Followers

Thursday, March 13, 2014

sekadar menghormati MH370

kenapa mama lynn malas sangat nak tulis entri dalam minggu ni ? kalau ikutkan hati macam-macam mama lynn nak tulis tapi mood menulis tu tak datang. mama lynn sekadar menghormati kehilangan pesawat MH370. jangan minta mama lynn ulas berita semasa berkenaan misteri kehilangan tersebut. mama lynn tak pandai nak ulas ++ mama lynn tak nak tambah apa-apa lagi spekulasi. biarlah di pihak media sahaja yang bercerita. mungkin blogger-blogger lain ada updated berita terkini tentang isu tersebut tapi mama lynn memang tak mahu. bukan bermaksud tak ambil tahu cuma tak nak menyampaikan sesuatu yang tidak sahih.

mama lynn tetap ada hati dan perasaan. masih ambil kisah hati-hati insan yang terkesan dengan kehilangan pesawat MH370. kita sendiri tak dapat nak tanggung apa yang ahli keluarga yang terlibat rasakan. sebak.... SEBAK sangat-sangat bila memikirkan nasib mereka. semoga ALLAH SWT memberikan petunjuk. segala-galanya di atas ke hendak Nya.


alhamdulillah mama lynn respect dengan ERA.fm. sepanjang minggu ni mereka cukup-cukup menghormati situasi tersebut. tak putus-putus bacaan doa di mainkan. walaupun ianya sekadar rakaman, bila ramai yang meng"amin" kan in shaa Allah doa kita semua sampai pada DIA. sama-sama kita terus berdoa dan jangan berhenti untuk mencari. in shaa Allah dengan izin Nya MH370 kan kembali kepada kita semua.




♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. Assalamualaikum mama lynn. semoga dipermudahkan urusan pencarian pesawat MAS mh370 dengan izin Allah Taala. sama2 kita doakan yang terbaik. sheila singgah sambil menabung sini ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks shiela cos da jd pembaca tetap blog mama lynn yg x seberapa ni. in shaa Allah sama-sama kt doakan ye

      Delete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar