Followers

Tuesday, April 15, 2014

Apa Itu Hemodialisis

Hemodialisis ialah satu daripada kaedah rawatan gantian ginjal yang menggunakan mesin hemodialisis, tiga kali seminggu, sekurang-kurangnya 4 jam setiap sesi rawatan. Rawatan boleh dilakukan di pusat rawatan hemodialisis atau di rumah. Pesakit rawatan hemodialisis perlu menjalani pembedahan membuat fistula terlebih dahulu. Dua jarum khas dicucuk ke dalam fistula untuk mengalirkan darah dan disambungkan ke mesin hemodialisis melalui tiub darah. Satu jarum untuk mengalirkan darah yang mengandungi bahan kumuh dari badan. Darah ini dibersihkan (dituras) menggunakan buah pinggang tiruan pada mesin hemodialisis. Darah yang telah dibersihkan akan masuk semula ke dalam badan melalui jarum yang satu lagi.


Prinsip hemodialisis adalah dengan menerapkan proses osmosis dan ultrafiltrasi pada ginjal buatan untuk membuang sisa-sisa metabolisme daripada tubuh.Darah yang dipam keluar dari tubuh dialirkan masuk ke dalam mesin dialiser yang berfungsi sebagai ginjal buatan untuk proses penyingkiran sisa-sisa toksik melalui proses difusi dan ultrafiltrasi oleh cairan khusus untuk dialisis. Tekanan di dalam ruang dialisat yang lebih rendah daripada tekanan dalam darah menyebabkan cairan, sisa-sisa metabolik serta sisa-sisa toksik di dalam darah disingkirkan melalui selaput dan masuk ke dalam dialisat. Proses hemodialisis melibatkan penyingkiran zat terlarut melalui suatu membrane semipermeable. Penyingkiran cecair(ultrafiltrationTeks condong) dilakukan dengan mengubah tekanan hidrostatik bahagian dialysate, menyebabkan cecair dan beberapa zat terlarut untuk bergerak merentasi membran di sepanjang cerun tekanan yang diwujudkan. Molekul zat terlarut dalam darah akan berpindah ke dalam dialisat setiap kali molekul zat terlarut mengalir melalui membran semipermiable. Setelah darah dibersihkan, darah dialirkan kembali ke dalam tubuh.

Jenis-Jenis Hemodalisis

Hemodialisis Konvensional

Hemodialisis kronik biasanya dilakukan tiga kali seminggu, selama kira-kira 3-4 jam untuk setiap rawatan, di mana darah pesakit diambil keluar melalui tiub pada kadar 200-400 mL / min. Tiub disambung ke pada 15, 16, atau 17 tolok jarum dimasukkan kedalam fistula dialysis atau disambungkan pada salah satu kateter dialisis. Darah tersebut akan dipam melalui dializer, kemudian darah yang diproses akan dipam semula ke dalam aliran darah pesakit melalui tiub. Semasa membuat dialisis, tekanan darah pesakit perlu dipantau, jika tekanan darah pesakit sangat rendah ia boleh menyebabkan prosedur untuk dialisis.

Hemodialisis Harian

Hemodialisis harian biasanya digunakan oleh pesakit yang melakukan dialysis sendiri di rumah. Hemodialisis jenis ini senang di gunakan oleh pesakit di rumah. Hemodialisis harian ini digunakan 2 jam setiap enam hari dalam seminggu. Hemodialisismalam Hemodialisis malam ialah sama seperti prosedur hemodialisis konvensional. Tetapi ia berbeza pada waktu untuk mengunakannya. Hemodialisis jenis ini biasa digunakan pada waktu malam. Ia digunakan tiga hingga enam hari dalam seminggu. Ia bisasa digunakan semasa pesakit tengah tidur ia itu selama enam jam.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

5 pesanan kasih sayang:

  1. ayah anis menjalani rawatan haemodialisis nie.. so mcm2 pengalaman anis berdepan dengan pesakit.. :) ayah anis guna rawatan konvensional..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke... rawatan konvensional macam mana ye. abah mama lynn da start dyalisis jugak.rasa sedih jugak la tp nk buat macam mana kan ...

      Delete
    2. mama lynn, ayah anis kena buat rawatan hemo 3 kali seminggu.. diawal rawatn, ayah anis kena tebuk dekat leher, kite kena pantau pemakanan dye.. kena tebuk kat leher, kebersihan kena jage.. sebb kuman senang merebak.. mule2 rawatan, bdan,kaki akan cepat kejang..kena selalu pantau pesakit takut kejadian tak diingini berlaku. ayah anis byk kali jahit semua tebukan kat leher tu..sbb jahitan senang terbuka.. dia ade tiub salur ke jantung..dari situ pam darah.. lepas beberape bulan, baru chekup n follow up kesihatan, n then bole tutup lubang kat leher n tebuk kat tempat lain yg dirasakan sesuai.selalunye kan mama, dekat lengan yg tidak banyak buat kerja.mcm tangan kiri..ayah anis buat dekat tangan kiri.. tekanan darah kena pantau..xbole rendah sgt..kalau pesakit ade darah tinggi sukar sikit nak jage..kne tanye doktor yg merawat..mcm ayah anis, xde sakit sampingan..just gout n sakit buah pinggang je.. ayah anis kalau letih, dye akan minum glucose tu..boleh beli kat kdai,ade mcm2 perisa.. bancuh n minum.. lg satu pesakit hemo nie, xbole duduk dalam keadaan panas.. nnt akan sesak nafas dan bahaya nt.. so pastikan keadaan bilik rehat pesakit sentiase sejuk utk elakkan perkara2 tak diingini.. urm setakat nie anis bole bgtau,kalau mama nak tanye lag, bole tanye anis.. mane anis tau, anis share.. :)

      Delete
  2. Arwah bil akak x blh guna fistula. Urat tersumbat. Dan dia meninggal masa buat hemodialisis. Dh bhgn dia kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke.. abah mama lynn baru 3x buat dyalisis. 21hb ni nak kena warded blk... utk rawatan lanjut

      Delete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar