak ke sana. semoga pihak pengurusan travel dapat menyelesaikan segala kesulitan yang mereka hadapi. ya ..... mama lynn tak mahu cepat melatah. doakan mama lynn ye. 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

8 pesanan kasih sayang:

  1. ada hikmahnya tu..think positif..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah.. sentiasa berbaik sangka

      Delete
  2. Innalillah..sebab itu kita selalu dengar, belum tentu orang yang kaya, berduit itu dapat jejak kaki ke sana. Semuanya dengan jemputan dan izin Allah. Kejadian seperti ini menunjukkan Allah tangguh sekejap pemergian ke sana, untuk duga tahap kesabaran kita. Mungkin untuk kita muhasabah diri, mungkin ada yang kita lakukan yang Allah tak suka. Nanti dah habis umrah, baru kita sedar akan hikmah penangguhan.

    Banyak2 berdoa sis mohon diberi kekuatan dan dipermudahkan
    Tiada daya dan upaya segalanya kita lakukan melainkan dengan izin dan kekuasaan Allah.
    Semoga dipermudahkan urusannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ye di atas nasihat yg penuh membina .. in shaa Allah kan terus berdoa agar dipermudahkan niat kami sekeluarga. klu bckp soal kemampuan mmg sy bkn golongan berada. rezeki nk pergi ni pun Allah yg lorongkan... abah support separuh sy byr separuh..

      Delete
  3. betul tu sis.semua tu sudah tertulis, myb ada hikmah..bersabar seja yang dapat kita wat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah2an kan eda... Allah dah atur terbaik utk setiap hamba Nya

      Delete
  4. semoga saya juga dijemput ke rumahNya satu hari nanti.Insyaalla. Ameenn :)

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar