Followers

Thursday, April 10, 2014

5 sebab utama kenapa blog kita kurang pengunjung

sebelum mama lynn nak tulis entri ni mama lynn study dulu dari pendapat blogger-blogger lain kat luar sana. nak compare samada pendapat blogger-blogger lain sama macam mama lynn atau tidak. sekurang-kurangnya dengan entri ni dapat memberi manfaat untuk u all semua. bukan apa, kita blogging kalau boleh tak nak la syok sendiri. jom kita intai 5 sebab utama kenapa blog kita kurang pengunjung.

1. Entri Kurang Menarik

kalau u all perasan ada gak blogger menulis cerita yang orang tak nak tahu. gaya menulis pun macam karangan budak-budak sekolah. even blog kita ni personal blog pun takde masalah janji entri korang tu menarik perhatian untuk dibaca. kalau u all suka cerita bab parenting pun xde masalah cos ianya memberi input kepada mak ayah kat luar sana. orang tak kan bosan dengar cerita anak u all berulang kali.

2. Blog Terlalu Berat

nak tunggu loading sikit punya lambat. masalah blog ‘slow loading‘ kebiasannya berpunca daripada saiz gambar yang terlalu besar dan fail-fail berkaitan yang tidak diuruskan dengan baik. kita kena ingat bukan semua pembaca mempunyai capaian internet ngan tahap kelajuan yang kebabommm. terkedek-kedek la nak tunggu blog korang tu loading. lambat sangat orang terus decide untuk tutup je.

3. Tiada Gambar

entri tanpa gambar kadang-kala membosankan pembaca. bukanlah setiap entri tu wajib kena ada gambar tapi kalau setiap kali u all menulis semua entri takde gambar untuk menyokong penulisan pun tak best jugak. kadang-kadang pembaca ni suka cuci mata ngan gambar.

4. Terlalu Banyak Iklan

sesetengah blogger memang buat duit ngan iklan tapi kalau dah banyak sangat iklan jadi tak best pulak. kiri kanan atas bawah penuh ngan iklan. pembaca akan tertanya "mana entri dia ni". iklan ni kadang-kadang boleh mengganggu konsentrasi pembaca untuk membaca. 

5. Design Yang Tidak Kemas 

kalau blog kita cantik ianya kan menjadi salah satu faktor pembaca akan singgah. pemilihan header yang kemas dan susun atur widget yang teratur akan menambahkan lagi kekemasan blog. kedudukan setiap item kena pada tempatnya. kalau semuanya berterabur mata pembaca pun boleh naik rimas. 




♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

12 pesanan kasih sayang:

  1. terbaik entry mama lynn nie..berguna utk anis dan semua blogger.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah2an ianya memberi manfaat utk semua kan =)

      Delete
  2. terbaikkkkkk, thanks you sis sebab bagi info, memang sangat berguna untuk anna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 anna... pasni kt boleh perbaiki apa yg tkurang kan

      Delete
  3. sangat bermanfaat untuk blogger ..especially utk beginner like me..tq

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum mama, in shaa Allah. upgrade sikit semua ni. boleh dapat ramai followers dan reader. Yang penting jangan malas blogwalking setiap masa terluang tu. hehe singgah menabung lenovo sini~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul tu.. hehe bab blogwalking lately ni terlebih rajin skit =)

      Delete
  5. mencelah..saya kalau bukak blog tu..baca ayat dia guna shortform macam tulis kat sms,wechat,..automatik saya tutup...

    ReplyDelete
    Replies
    1. entri ngan tulisan sms mmg x wajar.. malas sgt nak mengeja agaknya diorg ni

      Delete
  6. perkongsian yg menarik :)
    thanks mama lynn berkongsi.dpt tambah ilmu blogging

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur dapat jugak kwn2 blogger manfaat dr entri ni

      Delete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar