Followers

Friday, April 4, 2014

perkhabaran penangguhan penerbangan rombongan umrah

petang semalam mama lynn dikhabarkan dengan berita penangguhan rombongan umrah mama lynn. kalau ikutkan tarikh asal yang diberikan pihak agensi travel kami akan berangkat ke tanah suci pada 6 atau 9hb april ini. tarikh baru belum ada comfirmation lagi. kena tunggu pihak agensi travel menyelesaikan penerbangan untuk 6hb ni dulu baru boleh dapat tarikh tu. 

di pihak mama lynn kena positif dan menerima perkhabaran ni dengan hati terbuka. mungkin ada hikmah bila tertangguh macam ni. mungkin Dia nak mama lynn memperbanyakkan amalan sebagai persediaan untuk ke sana. mak mama lynn pun selalu pesan banyakkan buat solat hajat dan solat taubat. in shaa Allah mama lynn dah boleh accept penagguhan ni walau pada mulanya hati ni ber dup dap dup dap menanti kata putus dari agensi travel.

semalam mama lynn dah pun tukar duit malaysia ke saudi riyal. kalau ikutkan duit malaysia tinggi jugak nilainya. kalau u all tukar rm230 duit malaysia u all boleh dapat 250 saudi riyal. mama lynn sengaja tukar dulu sikit cos takut terguna. ye la belanja pun duk bajet2 je ni. takut jugak sampai masa nak pergi nanti duit belanja tak cukup. kena la tukar awal2 even tak dapat actual date penerbangan lagi. 

in shaa Allah by hari ni mama lynn akan update senarai peserta segmen : sihat bersama SHAKLEE (siri 2). alhamdulillah setakat 2 hari ni dah ada 6 penyertaan. buat teman-teman blogger segmen ni berlangsung sehingga 22 april ni ye. in shaa Allah pengunguman pemenang akan dibuat selepas tarikh tu. hadiah dia pun best jugak. yang penting hadiah untuk segmen ni ditaja oleh kakak mama lynn, Hana Kamarul  . kalau u all berminat nak dapatkan produk SHAKLEE jangan segan2 pm kakak mama lynn kat fb dia. nak msg, whatsapp atau call pun boleh. 



moga di hari jumaat penuh barkah ni , Allah permudahkan kehidupan kita semua. in shaa Allah. pesanan maam lynn untuk u all semua, sentiasalah positif dan berbaik sangka dengan apa yang Allah berikan dalam hidup kita. jangan cepat melatah. doakan mama lynn dipermudahkan dalam urusan umrah mama lynn nanti ye. buat teman2 blogger yang ada kirim doa tu .. in shaa Allah mama lynn tak lupa. tapi kalau boleh ingatkan diri ni sekali lagi ye. takut-takut terlupa jugak nanti.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar