Followers

Friday, April 11, 2014

KFC Lunch Treats Promotion

alhamdulillah kenyang lunch sorang-sorang. pilihan mama lynn tetap KFC. hahaiiii memang pujaan hati ni sedari dulu. tapi takdelah tiap-tiap hari nak ngadap fast food je kan. alamak GEMOK la hakak korang ni. cakap pasal sorang-sorang, mama lynn dah lama buat hal sendiri a.k.a lone ranger kat opis ni. kalau orang lain nak buat apa pun nak berteman tapi mama lynn lagi suka alone. kalau keluar berteman tu x lain x bukan ngan kakak kandung mama lynn. senang kuar sendiri ni. x yah serabut nak follow orang ke hulu ke hilir.

minggu ni 2x jugak la lunch KFC. selasa lepas lunch ngan set snack plate combo. hari ni mama lynn pilih rice plate combo. cuma coleslaw tu mama lynn tukar kepada mashed potato. nyum nyum + kenyang sangat-sangat. serik dah makan snack plate combo. alamak senak la kalau makan 2 ketul ayam. makan ni tak boleh nak tamak-tamak. cukup la sekadar mengenyangkan perut kan.





 kalau nak g KFC tu prefer g time lunch hour. bukan apa HARGA dia jimat bak hang.... jimat berhinggit-hinggit lak tu. kalau u all pegi bukan masa lunch threats kena la bayar pada harga biasa. anak-anak kat rumah tu pun memang suka makan KFC .  in shaa Allah gaji nanti boleh la mak belanja ye anak-anak.. hehe ... even duit tak berapa nak ada selera tekak sendiri memang mama lynn layankan. tapi takde bermakna mama lynn tak layan kehendak tekak anak-anak. sesekali boleh la. 

dah kenyang ni rasa mata pun sendu. nak tidur ???? haha tak boleh cos ada pelanggan tetap nak datang ambil produk frozen. korang yang  tinggal area klang atau shah alam tu kalau nak dapatkan produk frozen yang sedap dan murah jangan lupa contact mama lynn ye. mama lynn ada jual macam-macam jenis kuih. boleh la refer entri INI ye. 

panjangnya karangan,,,,  in shaa Allah next entri akan menyusul bila mama lynn free nanti. esok nak kena kemas barang kat opis ni. nak kena pindah unit la pulak. pindah unit mana ?? tunggu di entri akan datang okeyh. 



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar