Followers

Monday, April 21, 2014

iklan baru H12


akhirnya permohonan mama lynn untuk tempek iklan H12 diluluskan jugak. dekat seminggu lebih jugak la mama lynn menanti untuk approval. alhamdulillah rezeki mama lynn pulak. bukak email pagi ni tengok ada email dari admin H12. 

mula-mula tu agak blur jugak la cara nak tempek iklan ni, tapi atas bantuan teman blogger mama lynn , phat  berjaya jugak mama lynn nak tempek iklan ni. means kat blog mama lynn ni mama lynn advertise 2 iklan. 1st dari nuffnung (tak pernah dapat claim pun) dan 2nd dari H12.


mama lynn nak mintak kerjasama dari u all semua, kalau ada masa tu jemput la klik iklan H12. manalah tahu ngan iklan baru ni dapat la mama lynn generate income. tabungan masa depan, sapa tahu berhasil. pada u all yang belum ada tempek iklan tu try la buat permohonan untuk iklan H12 ni. tapi memang kena sabar la menanti approval. alhamdulillah ... rasa happy sangat bila da approved. senyum sampai telinga hari ni. 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

PEMENANG "Kisah Dongeng Mama Lynn 2nd Giveaway"

diumumkan pemenang "Kisah Dongeng Mama Lynn 2nd Giveaway". undian telah dilakukan oleh kedua-dua anak soleh dan solehah mama lynn (Muhammad Zahirrudin & Nurul Nadiana Najwa). undian dilakukan secara adil dan saksama. takde tipu-tipu ye. tahniah buat kelima-lima pemenang.

pemenang diminta email kepada mama lynn details peribadi u all ke azlina1507@gmail.com

nama penuh

alamat rumah

link entri

no tel

........selewat-lewatnya 5 mei 2014. mama lynn terpaksa bagi tempoh yang panjang untuk melapor diri kerana lusa (rabu) mama lynn akan terbang ke tanah suci untuk menunaikan umrah. mama lynn dan keluarga dijangka pulang ke tanah air pada 5 mei 2014.

kepada semua pemenang yang gagal melapor diri sehingga tarikh tersebut, mama lynn terpaksa membatalkan kemenangan u all. mohon beri kerjasama ye.

in shaa Allah, seperti yang mama lynn janjikan hadiah GA ni mama lynn akan beli masa mama lynn menunaikan umrah nanti. mudah-mudahan ianya kan memberi manfaat buat kelima-lima pemenang. pada yang tidak berjaya tu jangan risau ye. in shaa Allah akan menyusul GA seterusnya di masa akan datang. 


nombor-nombor bertuah

anak-anak soleh & solehah mama lynn

1. http://lalazarryn.blogspot.com/2014/03/kisah-dongeng-mama-lynn-2nd-giveaway.html

2. http://rynaluvie.blogspot.com/2014/04/kisah-dongeng-mama-lynn-2nd-giveaway.html

3. http://nureenasirellesya.blogspot.com/2014/03/kisah-dongeng-mama-lynn-2nd-giveaway.html

4. http://jueazrin.blogspot.com/2014/03/kisah-dongeng-mama-lynn-2nd-giveaway.html

5. http://msermzni.blogspot.com/2014/03/kisah-dongeng-mama-lynn-2nd-giveaway.html



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Friday, April 18, 2014

Trend Monopod Selfie




kesemua gambar di atas ihsan dari EN GOOGLE



terpanggil nak tulis entri berkaitan monopod stick ni dari minggu lepas lagi. baru hari ni dapat buat full entri. topik dah ada cuma kekangan masa dan nak pikir ayat tu buat lambat entri ni keluar. 

trend selfie ni semakin menjadi-jadi sekarang. mama lynn akui mama lynn diantara  yang suka selfie tapi limit mama lynn sekadar selfie dengan memegang telefon bimbit atau kamera dengan menggunakan tangan sendiri. mama lynn tak la addict selfie ditahap nak kena beli monopod stick.

kenapa perlu selfie menggunakan monopod stick padahal kalau dah beramai-ramai tu boleh je minta tolong sesiapa ambilkan gambar. mungkin dalam sesetengah situasi kita rasa ok tapi kalau ditahap semua gambar kita yang kita kongsi di laman sosial menggunakan monopod & dalam keadaan selfie, itu salah. salah kerana kita terlalu addict pada sesuatu perkara yang kurang sihat. itu sekadar pendapat diri mama lynn.

berbalik kepada tujuan monopod itu diadakan dan pengertian monopod itu sendiri. monopod dah pun diertikan sebagai alat bantu selfie untuk smartphone dan kamera poket. 

monopod ini lebih praktikal untuk travelers tanpa perlu meminta bantuan orang lain untuk mengambil gambar. lebih-lebih lagi bila kawasan yang dikunjungi jarang-jarang dikunjungi terutamanya bagi anda yang suka mendaki gunung atau merentas hutan. SUMBER

trend monopod untuk selfie ni kalau tak ramai orang yang selfie takpe, cam ok la kan ada gak bantuan untuk ambil gambar berdua tapi kalau dah 10 dalam gambar nak berselfie ngan monopod macam x best pulak. dah jadi macam satu viral yang kurang sihat pulak.

macam mana pulak pandangan u all berkaitan monopod ni ? korang suka atau tidak selfie dengan bantuan monopod ? kalau ada pendapat jangan segan-segan komen dan tegaskan kenapa u all suka atau tidak suka selfie menggunakan monopod. pendapat yang terbaik akan mendapat review dari mama lynn di entri akan datang. 


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

i'm ready for umrah

yeayy alhamdulillah.... syukur tak terhingga bila semalam mama lynn mendapat perkhabaran visa kami untuk ke tanah suci dah pun lulus. in shaa Allah 23 april depan mama lynn akan terbang ke sana. kalau ikutkan memang banyak halangan yang kami sekeluarga tempuh sepanjang tempoh kelulusan visa ni. sebelum ni rombongan kami tertangguh atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. 

ingat tak entri mama lynn berkenaan hemodialisis awal minggu ini. sebenarnya abah mama lynn disahkan mengalami sakit buah pinggang. dah tahap kena buat dialisis pun. abah mama lynn warded di hospital tengku ampuan rahimah 10 april yang lepas. abah jatuh motor sehari sebelum tu, so 10hb tu abah minta adik mama lynn yang bongsu bawak abah ke hospital cos rasa kurang sihat. dari pemeriksaan doktor abah terus kena tahan wad. puncanya dari kuantiti air dalam badan yang banyak sehingga pergi ke paru-paru. esoknya pulak kami dimaklumkan buah pinggang abah perlu dicuci. bila dapat perkhabaran ni agak down dan terkejut jugak lah.

bila fikirkan abah dah kena buat dialisis , harapan abah nak menunaikan umrah semakin kabur. setelah perbincangan dibuat , adik lelaki mama lynn disarankan menggantikan tempat abah. tahu je la procedure umrah sekarang agak ketat. kalau abah tarik diri memang kami semua tak dapat pergi. WAJIB ditemani mahram. 

so bila adik mama lynn dah prepare semua dokumen pihak syarikat travel memaklumkan tak sempat dah dokumen untuk diproses sebelum 23hb. kalau nak ganti jugak kena tunggu sehingga hujung bulan mei. memandangkan visa pun dah lulus termasuk visa abah, kami decide bawak abah. sekurang-kurangnya dapat jugak abah menjejakkan kaki ke tanah suci, cuma kesihatan abah perlu dipantau. appoinment untuk pembedahan spatula di HKL terpaksa ditangguhkan sehingga kami selesai menunaikan umrah,

mungkin dah rezeki abah untuk ke tanah suci. adik lelaki mama lynn agak sedikit kecewa tapi in shaa Allah tahun depan mak nak bawak anak-anak yang tak dapat pergi tahun ni. in shaa Allah weekend ni boleh dah start packing barang sikit-sikit. rasa tak sabar nak ke sana. semoga ibadah umrah kami berlima dipermudahkan. 


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, April 17, 2014

Karpal maut dalam nahas, anak cedera



Ahli parlimen Bukit Gelugor dan peguam kanan Karpal Singh maut dalam kemalangan dekat Tapah awal pagi ini.

Pembantu beliau Michael Cornandez turut meninggal dunia apabila kereta yang mereka naiki melanggar sebuah lori dalam perjalanan menuju utara di Lebuh Raya Utara Selatan kira-kira jam 1 pagi tadi.

Anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta dilaporkan cedera.

Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 1 pagi berhampiran kilometer 301.6 arah utara Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).

Gambar di kawasan kemalangan menunjukkan kereta kenderaan Karpal rosak teruk.

Seorang jurucakap polis memberitahu Malaysiakini kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Alphard tersebut merempuh lori yang menukar laluan tanpa memberi isyarat.

Karpal, 74, menjadi lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terbabit dalam satu kemalangan pada 2005.

Ahli politik lantang ini mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelum bertanding kerusi Parlimen pada tahun 1978.
Perkhidmatan lama beliau sebagai MP Jelutong sebelum ini serta ucapan berapi di Dewan Rakyat menyebabkan beliau digelar 'Harimau Jelutong'.

Karpal melepaskan jawatan Pengerusi DAP baru-baru ini selepas didapati bersalah dalam kes hasutan.

Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah melalui laman sosial twitter.

"Saya baru mendarat di Ankara (Turki) apabila mendapat khabar YB Karpal terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Takziah kepada keluarga beliau," tulis twit tersebut.



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, April 16, 2014

Bunuh ibu tiri, wanita ke tali gantung





SHAH ALAM - Seorang wanita dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas dia dan adik tirinya didapati bersalah membunuh ibu tiri mereka dengan cara menekup muka mangsa menggunakan bantal, dua tahun lepas.


Hakim Datuk Akhtar Tahir menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati tertuduh, Zahidah Ahmad, 27, penganggur, dan adik tiri perempuan berumur 18 tahun gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 28 April ini untuk memutuskan hukuman terhadap adik tiri Zahidah sementara menunggu laporan akhlak berikutan semasa kejadian dia masih di bawah umur iaitu 16 tahun.

Dalam penghakimannya, Hakim Akhtar berkata, selepas mendengar keterangan kedua-dua beradik itu beliau mendapati pembelaan mereka bersifat penafian semata-mata.

"Selepas mendengar keterangan kedua-dua pihak, saya lebih mempercayai keterangan saksi pendakwaan dan saya dapati mereka (saksi pendakwaan) beri keterangan yang benar berbanding keterangan kedua-dua tertuduh.

"Justeru saya dapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan tuduhan terhadap kedua-dua tertuduh melampaui keraguan munasabah dan mereka didapati bersalah dan disabitkan pertuduhan," kata Hakim Akhtar.

Zahidah dan adik tirinya didakwa bersama-sama membunuh Tanziah Zainuddin, 72, di alamat No: 2, Lorong Kiyai Sujak 20B, Taman Sri Wangi, Kapar, Klang, pada 5.30 petang, 14 Julai 2012.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Sebanyak 14 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Iswa Tonie sementara dua beradik itu diwakili peguam Tan Teck Yaw dan Liow Boon Lee.   

Akhbar sebelum ini melaporkan kematian mangsa, seorang guru agama, pada awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan dikebumikan.  

Bagaimanapun, tiga hari selepas pengkebumiannya, seorang daripada anggota keluarga mendapati beberapa barang kemas milik warga emas itu hilang lalu membuat laporan polis.

Kubur mangsa kemudian digali semula dan hasil bedah siasat mendapati warga emas itu meninggal dunia akibat lemas. - Bernama





_____________________________________________________________________

ulasan mama lynn :


berita ni keluar semalam namun atas dasar tarikan yang amat kuat mama lynn nak share balik berita ni di blog mama lynn jugak. fakta umur dalam berita ni salah. Zahidah bt Ahmad berusia 31 tahun pada tahun ini. mama lynn kesal dengan kejadian yang menimpa Zahidah. Ekceli dia merupakan sahabat mama lynn dari sekolah rendah lagi. sebak sangat-sangat bila dapat tahu tentang berita ini.

sebagai sahabat lama mama lynn minta masyarakat di luar sana tidak memandang serong kepada Zahidah. kita sendiri tak tahu situasi yang dihadapi Zahidah yang menjerumus dia kepada kejadian yang tidak diingini ini. in shaa Allah sekiranya Zahidah bertaubat , Allah pasti terima. moga keluarga Zahidah tabah menerima dugaan ini. teringatkan abah Zahidah yang kurang sihat lately. moga ianya tak memberi kesan kepada kesihatan beliau. abah Zahidah lah yang menikahkan mama lynn dengan suami hampir 5 tahun lepas. Allah sayangkan beliau, sebab tu mereka sekeluarga diuji. 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

kisah dongeng mama lynn 2nd giveaway TAMAT



semalam TAMAT sudah kisah dongeng mama lynn 2nd giveaway yang dianjurkan selama sebulan sejak 15 mac 2014 lepas. alhamdulillah sambutan yang diterima agak menggalakkan. baru pagi ni sempat updated full list untuk semua contestant. ada 57 peserta kesemuanya.

jutaan terima kasih mama lynn ucapkan buat semua yang sudi menyertai GA yang mama lynn anjurkan ni. happy sangat-sangat bila penyertaan yang diterima juga memberangsangkan even blog mama lynn ni suam-suam kuku. in shaa Allah mama lynn akan umumkan 5 pemenang GA ni secepat mungkin. rasa x boleh nak tunggu 22hb pulak. exsaited nak undi sapa yang menang.

buat semua peserta dari GA ni diharap dapatlah u all menambah kenalan. untuk senarai penuh peserta boleh la singgah di SINI. semoga dengan penganjuran ni makin bertambah la kenalan anda di alam maya ni. semoga berjaya buat semua. 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, April 15, 2014

Apa Itu Hemodialisis

Hemodialisis ialah satu daripada kaedah rawatan gantian ginjal yang menggunakan mesin hemodialisis, tiga kali seminggu, sekurang-kurangnya 4 jam setiap sesi rawatan. Rawatan boleh dilakukan di pusat rawatan hemodialisis atau di rumah. Pesakit rawatan hemodialisis perlu menjalani pembedahan membuat fistula terlebih dahulu. Dua jarum khas dicucuk ke dalam fistula untuk mengalirkan darah dan disambungkan ke mesin hemodialisis melalui tiub darah. Satu jarum untuk mengalirkan darah yang mengandungi bahan kumuh dari badan. Darah ini dibersihkan (dituras) menggunakan buah pinggang tiruan pada mesin hemodialisis. Darah yang telah dibersihkan akan masuk semula ke dalam badan melalui jarum yang satu lagi.


Prinsip hemodialisis adalah dengan menerapkan proses osmosis dan ultrafiltrasi pada ginjal buatan untuk membuang sisa-sisa metabolisme daripada tubuh.Darah yang dipam keluar dari tubuh dialirkan masuk ke dalam mesin dialiser yang berfungsi sebagai ginjal buatan untuk proses penyingkiran sisa-sisa toksik melalui proses difusi dan ultrafiltrasi oleh cairan khusus untuk dialisis. Tekanan di dalam ruang dialisat yang lebih rendah daripada tekanan dalam darah menyebabkan cairan, sisa-sisa metabolik serta sisa-sisa toksik di dalam darah disingkirkan melalui selaput dan masuk ke dalam dialisat. Proses hemodialisis melibatkan penyingkiran zat terlarut melalui suatu membrane semipermeable. Penyingkiran cecair(ultrafiltrationTeks condong) dilakukan dengan mengubah tekanan hidrostatik bahagian dialysate, menyebabkan cecair dan beberapa zat terlarut untuk bergerak merentasi membran di sepanjang cerun tekanan yang diwujudkan. Molekul zat terlarut dalam darah akan berpindah ke dalam dialisat setiap kali molekul zat terlarut mengalir melalui membran semipermiable. Setelah darah dibersihkan, darah dialirkan kembali ke dalam tubuh.

Jenis-Jenis Hemodalisis

Hemodialisis Konvensional

Hemodialisis kronik biasanya dilakukan tiga kali seminggu, selama kira-kira 3-4 jam untuk setiap rawatan, di mana darah pesakit diambil keluar melalui tiub pada kadar 200-400 mL / min. Tiub disambung ke pada 15, 16, atau 17 tolok jarum dimasukkan kedalam fistula dialysis atau disambungkan pada salah satu kateter dialisis. Darah tersebut akan dipam melalui dializer, kemudian darah yang diproses akan dipam semula ke dalam aliran darah pesakit melalui tiub. Semasa membuat dialisis, tekanan darah pesakit perlu dipantau, jika tekanan darah pesakit sangat rendah ia boleh menyebabkan prosedur untuk dialisis.

Hemodialisis Harian

Hemodialisis harian biasanya digunakan oleh pesakit yang melakukan dialysis sendiri di rumah. Hemodialisis jenis ini senang di gunakan oleh pesakit di rumah. Hemodialisis harian ini digunakan 2 jam setiap enam hari dalam seminggu. Hemodialisismalam Hemodialisis malam ialah sama seperti prosedur hemodialisis konvensional. Tetapi ia berbeza pada waktu untuk mengunakannya. Hemodialisis jenis ini biasa digunakan pada waktu malam. Ia digunakan tiga hingga enam hari dalam seminggu. Ia bisasa digunakan semasa pesakit tengah tidur ia itu selama enam jam.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Saturday, April 12, 2014

Doa Untuk Ibu Bapa



bahagia mereka bahagia aku

tanpa mereka siapa aku
aku ada kerana mereka



mereka yang aku sayang 
mereka yang aku kasih
doa pada keduanya tak kan pernah ku lupa
juga doa buat kedua orang tua suamiku

in shaa Allah...

moga Allah melimpahkan kesihatan tubuh badan
buat ABAH yang aku cinta
buat MAK dan MAK yang aku kasihi
moga Allah menempatkan arwah AYAH
di sisi hamba Nya yang beriman

ABAH kena kuat
kami kan sentiasa di sisi abah
MAK kena cekal
MAK kena sabar 

in shaa Allah.....
kita ada Dia 
pada Dia kita memohon
pada Dia kita panjatkan doa

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Friday, April 11, 2014

KFC Lunch Treats Promotion

alhamdulillah kenyang lunch sorang-sorang. pilihan mama lynn tetap KFC. hahaiiii memang pujaan hati ni sedari dulu. tapi takdelah tiap-tiap hari nak ngadap fast food je kan. alamak GEMOK la hakak korang ni. cakap pasal sorang-sorang, mama lynn dah lama buat hal sendiri a.k.a lone ranger kat opis ni. kalau orang lain nak buat apa pun nak berteman tapi mama lynn lagi suka alone. kalau keluar berteman tu x lain x bukan ngan kakak kandung mama lynn. senang kuar sendiri ni. x yah serabut nak follow orang ke hulu ke hilir.

minggu ni 2x jugak la lunch KFC. selasa lepas lunch ngan set snack plate combo. hari ni mama lynn pilih rice plate combo. cuma coleslaw tu mama lynn tukar kepada mashed potato. nyum nyum + kenyang sangat-sangat. serik dah makan snack plate combo. alamak senak la kalau makan 2 ketul ayam. makan ni tak boleh nak tamak-tamak. cukup la sekadar mengenyangkan perut kan.





 kalau nak g KFC tu prefer g time lunch hour. bukan apa HARGA dia jimat bak hang.... jimat berhinggit-hinggit lak tu. kalau u all pegi bukan masa lunch threats kena la bayar pada harga biasa. anak-anak kat rumah tu pun memang suka makan KFC .  in shaa Allah gaji nanti boleh la mak belanja ye anak-anak.. hehe ... even duit tak berapa nak ada selera tekak sendiri memang mama lynn layankan. tapi takde bermakna mama lynn tak layan kehendak tekak anak-anak. sesekali boleh la. 

dah kenyang ni rasa mata pun sendu. nak tidur ???? haha tak boleh cos ada pelanggan tetap nak datang ambil produk frozen. korang yang  tinggal area klang atau shah alam tu kalau nak dapatkan produk frozen yang sedap dan murah jangan lupa contact mama lynn ye. mama lynn ada jual macam-macam jenis kuih. boleh la refer entri INI ye. 

panjangnya karangan,,,,  in shaa Allah next entri akan menyusul bila mama lynn free nanti. esok nak kena kemas barang kat opis ni. nak kena pindah unit la pulak. pindah unit mana ?? tunggu di entri akan datang okeyh. 



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

nak menang zinc SHAKLEE semudah ABC ????

nak menang zinc dari SHAKLEE semudah ABC ???? jom join segmen : sihat bersama SHAKLEE (siri 2) . masih dibuka sehingga 22 april 2014. segmen : sihat bersama SHAKLEE ni akan sentiasa mama lynn anjurkan tetapi bergantung juga kepada penyertaan. HADIAH yang disediakan berupa produk kesihatan SHAKLEE. u all pun sedia maklum keberkesanan produk kesihatan SHAKLEE . dah jadi trending bila ianya menjadi pilihan setiap golongan. 




setakat semalam dah 17 blogger menyertai segmen ni. pada yang nak semak senarai peserta boleh la singgah ke SINI. sila maklumkan pada mama lynn sekiranya u all dah join tapi mama lynn terlepas pandang. 

dan.......

giveaway "Kisah Dongeng Mama Lynn 2nd Giveaway" akan berakhir pada 15.4.2014. masih ada kesempatan untuk u all join. jika segmen : sihat bersama SHAKLEE (siri 2) mama lynn hanya memilih seorang pemenang GA ni pulak mama lynn akan pilih 5 orang pemenang. sesiapapun berpeluang untuk menang. alhamdulillah untuk GA ni mendapat sambutan HANGAT dari para blogger. dah ada 51 orang peserta pun. kalau u all ada masa boleh la singgah semak senarai peserta di link INI 

semoga berjaya untuk semua peserta segmen dan GA yang mama lynn anjurkan. pemenang akan dipilih secara undian oleh anak dara mama lynn NURUL NADIANA NAJWA. senarai pemenang untuk kedua-dua segmen dan GA akan mama lynn umumkan selepas 22 april 2014. 



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, April 10, 2014

cara mengatasi sembelit

u all pernah alami tak masalah sembelit ?? ke tak tau sembelit tu apa ... hehe x perlu kot mama lynn nak cerita details sejarah sembelit ni. semua golongan pun pernah mengalami masalah ni. mama lynn yang dah 3 series ni pun kadang-kadang berhadapan dengan masalah ni.

selalu gak tanya-tanya kat orang disekeliling cara mengatasi masalah ni. bukan pe bila da kerap sangat susah nak membuang , rasa terseksa diri ni. pastu nak kena repeat g toilet 3-4 kali cos tak dapat membuang sepenuhnya dalam satu masa.

mama lynn ada sedikit tips untuk u all amalkan dalam mengatasi masalah sembelit ni. in shaa Allah moga panduan ni memberi manfaat untuk u all amalkan.

1. banyakkan minum air masak. kalau boleh dalam sehari tu kena minum lebih dari 3 liter. 
2. rajinlah makan buah atau sayur yang kaya dengan serat. (cth : bijiran )
3. jangan menahan diri untuk ke tandas. sesetengah orang selagi tak dihujung tanduk selagi tu tak nak g toilet. duk tahan je.. JANGAN buat macam tu ye.
4. pastikan lepas makan tu jangan duduk terlalu lama. kena jugak bergerak ye
5. paling senang cuba produk SHAKLEE yang satu ni... HERBALAX memang membantu masalah sembelit.



takde la nak promo produk sangat cos bukan mama lynn yang jual. tapi kalau la ada nak tanya apa-apa pasal HERBALAX ni boleh contact kakak mama lynn terus. Hana Kamarul di talian 017-2100247. kakak mama lynn memang SID SHAKLEE.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

pemantauan ke atas pegawai awam yang menjalankan perniagaan atas talian



awal april lepas kita dikejutkan dengan berita JPA mengeluarkan pekeliling berkaitan  pemantauan ke atas pegawai awam yang menjalankan perniagaan atas talian. mama lynn memang tak paham dengan isu ni. kenapa nak sekat orang mencari rezeki yang halal. kenapa mama lynn pretend para peniaga atas talian ? tak kan la sebab mama lynn iklan produk frozen kat facebook dan blog dah nak kena declare kan.

kat opis mama lynn baru menggelabah ngan isu ni. pihak HR sibuk duk pantau staff yang buat business online. yang peliknya bila mereka nak declare tak boleh pulak . bukannya tak boleh,  kena la declare + dah terang-terang dalam pekeliling tu cakap perlu dapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu. 

tolong la paham bukan semua staff gov yang buat business online tu mengabaikan tanggungjawab mereka. kalau betul caranya buat apa nak sekat rezeki orang. nak aktif online pun bukan tak boleh tengok masa. paling sesuai pagi sebelum masuk kerja dah boleh publish iklan then masa lunch hour dan selepas waktu kerja. korang fikir sendiri la ye... kenapa nak sekat mereka meniaga kalau nak compare staff gov yang online di dalam waktu kerja (mama lynn pun kadang2 buat gak tapi takdela 24/7 mengadap laman sosial).

pokok pangkal kita ni ada agama. kita ada panduan dalam hidup. dah tentu kita nak anak2 kita makan rezeki yang halal. Allah bagi kita akal, so gunakan sebaiknya. 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

cara-cara cashout income nuffnang ??




takde maknanya mama lynn nak cashout income nuffnang mama lynn. saje je nak bagi tajuk entri yang gempak2.. hehe bikin hati u all panas je kan. kalau cakap pasal iklan nuffnang ni bertahun jugak la mama lynn usahakan tapi total earnings tak berkembang mana pun. dimana silapnya pun mama lynn tak tahu.

tengok sendiri la hasil bertahun baru capai rm11.35 . nak cashout kena ada rm50.00. berjanggut la mama lynn kena tunggu nak merasa duit berblog ni. kalau u all simpati ngan mama lynn jom la pakat-pakat klik iklan kat blog mama lynn ni. lepas duit beli mainan anak-anak pun jadi lah kan.

TAPI kan .... mama lynn da deactive email yang mama lynn register bawah nuffnang ni. ada sesapa tahu tak macam mana nak tukar email ???? mama lynn risau la nanti kalau ada rezeki nak cashout masalah lain pulak timbul. mama lynn betul-betul perlukan bantuan u all. da try g kat setting tapi macam x boleh tukar je email baru.

pada yang dah penah merasa income dari iklan boeh tak bagi mama lynn tips sikit. ye la.... nak suruh org klik iklan macam susah je.. macam malas je diorg ni. ada tak cara lain nak naikkan total earning tu. TOLONG ye.. bertahun blogging pun bab nak cari duit dari berblog ni macam budak baru masuk sekolah.


p/s : lepas ni asal tulis entri je kena buat nota kaki, "JANGAN LUPA KLIK IKLAN YE " 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

5 sebab utama kenapa blog kita kurang pengunjung

sebelum mama lynn nak tulis entri ni mama lynn study dulu dari pendapat blogger-blogger lain kat luar sana. nak compare samada pendapat blogger-blogger lain sama macam mama lynn atau tidak. sekurang-kurangnya dengan entri ni dapat memberi manfaat untuk u all semua. bukan apa, kita blogging kalau boleh tak nak la syok sendiri. jom kita intai 5 sebab utama kenapa blog kita kurang pengunjung.

1. Entri Kurang Menarik

kalau u all perasan ada gak blogger menulis cerita yang orang tak nak tahu. gaya menulis pun macam karangan budak-budak sekolah. even blog kita ni personal blog pun takde masalah janji entri korang tu menarik perhatian untuk dibaca. kalau u all suka cerita bab parenting pun xde masalah cos ianya memberi input kepada mak ayah kat luar sana. orang tak kan bosan dengar cerita anak u all berulang kali.

2. Blog Terlalu Berat

nak tunggu loading sikit punya lambat. masalah blog ‘slow loading‘ kebiasannya berpunca daripada saiz gambar yang terlalu besar dan fail-fail berkaitan yang tidak diuruskan dengan baik. kita kena ingat bukan semua pembaca mempunyai capaian internet ngan tahap kelajuan yang kebabommm. terkedek-kedek la nak tunggu blog korang tu loading. lambat sangat orang terus decide untuk tutup je.

3. Tiada Gambar

entri tanpa gambar kadang-kala membosankan pembaca. bukanlah setiap entri tu wajib kena ada gambar tapi kalau setiap kali u all menulis semua entri takde gambar untuk menyokong penulisan pun tak best jugak. kadang-kadang pembaca ni suka cuci mata ngan gambar.

4. Terlalu Banyak Iklan

sesetengah blogger memang buat duit ngan iklan tapi kalau dah banyak sangat iklan jadi tak best pulak. kiri kanan atas bawah penuh ngan iklan. pembaca akan tertanya "mana entri dia ni". iklan ni kadang-kadang boleh mengganggu konsentrasi pembaca untuk membaca. 

5. Design Yang Tidak Kemas 

kalau blog kita cantik ianya kan menjadi salah satu faktor pembaca akan singgah. pemilihan header yang kemas dan susun atur widget yang teratur akan menambahkan lagi kekemasan blog. kedudukan setiap item kena pada tempatnya. kalau semuanya berterabur mata pembaca pun boleh naik rimas. 




♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

spontaneous thursday



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, April 9, 2014

tangguh gi umrah ???

SEDIHNYA... tadi baru lepas call agent umrah yang mama lynn dan keluarga pilih. sekali lagi hampa yang mama lynn dengar. dikhabarkan pihak syarikat terpaksa menyelesaikan rombongan yang tertunda dahulu. kalau ikut tarikh yang diberi 6 april 2014 tapi kena tunda sehingga tarikh yang bakal diberitahu kelak. kata mereka nak kena selesaikan group 26 & 29 mac 2013 then baru sampai turn kami.

mula-mula dengar tu jadi marah jugak la tapi mama lynn tak nak terlalu emosi. mungkin ada hikmah di atas penangguhan ini. POSITIF dalam terpaksa... kena didik diri macam tu sebab marah takkan dapat menyelesaikan apa-apa. di pihak adik-adik mama lynn tahu mereka marah.. berkali-kali jugak mama lynn meminta bersabar. perancangan Allah itu adalah yang terbaik.

nampak gaya HADIAH untuk peserta GA yang mama lynn anjurkan terpaksa la mama lynn tangguh untuk membelinya. dah janji nak cari hadiah kat sana kan.... in shaa Allah hadiah tu tetap akan mama lynn beli bila da jejak kaki kat sana nanti cuma mungkin tarikh mama lynn nak pos tu kena anjak sehinggalah mama lynn kembali ke sini nanti.

kalau ikutkan mama lynn dah lepaskan 2 peluang bercuti secara percuma. last week mama lynn supposed join staff kat opis ni berkursus di klebang, melaka. bukan sebagai peserta tapi sebagai urusetia dan esok pulak mama lynn sepatutnya ke vietnam. dah la pegi free. alahai ruginya la tolak aritu..tapi nak buat macam mana kan. semua yang terjadi atas kehendak ALLAH.

serbuk kurma kiriman sahabat lama mama lynn. baik untuk usaha mengandung.. nak ikhtiar jugak nanti


in shaa Allah mama lynn tetap mampu bersabar menanti comfirmation date ke sana. mungkin ada hikmah bila tertangguh macam ni. takkan la kerana tak sabar nak tarik diri pulak. Allah kan sayang pada hamba Nya yang bersabar. lagipun pemergian bersama titipan doa dari teman-teman ni nak la kita tunaikan. mudah2an Allah permudahkan niat kami sekeluarga. kalau pergi lepas gaji ni pun ok cos boleh la bawak extra belanja sikit. sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik. biarlah org asyik tanya "bila nak pergi " kerana aku yakin kalau Allah dah tulis rezeki mama lynn nak ke sana pasti sampai saatnya. walapun sedikit geram dan terkilan in shaa Allah masih mampu bersabar.

mudah-mudahan dalam minggu depan dapatlah tarikh nak ke sana. semoga pihak pengurusan travel dapat menyelesaikan segala kesulitan yang mereka hadapi. ya ..... mama lynn tak mahu cepat melatah. doakan mama lynn ye. 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

review cerita anak-anak : muhammad aqeel azraei









pagi ni mama lynn nak sambung review cerita anak-anak. kalau sebelum ni mama lynn dah review tentang afif fikri , anak sulung adik lelaki mama lynn kali ni turn anak tunggal kakak mama lynn pulak. muhammad aqeel azraei merupakan satu-satunya tanda cinta kakak mama lynn , Norhana bersama suaminya Amir Hussin. 

aqeel dilahirkan pada 26 januari 2007. kakak mama lynn tak tunggu lama untuk mendapat anak sulung. alhamdulillah aqeel lahir normal. masa discharge keluar hospital selepas deliver aqeel, mama lynn yang pegang aqeel dalam kereta. sweet memory anak buah sulung. sampai bila pun mama lynn takkan pernah lupa. tapi ada cerita kelakar masa kakak mama lynn deliver aqeel. mak mama lynn kan kerja as nurse kat htar klang tu. konon2 anak sendiri nak bersalin mak pun nak la temankan. tup tup mak tengah meronda dalam labor room sambil tanya2 kat nurse anak saya mana kakak mama lynn terdengar then jawab "mak orang kat sini. da bersalin pun ". hehe tak dapat la mak nak teman kakak mama lynn bersalin.

aqeel ni boleh dikatakan anak yang bijak tapi manja dia pun boleh tahan jugak. maklumlahkan anak tunggal ni lain sikit ngan orang yang ada adik. kiranya semua kemahuan aqeel akan dituruti oleh abah dan ibunya. tapi jangan anggap aqeel tak pernah kena marah, kakak mama lynn memang garang ngan aqeel.  

alhamdulillah diusia 4 tahun aqeel dah dihantar ke sekolah dan diusia 5 tahun aqeel dah boleh membaca dengan lancar. aqeel bersekolah di tadika dzul iman selama 3 tahun. sebagai ibu saudara, mama lynn bangga dengan pencapaian aqeel. sekarang ni aqeel dah pun masuk darjah 1. aqeel bersekolah di Sek Agama Integrasi Sek 19, Shah Alam. kalau dilihat pada potensi aqeel dalam pelajaran in shaa Allah aqeel akan berjaya tapi usaha kena la dilipat gandakan.

mama sentiasa doakan aqeel berjaya dalam hidup. kejap je aqeel membesar. dah jadi anak bujang pun. aqeel tetap kan menjadi kesayangan hati mama. be a gud boy..... 

in shaa Allah next entri kisah anak buah mama lynn yang paling bongsu, aiman faliq. tengah ambil mood nak menulis. few days ni memang mama lynn takde mood sangat nak buat entri. huhuhu M besar datang lagi. 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, April 8, 2014

amalan untuk mudah bayar hutang



trending ke ? tak jugak cuma status fb mama lynn semalam dapat extra like dari biasa. alhamdulillah dapat jugak berkongsi perkara baik. mudah2an ianya kan dapat memberi manfat buat yang lain. 

ekceli mama lynn post manfaat yang satu ni selepas sahabat mama lynn menyuarakan masalah tentang hutang. mama lynn tak pernah amalkan lagi tapi in shaa Allah nak jugak amalkan. ye la..... mama lynn ni pun kategori BANYAK HUTANG jugak. rahsia 99 nama Allah terlalu banyak.. in shaa Allah kalau diamalkan ianya kan memberi kebaikan dalam hidup kita sehari-hari.

untuk entri penuh boleh baca amalan : zikir al-wahhab. kebetulan penah share entri ni kat blog sebelum ni tu terniat nak share kat FB pulak. share kebaikan ni bukan nak tunjuk kita ni ALIM cuma sedikit sebanyak ilmu yang kita ada tu kita dapat kongsikan dengan orang lain. dalam hidup ni tak boleh la nak senang sorang kan. 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Friday, April 4, 2014

senarai peserta segmen : sihat bersama SHAKLEE (siri 2)

segmen : sihat bersama SHAKLEE (siri 2 ) ni dah pun secara rasmi mendapat tajaan dari kakak mama lynn. alhamdulillah ianya kan diteruskan seandainya terus mendapat perhatian dari para blogger. 

sementara menanti pengunguman pemenang dibuat selepas 22.4.2014 nanti, boleh la u all blogwalking ke entri peserta-peserta yang dah join. mama lynn dah sediakan list peserta mengikut penyertaan. 

Senarai Peserta : 

1. http://permatabiru0310.blogspot.com/2014/04/segmen-sihat-bersama-shaklee-siri-2.html

2. http://lalazarryn.blogspot.com/2014/04/segmen-sihat-bersama-shaklee-siri-2.html

3. http://ssurianahyana.blogspot.com/2014/04/segmen-sihat-bersama-shaklee-siri-2.html

4. http://jantungk.blogspot.com/2014/04/segmen-sihat-bersama-shaklee-siri-2.html

5. http://hadirasoul.blogspot.com/2014/04/segmen-sihat-bersama-shaklee-siri-2.html

6. http://aisyasakura.blogspot.com/2014/04/segmen-sihat-bersama-shaklee-siri-2.html

7. http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2014/04/segmen-sihat-bersama-shaklee-siri-2.html

8. http://yanapinkblossom.blogspot.com/2014/04/segmen-sihat-bersama-shaklee-siri-2.html

9. http://nadcontestandgiveaway.blogspot.com/2014/04/segmen-sihat-bersama-shaklee-siri-2.html


10. http://adnan-daughter.blogspot.com/2014/04/segmen-sihat-bersama-shaklee-siri-2.html


11. http://ierahluvie.blogspot.com/2014/04/segmen-sihat-bersama-shaklee-siri-2.html


12. http://kuemmarosli.blogspot.com/2014/04/segmen-sihat-bersama-shaklee-siri-2.html

13. http://anies-msletoes.blogspot.com/2014/04/segmen-sihat-bersama-shaklee-siri-2.html

14. http://mimbarhatiku.blogspot.com/2014/04/segmen-sihat-bersama-shaklee-siri-2.html

15. http://colourfulofainilife.blogspot.com/2014/04/segmen-sihat-bersama-shaklee-siri-2.html

16. http://theonlygirl98.blogspot.com/2014/04/segmen-sihat-bersama-shaklee-siri-2.html


17. http://chocolatefreeze.blogspot.com/2014/04/segmen-sihat-bersama-shaklee-siri-2.html

18. http://sheilashahfiekry.blogspot.com/2014/04/segmen-sihat-bersama-shaklee-siri-2.html

19. http://soon-2be-mrs.blogspot.com/2014/04/segmen-sihat-bersama-shaklee-siri-2.html

20. http://eyqayushaiza.blogspot.com/2014/04/segmen-sihat-bersama-shaklee-siri-2.html

21. http://lolipopopo.blogspot.com/2014/04/segmen-sihat-bersama-shaklee-siri-2.html

22. http://muslimahsejati96.blogspot.com/2014/04/segmen-sihat-bersama-shaklee-siri-2.html

23. http://zafirahzarrae.blogspot.com/2014/04/segmen-sihat-bersama-shaklee-siri-2.html

24. http://myboyfriendisanarmy.blogspot.com/2014/04/segmen-sihat-bersama-shaklee-siri-2.html


25. http://akmakhaieri.blogspot.com/2014/04/segmen-sihat-bersama-shaklee-siri-2.html

26. http://kisahkita-story.blogspot.com/2014/04/segmen-sihat-bersama-shaklee-siri-2.html

27. http://strawberrysgurls.blogspot.com/2014/04/segmen-sihat-bersama-shaklee-siri-2.html

28. http://luviza-98.blogspot.com/2014/04/segmen-sihat-bersama-shaklee-siri-2.html

29. http://nanakimie.blogspot.com/2014/04/segmen-sihat-bersama-shaklee-siri-2.html

30. http://zamani84.blogspot.com/2014/04/segmen-sihat-bersama-shaklee-siri-2.html

31. http://kisahsinenot22.blogspot.com/2014/04/segmen-sihat-bersama-shaklee-siri-2.html

32. http://akugadishijabista.blogspot.com/2014/04/segmen-sihat-bersama-shaklee-siri-2-by-mama-lynn.html


33. http://muslimahad-deen.blogspot.com/2014/04/segmen-sihat-bersama-shaklee-siri-2.html 

34. http://adna2029.blogspot.com/2014/04/segmen-sihat-bersama-shaklee-siri-2.html

35. http://mamamursyid.blogspot.com/2014/04/segmen-sihat-bersama-shaklee-siri-2.html

36. http://mawarberduri4147.blogspot.com/2014/04/segmen-sihat-bersama-shaklee-siri-2.html

37. http://nooraziemah.blogspot.com/2014/04/segmen-sihat-bersama-shaklee.html

38. TAMAT DAH........


Kepada yang belum join tu segmen ni dibuka dari 2.4.2014 sehingga 22.4.2014. Masih ada kesempatan untuk u all join ye. Just singgah kat LINK ni.  hadiah berupa produk kesihatan SHAKLEE menanti anda.

p/s : Jutaan terima kasih buat penaja rasmi Hana Kamarul di atas kepercayaan yang telah diberikan 



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar