Followers

Thursday, April 3, 2014

6 atau 9 april 2014 ?

dari semalam mama lynn menanti perkhabaran tentang flight date untuk menunaikan umrah. 6 atau 9 april 2014 ? mana satu tarikh yang betul ni ??? sesungguhnya kami sedang diuji iaitu KESABARAN

bukan tak sabar cuma kalau tarikh 6hb tu ditunda ke 9hb mama lynn nak reschedule cuti mama lynn. ekceli mama lynn dah pun apply cuti mulai isnin hadapan. kalau la tarikh tu dianjak ke 9hb mama lynn plan isnin depan nak cancel cuti. kiranya cuti isnin tu bolehla carry selepas mama lynn kembali mengerjakan umrah nanti.

buat semua, doakan mama lynn dapat comfirmation tarikh flight tu ye. dengan macam-macam hal yang bermain kat kepala ni rasa sedikit serabut. duit pun mama lynn tak sempat tukar lagi. nak comfirmkan dulu tarikh penerbangan baru berani nak tukar duit. semoga Allah permudahkan niat kami sekeluarga.

mudah2an pemergian mama lynn menunaikan umrah tu nanti dapat juga mengubat kelukaan di hati ni. buka stress dengan urusan peribadi tapi kerja di pejabat. tak tahu apa yang terbaik buat diri ini.

nak tinggalkan suami satu hal..sedih nak berjauhan tapi memandangkan dah pernah merasa PJJ 2 tahun ngan suami da biasa ngan hal begini. yang penting suami kan sentiasa di hati ni. dia lah yang terbaik buat diri ni. in shaa Allah... mahu jugak la mama lynn angkut gambar kawin kami nanti. hehe..... jangan lupa ye kawan2 blogger sekalian. doakan comfirmation flight ni cepat2 kami dapat. dah tinggal berapa hari je ni. 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. Assalamualaikum mama. semoga dipermudahkan ya. doa banyak2.. in shaa Allah. sheila singgah menabung ford dan libresse sini~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Sheila... + penabung setia kat sini

      Delete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar