Followers

Wednesday, April 9, 2014

review cerita anak-anak : muhammad aqeel azraei









pagi ni mama lynn nak sambung review cerita anak-anak. kalau sebelum ni mama lynn dah review tentang afif fikri , anak sulung adik lelaki mama lynn kali ni turn anak tunggal kakak mama lynn pulak. muhammad aqeel azraei merupakan satu-satunya tanda cinta kakak mama lynn , Norhana bersama suaminya Amir Hussin. 

aqeel dilahirkan pada 26 januari 2007. kakak mama lynn tak tunggu lama untuk mendapat anak sulung. alhamdulillah aqeel lahir normal. masa discharge keluar hospital selepas deliver aqeel, mama lynn yang pegang aqeel dalam kereta. sweet memory anak buah sulung. sampai bila pun mama lynn takkan pernah lupa. tapi ada cerita kelakar masa kakak mama lynn deliver aqeel. mak mama lynn kan kerja as nurse kat htar klang tu. konon2 anak sendiri nak bersalin mak pun nak la temankan. tup tup mak tengah meronda dalam labor room sambil tanya2 kat nurse anak saya mana kakak mama lynn terdengar then jawab "mak orang kat sini. da bersalin pun ". hehe tak dapat la mak nak teman kakak mama lynn bersalin.

aqeel ni boleh dikatakan anak yang bijak tapi manja dia pun boleh tahan jugak. maklumlahkan anak tunggal ni lain sikit ngan orang yang ada adik. kiranya semua kemahuan aqeel akan dituruti oleh abah dan ibunya. tapi jangan anggap aqeel tak pernah kena marah, kakak mama lynn memang garang ngan aqeel.  

alhamdulillah diusia 4 tahun aqeel dah dihantar ke sekolah dan diusia 5 tahun aqeel dah boleh membaca dengan lancar. aqeel bersekolah di tadika dzul iman selama 3 tahun. sebagai ibu saudara, mama lynn bangga dengan pencapaian aqeel. sekarang ni aqeel dah pun masuk darjah 1. aqeel bersekolah di Sek Agama Integrasi Sek 19, Shah Alam. kalau dilihat pada potensi aqeel dalam pelajaran in shaa Allah aqeel akan berjaya tapi usaha kena la dilipat gandakan.

mama sentiasa doakan aqeel berjaya dalam hidup. kejap je aqeel membesar. dah jadi anak bujang pun. aqeel tetap kan menjadi kesayangan hati mama. be a gud boy..... 

in shaa Allah next entri kisah anak buah mama lynn yang paling bongsu, aiman faliq. tengah ambil mood nak menulis. few days ni memang mama lynn takde mood sangat nak buat entri. huhuhu M besar datang lagi. 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

1 pesanan kasih sayang:

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar