Followers

Wednesday, March 26, 2014

cerita duka cerita suka

maafkan mama lynn tiada entri menarik untuk di kongsi beberapa hari ni. masih bersedih dengan peristiwa yang menimpa negara kita. MH370 kan jadi ingatan pada setiap warganegara. masih bersisa perasaan sedih dan sebak dalam hati ini sehinggakan sampai nak tidur pun masih teringat-ingat.


kubur tak bernisan tapi sebarang kemungkinan tak mustahil berlaku kerana sehingga sekarang masih belum ada apa-apa penemuan berkaitan serpihan pesawat. Allah adalah sebaik-baik perancang. kalau benar mereka sudah tiada , bagi yang beragama Islam kita sedekahkan al-fatihah. seribu satu rahsia yang bakal terungkai seandainya kotak hitam berjaya di temui. biarlah ianya menjawab telahan satu dunia. biarlah ianya menjawab tuduhan yang dilemparkan ke atas kru-kru kapal terbang tersebut. 

berbalik kepada entri, pagi-pagi ni mama lynn update lagi senarai peserta "Kisah Dongeng Mama Lynn 2nd Giveaway".  alhamdulillah setelah hampir 12 hari GA mama lynn dilancarkan feedback yang diterima cukup baik. setakat ni dah pun masuk 40 penyertaan dari para blogger. terasa BAHAGIA kejap even mama lynn ni blogger kecil-kecilan. ramai jugak yang mendoakan perjalanan umrah mama lynn nanti dipermudahkan. Ya Allah... tersentuh rasa hati ni. in shaa Allah ahad minggu depan 6.4.2014 mama lynn akan bertolak ke tanah suci. apa pun buat masa sekarang ni mama lynn sedang menanti kelulusan VISA. bab VISA ni la yang mama lynn takuti... bukan senang jugak nak dapat kelulusan VISA. semoga Dia permudahkan niat kami sekeluarga. in shaa ALLAH.

another segmen yang mama lynn anjurkan masih dibuka sehingga 30.3.2014. segmen : sihat bersama SHAKLEE . penyertaan BARU je 12 orang. hahai .. kenapa ye segmen ngan adiah best camni kurang dapat support. jom la sama-sama join. ALFALFA dari shaklee menanti u all. tak nak ke produk kesihatan yang best ni. meh la mama lynn cerita sedikit kebaikan alfalfa.

20 Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan

1.    Merawat gangguan pencernaan
2.    Mengawal kolestrol dalam darah
3.    Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5.    Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6.    Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
7.    Mengurangkan simptom menopous
8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9.    Merawat masalah sembelit
10.  Menyahkan toksik dalam tubuh
11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13.  Membantu masalah penghadaman
14.  Membantu memperbanyakkan susu ibu
15.  Mengurangkan masalah pundi kencing
16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
17.  Meningkatkan kesihatan prostat
18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
19.  Menghangatkan hubungan suami isteri
20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki

macam mana ? ada berani tak nak join segmen ni? mama lynn cabar u all join ok dan kalau menang tu korang konsider kan jadi testimoni mama lynn. nak tgk berkesan tak bila u all ambil alfalfa ni. BUKAN tipu2 ye... biar jadi bukti buat semua di luar sana. 

eh.... need to stop dulu la. dah masuk time kerja ni. bedak seinci pun tak tempek lagi. ada cerita best nanti mama lynn kongsikan ye. 


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar