Followers

Thursday, March 13, 2014

jerebu meruncing

Paparan IPU dari 6.00am hingga 8.00am pada 13-03-2014
hari ni 2nd day mama lynn kena drop adik kat kg pandan. ekceli drop kat rumah besan mak mama lynn. adik perempuan mama lynn yang bekerja di pejabat serahan klang selatan (POS MALAYSIA) kebiasaannya pergi kerja bersama kakak iparnya (adik ipar mama lynn ).adik ipar mama lynn bekerja di pejabat pos , pandamaran. memandangkan adik ipar mama lynn tidur kat rumah mak dia sepanjang minggu ni so kena la buat extra kerja plak as driver. pagi2 kul 5.40 pg mama lynn dah keluar rumah then jemput mak ngan adik. mula2 drop adik kat kg pandan then bergegas drop mak kat hospital klang. macam pagi ni terawal jugak la keluar. sampai hospital 6.20++ . lepas drop mak, mama lynn bergegas ke tempat kerja pulak. as usual singgah solat subuh kat tol sg rasau,klang.

berbalik kepada tajuk entri hari ni berkaitan "jerebu" , pagi ni jerebu agak ketara teruk jugak. mama lynn yang memandu ke tempat kerja pun terkena tempiasnya jugak. konon2 pasang aircond x bukak tingkap takde la terhidu asap jerebu. sesak nafas kejap dibuatnya. nak drive pun kena lebih berhati-hati memandangkan pemandangan agak terhad.

pagi ni sempat bukan laman web jabatan alam sekitar. bacaan ipu pagi ni dari pukul 6 pagi hingga 8 pagi adalah seperti gambar di atas. bacaan agak tidak sihat untuk penduduk di sekitar banting, kuala selangor, pelabuhan klang, petaling jaya dan shah alam. 

masa turun ke kafe untuk beli breakfast pagi ni, mama lynn terasa yang jerebu tu terkesan di ruang basement parking. rasa tak selesa sangat untuk bernafas. nampak gaya tiada perancangan untuk keluar ke mana-mana tengahari ni. memandangkan mama lynn agak alah pada cuaca sebegini prefer lepak kat office je la. karang batuk dan semput susahkan orang lain pulak. 

hope cuaca jerebu ni akan beransur pulih secepat mungkin. teringat masa mama lynn ke kursus umrah sabtu lepas, area kg johan setia agak kritikal jugak jerebunya. yang penting banyakkan minum air masak + pakai mask kalau ada aktiviti luar. mencegah lebih baik dari mengubati.

di antara gambar-gambar cuaca jerebu dari FB kenalan mama lynn 



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar