Followers

Friday, April 18, 2014

i'm ready for umrah

yeayy alhamdulillah.... syukur tak terhingga bila semalam mama lynn mendapat perkhabaran visa kami untuk ke tanah suci dah pun lulus. in shaa Allah 23 april depan mama lynn akan terbang ke sana. kalau ikutkan memang banyak halangan yang kami sekeluarga tempuh sepanjang tempoh kelulusan visa ni. sebelum ni rombongan kami tertangguh atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. 

ingat tak entri mama lynn berkenaan hemodialisis awal minggu ini. sebenarnya abah mama lynn disahkan mengalami sakit buah pinggang. dah tahap kena buat dialisis pun. abah mama lynn warded di hospital tengku ampuan rahimah 10 april yang lepas. abah jatuh motor sehari sebelum tu, so 10hb tu abah minta adik mama lynn yang bongsu bawak abah ke hospital cos rasa kurang sihat. dari pemeriksaan doktor abah terus kena tahan wad. puncanya dari kuantiti air dalam badan yang banyak sehingga pergi ke paru-paru. esoknya pulak kami dimaklumkan buah pinggang abah perlu dicuci. bila dapat perkhabaran ni agak down dan terkejut jugak lah.

bila fikirkan abah dah kena buat dialisis , harapan abah nak menunaikan umrah semakin kabur. setelah perbincangan dibuat , adik lelaki mama lynn disarankan menggantikan tempat abah. tahu je la procedure umrah sekarang agak ketat. kalau abah tarik diri memang kami semua tak dapat pergi. WAJIB ditemani mahram. 

so bila adik mama lynn dah prepare semua dokumen pihak syarikat travel memaklumkan tak sempat dah dokumen untuk diproses sebelum 23hb. kalau nak ganti jugak kena tunggu sehingga hujung bulan mei. memandangkan visa pun dah lulus termasuk visa abah, kami decide bawak abah. sekurang-kurangnya dapat jugak abah menjejakkan kaki ke tanah suci, cuma kesihatan abah perlu dipantau. appoinment untuk pembedahan spatula di HKL terpaksa ditangguhkan sehingga kami selesai menunaikan umrah,

mungkin dah rezeki abah untuk ke tanah suci. adik lelaki mama lynn agak sedikit kecewa tapi in shaa Allah tahun depan mak nak bawak anak-anak yang tak dapat pergi tahun ni. in shaa Allah weekend ni boleh dah start packing barang sikit-sikit. rasa tak sabar nak ke sana. semoga ibadah umrah kami berlima dipermudahkan. 


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

10 pesanan kasih sayang:

  1. semoga segala urusan mama lyn dipermudahkan..aminn.. :)

    ReplyDelete
  2. Niat yang baik Allah akan permudahkan . Amin ! Alhamdulillah mama lynn dapat pergi ke umrah :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum mama, alhamdullilah. dah dapat tarikh baru. semoga dipermudahkan urusan kalian sekeluarga dan dikurniakan umrah yang mabrur. in shaa Allah ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah.. mudah2an ibadah umrah kami sekeluarga dipermudahkan

      Delete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar