Followers

Thursday, April 10, 2014

pemantauan ke atas pegawai awam yang menjalankan perniagaan atas talian



awal april lepas kita dikejutkan dengan berita JPA mengeluarkan pekeliling berkaitan  pemantauan ke atas pegawai awam yang menjalankan perniagaan atas talian. mama lynn memang tak paham dengan isu ni. kenapa nak sekat orang mencari rezeki yang halal. kenapa mama lynn pretend para peniaga atas talian ? tak kan la sebab mama lynn iklan produk frozen kat facebook dan blog dah nak kena declare kan.

kat opis mama lynn baru menggelabah ngan isu ni. pihak HR sibuk duk pantau staff yang buat business online. yang peliknya bila mereka nak declare tak boleh pulak . bukannya tak boleh,  kena la declare + dah terang-terang dalam pekeliling tu cakap perlu dapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu. 

tolong la paham bukan semua staff gov yang buat business online tu mengabaikan tanggungjawab mereka. kalau betul caranya buat apa nak sekat rezeki orang. nak aktif online pun bukan tak boleh tengok masa. paling sesuai pagi sebelum masuk kerja dah boleh publish iklan then masa lunch hour dan selepas waktu kerja. korang fikir sendiri la ye... kenapa nak sekat mereka meniaga kalau nak compare staff gov yang online di dalam waktu kerja (mama lynn pun kadang2 buat gak tapi takdela 24/7 mengadap laman sosial).

pokok pangkal kita ni ada agama. kita ada panduan dalam hidup. dah tentu kita nak anak2 kita makan rezeki yang halal. Allah bagi kita akal, so gunakan sebaiknya. 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar