Followers

Wednesday, April 16, 2014

Bunuh ibu tiri, wanita ke tali gantung





SHAH ALAM - Seorang wanita dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas dia dan adik tirinya didapati bersalah membunuh ibu tiri mereka dengan cara menekup muka mangsa menggunakan bantal, dua tahun lepas.


Hakim Datuk Akhtar Tahir menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati tertuduh, Zahidah Ahmad, 27, penganggur, dan adik tiri perempuan berumur 18 tahun gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 28 April ini untuk memutuskan hukuman terhadap adik tiri Zahidah sementara menunggu laporan akhlak berikutan semasa kejadian dia masih di bawah umur iaitu 16 tahun.

Dalam penghakimannya, Hakim Akhtar berkata, selepas mendengar keterangan kedua-dua beradik itu beliau mendapati pembelaan mereka bersifat penafian semata-mata.

"Selepas mendengar keterangan kedua-dua pihak, saya lebih mempercayai keterangan saksi pendakwaan dan saya dapati mereka (saksi pendakwaan) beri keterangan yang benar berbanding keterangan kedua-dua tertuduh.

"Justeru saya dapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan tuduhan terhadap kedua-dua tertuduh melampaui keraguan munasabah dan mereka didapati bersalah dan disabitkan pertuduhan," kata Hakim Akhtar.

Zahidah dan adik tirinya didakwa bersama-sama membunuh Tanziah Zainuddin, 72, di alamat No: 2, Lorong Kiyai Sujak 20B, Taman Sri Wangi, Kapar, Klang, pada 5.30 petang, 14 Julai 2012.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Sebanyak 14 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Iswa Tonie sementara dua beradik itu diwakili peguam Tan Teck Yaw dan Liow Boon Lee.   

Akhbar sebelum ini melaporkan kematian mangsa, seorang guru agama, pada awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan dikebumikan.  

Bagaimanapun, tiga hari selepas pengkebumiannya, seorang daripada anggota keluarga mendapati beberapa barang kemas milik warga emas itu hilang lalu membuat laporan polis.

Kubur mangsa kemudian digali semula dan hasil bedah siasat mendapati warga emas itu meninggal dunia akibat lemas. - Bernama





_____________________________________________________________________

ulasan mama lynn :


berita ni keluar semalam namun atas dasar tarikan yang amat kuat mama lynn nak share balik berita ni di blog mama lynn jugak. fakta umur dalam berita ni salah. Zahidah bt Ahmad berusia 31 tahun pada tahun ini. mama lynn kesal dengan kejadian yang menimpa Zahidah. Ekceli dia merupakan sahabat mama lynn dari sekolah rendah lagi. sebak sangat-sangat bila dapat tahu tentang berita ini.

sebagai sahabat lama mama lynn minta masyarakat di luar sana tidak memandang serong kepada Zahidah. kita sendiri tak tahu situasi yang dihadapi Zahidah yang menjerumus dia kepada kejadian yang tidak diingini ini. in shaa Allah sekiranya Zahidah bertaubat , Allah pasti terima. moga keluarga Zahidah tabah menerima dugaan ini. teringatkan abah Zahidah yang kurang sihat lately. moga ianya tak memberi kesan kepada kesihatan beliau. abah Zahidah lah yang menikahkan mama lynn dengan suami hampir 5 tahun lepas. Allah sayangkan beliau, sebab tu mereka sekeluarga diuji. 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. Btl tu. Kita suka judge org dgn baca berita mcm tu tanpa selidik btl2 kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg penting dia dah tahu ajal dia macam mana. kita ni tak tahu macam mana keadaan kt kelak. urmm masih terkejut dgn berita ni. moga Allah mengampunkan dosa Zaidah. mama lynn percaya ramai yang mendoakan yang baik2 juga.

      Delete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar